Wednesday, May 27, 2015

Adakah makanan tambahan anda terjamin berkualiti atau sekadar hebat menipu?

Produk yang jenis makanan kesihatan ni ternyata memang hebat konfidenkan orang..masa saya warded dulu pon pernah sorang promoter ni datang ceritakan kebaikan produk dia..mujur la saya jenis tak berduit..kalau tak, memang 90% saya akan beli..

Dah la datang time org sakit, kat hospital pulak tu..siap bawak berbagai testimoni..boleh kata ramai la dalam wad tu yang penyakit lebih kurang termakan umpan..bijak betul strategi pemasaran beliau..

Pendekkan cerita, lepas setahun dari tu, dah keluar pulak cerita tentang penipuan tentang produk tu..takde la bagus sangat..boleh la makan saja2 sebagai makanan tambahan..cuma takde la sehebat yang dikatakan..dengan harga yang mahal, memang tak berbaloi la buang duit..tapi yang beli tu boleh la kredit sebab ada usaha nak sembuh cepat ye dak.

Bagi saya perkara ni seperti 'yang miskin dilarang sakit'..pasal produk2 ni memang bukan harga untuk marhean macam saya..saya tak tau la betul ke tidak testimoni yang ada-ada tu, tapi kalau betul ia boleh sembuhkan kanser, kenapa kat farmasi tak jual..hahaha..