Friday, April 19, 2019

MEMBEBEL JER..

Assalammualaikum..

Bercakap tentang berkongsi cerita, gambar dan sebagainya dalam media sosial ni, itu benda biasa..nak pulak kalau dia ada momment best dan special..aku pon sebelum ni kemaruk gak, tapi mujurlah akhirnya dapat stop..haha..mesti ramai orang tertanya-tanya aku senyap dalam sosial media ni hilang kemana plak..(padahal takda sapa pon kisah pasal aku).ok fine...hahahaha...

Tapi serius,kadang-kadang aku rindu gak nak tau cerita kawan-kawan lama yang penah rapat dulu..mula-mula dulu lepas kurang jumpa, boleh la lagi berhubung dalam FB.tapi bila sampai satu masa, akaun FB masing-masing dah tak aktif.yang tinggal cuma gambar profile dan posting yang dah bertahun-tahun lepas jer...

Lepas tu, plak kalau ditakdirkan tetiba terjumpa, member-member ni plak dah mula panggil kita dengan bro-bro jer..percayalah anda masa ni silaturrahim tu dah longgar dan fak..dah apahal plak kan, dulu elok je panggil nama, tapi bila dah lama tak jumpa, jadi berbro-bro plak..isk tak  boleh blah la aku..apa nak buat, masa berubah..sedih.

Apa yang aku nak bagitau sebenarnya, aku masih nak berkongsi cerita lagi, nak pulak hidup aku sekarang makin berseri-seri dan penuh warna-warni kan..kihkih..cuma insya'Allah kalau aku free aku tulis kat sini jela..kat FB dan IG aku dan segan nak guna..hahaha..kalau nak ikutkan faktor semasa, IG dan FB aku akan lebih meriah sekarang ni dengan story dan gambar-gambar berbanding dulu..senyap bukan sebab tinggal dalam dalam gua tau..

Dan sebenarnya, aku dah lebih menikmati hidup tanpa sibuk nak "terlalu" berkongsi ni..maksud terlalu ni macam 'live' la senang citer..baik story atau gambar, masa-masa kita tengah menikmati momment tu gak duk kalut nak bagitau orang dan share..macam dah takda masa lain..kan bagus enjoy jer dulu dengan apa kita buat..malas nak ulas banyak, nanti aku kena kecam plak..hahaha..so terpulang masing-masing..aku bukan menilai, tapi aku dah lalui dan kesimpulanya bagi aku, itu adalah sangat tak best..

p/s : selamat menyambut ramadan..bersedialah akan datangnya satu bulan yang penuh perkongsian yang bukan-bukan dan sia-sia di alam maya ini...done tarawikh..kahkahkah..

4 comments:

  1. at least,

    blog ni masih wujud.

    salam ramadhan bandle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam zulkaedah punzel..lambat lak aku reply..hahahahha..

      Delete
  2. Bundle...ko dah lupa kat akak ke? Jom tulis blog balik. meriah2 mcm dulu...hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. isk..mana nak lupanya kak oii..sihat lagi ingatan aku ni..hahaha..skg ni aku tgh cuba nak rajinkan diri la ni kak..tp nampaknya cam malas lagi jer..hahahahaha..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...