Monday, December 6, 2021

ENTRI TANGKAP MUAT DAN CERITA KOPI

Assalammualikum wbt..



Harini baru aku  teringat yang untuk tahun 2021 ni satu habuk entri pon takda lagi..so aku buka jela new post ni tanpa tau pon lagi nak tulis pasal apa..intronya gini la, aku cerita la sikit pasal apa aku nak jugak ada at least ada 1 entri setiap tahun..

Kalau korang tengok blog aku guna hp mungkin tak perasan blog archive ni..tapi kalau guna pc, hat blog archive ni boleh lah nampak kat belah kanan tu..ni lah yang buat blog aku ni ada sentimental value nya bagi aku..haha..nampak tu, since 2009 blog ni dah wujud kot..tu jela nak bangga sikit..
so kalau aku tak tulis sekurang-kurangnya 1 entry, nanti angka 2021 dah takda dalam list..



Habis intro setakat tu..sekarang ni nak start dari mana pon aku tak tau..hahaha..sebabkan ni blog personal je, aku cerita jela sikit sebanyak pasal aku yang sekarang ni ye..mana la tau mungkin ada yang rindu aku kan.kahkahkah..nak cerita semua tak mungkin, banyk sangat dah skip sejarah ni..aku pulak jenis pelupa..wassalam..haha..

Nak list ikut timeline macam pelik plak, tak nampak rilek..yang pasti dan yang paling utama, family aku dah bertambah sorang lagi ahli baru-baru ni..alhamdulillah anak ke-3 aku selamat lahir, cukup sifat, sihat, comel.(hukum keibubapan akan merasakan anak mereka comel walaupon tak comel mana di mata orang lain)..haha..

Hal lain yang aku rasa agak besar dalam hidup aku ni sekarang, walaupon tak penting mana adalah bab kopi.haha..macam yang aku pernah tulis sebelum ni, entri tahun 2019 (kemaruk kopi) . Masa ni pengenalan lagi start aku gila kopi..

Aku pon tak sedar macam mana evolusi minat kopi ni jadi mengembang..dulu aku cuma beli je kopi siap..habis merata cafe la aku try..lepas tu, aku dah start kurangkan kopi manis dan sekarang serius, aku tak boleh minum kopi ada gula..bagi aku rasa kopi tu rosak terus sebabkan gula..Jadi, kalau korang baru lagi start minat kopi ni, cuba la kurangkan gula tu dan lama-lama tolak terus jela gula tu,.bukan elok pon..haha..masa tu baru korang tau nikmat minum kopi yang sebenar..

Gila kopi aku bukan setakat tu je lagi..sepanjang 2 tahun ni, dah 2 mesin espresso aku beli..punya la teruk nak minum kopi..aku bukan apa, tak larat asik nak beli je kopi kat kedai..kalau murah takpa gak..penyelesaiannya, beli la mesin sendiri, buat sendiri kat rumah, minum sampai lebam..

Eh, sebelum bab mesin kopi, aku start dulu brew kopi guna dripper..dripper ni kopi yang kita tuang je air panas atas filter kopi dan kopi pon siap..gitu je kaedah dia..dan secara jujurnya, ni lah cara minum kopi paling sedap bagi aku..walaupon aku dah ada mesin espresso, teknik pour over or v60 ni aku tak penah tinggal, dan ni la cara aku minum kopi setiap hari..hahaha..

Tak habis kat situ je 'bidang' kopi aku, selepas tu aku start plak kemaruk buat kopi susu..orang kampung aku panggil caffe latte..bab ni kadang aku rasa ralat gak la sebab, aku tak suka kopi susu, tapi beria belajar buat kopi susu ni..ntah berapa banyak la bean kopi aku terbuang, tu belum kira susu..hahaha..tapi alhamdulillah, berkat tekun dan sabar aku belajar dengan youtube, dalam sebulan aku dah pandai..(pandai ni nak bawak kemana pon aku tak tau)..

ni latte art aku masa proses pembelajaran..sekarang ofkos lagi cantik..hehe




Coffee station aku.





Minggu lepas pulak, baru je sudah berlangsung pesta kopi kl 2021..aku pon tak lepaskan peluang la jugak nak tengok apa benda yang ada kat sana..tapi frust!!  takda apa plak yang aku dapat tangkap..haha..terus-terang cakap, pasal air kopi tu sendiri, aku dah tak heran sangat sebab dah boleh buat sendiri kan.3 kali sehari aku dah minum kopi...so pesta kopi untuk semata-mata minum kopi, bagi aku hambar la..awat tak jual eksesori kopi banyak sikit kan..nextt..

ermm..panjang gak jadinya entri merepek ni..hahaha..ok lah..sampai jumpa lagi next entri tahun depan..see youu..baiiiiii....asalammualaikum..





4 comments:

  1. Wssalam. Tak sempat nak gi sana. Sama lah... tapi saya start pakai hand grinder, v60 n french press je. Nk beli espresso machine tak mampu dan takde space sebab duk flat.

    Sama tahun jugak la kita start blogging since 2009. Tapi banyak posting dari awal dah kena delete sebab banyak cerita marka lama. Mampuih kantoi ngan bini nanti. :D

    ReplyDelete
  2. hai. harap ko sihat.

    mantaplah.

    tu je nak komen.

    babai.

    ReplyDelete
  3. Wah ni tahun lepas ko dah ada coffee station, kalau skrg time aku komen ni, ko mesti dah ada kedai kopi dah kannnn? Lama betul kita tak menulis di blog ye? Ko layan tiktok eh skrg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aminn..mana tau leh bukak kan..yg pasti aku minum sendiri je lagi kat rumah..haha..skg zaman tiktok kan..nak taknak kena ikut..kalau tak, tertinggal bas..haha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...