Tuesday, November 7, 2017

AKU DAN DIET..

salam..

Last entry bulan February lepas, aku ada tulis pasal kisah aku berhenti merokok.. yes, sampai sekarang dah masuk bulan November ni pon aku masih lagi tak merokok balik dan maksudnya program berhenti merokok aku telah berjaya..

Walaupon temujanji klinik berhenti merokok tu masih lagi ada sampai sekarang ni, tapi takda lagi cerita tentang nikotin, rokok dan sebagainya, bila dah masuk stage macam aku ni, mereka ni buat ujian pulak tengok kesihatan aku macam mana lepas berhenti merokok sekian-sekian masa..

Masa ujian darah pertama after 3 bulan aku berjaya berhenti merokok, result darah aku ok la, gula, kolestrol, tekanan darah cantik..tah macam mana plak masuk 6 bulan punya check up, tang kolestrol pulak naik..dan pendekkan cerita, lepas yang terbaru ni, makin naik lagi kolestrol aku...siot betul..

Ni tak lain tak bukan mesti sebab aku tak merokok la ni kolestrol aku naik..hahaha..ok,jangan percaya...aku pon tak tau la nak cakap macam mana..berat aku pon dah naik sikit..yang paling risau perut tu yang makin kedepan..serius tak boleh blah..sebab berhenti merokok ni buat aku kuat makan kot..ntah la..

Bila dapat info kolestrol dan kesan-kesan kolestrol tinggi ni agak bahaya dan sememangnya kolestrol aku dah tahap berbahaya, aku jadi tak tentu arah dowh..terus aku ambil keputusan nak diet ni..tapi tahukah anda yang nak diet turunkan berat badan ditambah plak nak diet untuk turunkan kolestrol merupakan satu penyeksaan yang terlalu kejam...

Aku tak tau karnivor macam aku ni nak makan apa..

Mujur la Dr.google sentiasa ada untuk aku rujuk dan aku masih belajar nak kurus ni..actually aku ni takda la gemuk mana, serius, dengan ketinggian aku plus berat aku yang paling berat penah dicatatkan seberat 61 kg ni kira ok la, seluar pon still 29..memang tak gemuk mana la kan..

Tapi bila perasan kurus dan sihat dan kau makan segala tok nenek makanan kolestrol tinggi, dan tak sedar metabolisme orang yang hampir tua ni tak hebat mana, maka masa itulah baru rasa menyesal tak peduli pasal nutrein yang kita makan..

Apa pon, korang jangan salah anggap plak, bukan makanan yang menyebabkan korang boleh jatuh sakit tu, salah tu tang akidah..ingat la, Allah yang segala-galanya bagi kita kesihatan baik atau tak baik..tu kadang -kadang kita rasa macam tak adilkan, orang tua gemuk minum manis tak ingat dunia, tapi dia bebas dari kencing manis., makan macam-macam kolestrol ok..contoh depan mata aku pon ada.tapi nak buat macam mana, tu la kuasa Allah, tu DIA punya kerja..

Beberapa minggu yang lepas aku dah mula diet sebenarnya dan alhamdulillah, setakat ni ada nampak perubahan.. dari 61 kg sekarang dah 58 kg dan aku target berat aku mesti turun sampai ke 54-55 dalam masa sebulan dua ni..perut pon dah turun sikit kan..tu yang penting sekali..hahaha..aku benci perut boroi sebab tak comel dan nampak tua..hahaha..

Tentang diet yang kejam bila karnivor diberi sayur ni, aku ambil keputusan, cuba yang termampu jela elakkan makanan kolestrol tinggi ni..kalau setakat nasi tu aku dah boleh jer hidup sekarang takda nasi..tapi tanpa lauk kau nak makan apa haa!!.



 ni antara menu diet aku..belasah jer..


So diet aku yang main hentam je ni  ialah, aku tolak karbohidrat je dulu..nasi, roti, mee dan sejenis dengannya ni semua kalau boleh aku tak nak langsung ambil..skarang ni aku kenyang dengan protien jer..aku bedal dada ayam, ikan dengan buah2 jer la sekarang ni..nak makan protein dari udang, sotong tak berani plak sebab kolestrol tinggi..

Nak diet menu telur rebus pon rugi sebab tak boleh makan kuning telur..kalau orang biasa takpa la, aku kategori kena pantang kuning telur sebab kolestrol dia sangat tinggi..tu yang aku cakap, diet aku ni kejam.menu yang boleh dalam diet biasa, jadi tak boleh kat aku sebab kandungan kolestrol dia..mujur takda darah tinggi dengan kencing manis, kalau tak, nak diet apa pon aku tak tau..

Terkini, aku baru je baca tadi, aku nak cuba kira kalori pulak yang aku makan walaupon rasanya ikut diet aku, kalori agak rendah..tapi takpa la, kita belajar dan cuba paham lebih apa yang aku dah buat ni kan..secara ringkasnya, nak makan lebih, kena bersenam lebih untuk bakar lemak..


Sebagai contoh ni la kalori yang dah banyak berlemak dalam badan aku selama ni..now masa untuk buang segala lemak-lemak tersimpan tu..



Berapa banyak kalori selalunya orang dewasa ambil dalam sehari? 

a) Sarapan Pagi =  541 kalori
Nasi lemak bersambal (400 kalori)
Telor mata kerbau (21 kalori)
Teh Tarik (120 kalori)

b) Minum Pukul 10 pagi = 410 kalori
Kuih karipap 3 biji (390 kalori)
Teh O (20 kalori)

c) Makan tengahari = 900 kalori
Nasi 3 cawan (420 kalori)
Ayam kari (250 kalori)
Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori)
Jus Tembikai (80 kalori)

d) Minum petang = 510 kalori
Kopi susu (120 kalori)
Popia Goreng 3 biji (390 kalori)

e) Makan Malam = 682 kalori
Nasi 3 cawan (420 kalori)
Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori)
Kangkong belacan (120 kalori)
Jumlah keseluruhan dalam sehari : 541 + 410 + 900 + 510 + 682 = 3043 kalori


Tu haa kau, rasanya  sepanjang beberapa bulan lepas, kalori yang aku ambil mungkin lebih dari itu untuk sehari pon ada, tu pasal tetiba jer aku rasa aku jadi gemuk sedangkan kalori yang sepatutnya aku ambil dalam sehari cuma 1420 jer..so bila kalori yang tak diperlukan badan tu tak dibakar jadi tenaga, tu yang naik lemak tu...hahaha..


CARA MENGIRA KALORI YANG DIPERLUKAN OLEH TUBUH SETIAP HARI:
UNTUK WANITA: 

~BMR = 655 + (9.6 x berat badan(kg)) + (1.8 x tinggi(cm)) - (4.7 x umur)
~lepas tu BMR ni kena darabkan dengan DCR
~DCR adalah seperti berikut:
-untuk individu yang kurang senaman/tak senaman langsung/buat kerja pejabat = 1.2
-untuk yang aktif sikit2/senaman 1-3 kali seminggu = 1.375
-untuk yang aktif /senaman 3-5 kali seminggu = 1.55
-untuk yang sangat aktif/senaman 6-7 kali seminggu = 1.725
-untuk yang terlampau dan teramat aktif/kerja dan senaman berat setiap hari/senaman 2 kali sehari = 1.9
contoh pengiraan kalori yang diperlukan oleh seorang wanita:
berat:70kg,tinggi 150cm,umur 20 tahun,kurang senaman/kerja kat opis ja:
655 + (9.6 x 70) + (1.8 x 150) - (4.7 x 20) x 1.2 = 1484.2
jadi kalori yang diperlukan oleh wanita di atas ni adalah 1484.2 sahaja sehari...kalau dia nak turunkan berat tolak lah 500 kalori,kalau dia nak tambah berat dia kenalah makan lebih dari 1484.2 kalori tu....mudah ja nak kira kan?

UNTUK LELAKI:
~BMR = 66 + (13.7 x berat(kg)) + (5 x tinggi(cm)) -(6.8 x umur) x DCR(DCR sama macam yang dinyatakan di atas)


ok la, sekian info untuk kali ni..nanti kalau aku dah kurus, aku tulis lagi dalam next entry..choww.
assalammualaikum..



6 comments:

  1. apa-apa pun ko kena displin.. wish you luck bro..lamanyaaa tak baca blog ko weii...

    ReplyDelete
  2. kagum gak dgn semangat ko bandle.

    aku tau ko boleh buat sbb smoking dh berjaya, inikan pulak diet.

    hehe.

    ReplyDelete
  3. Pergh dah kurus nak kurus mana lagi ni. Memang seksa menu berdiet ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...