Tuesday, January 29, 2019

KEMARUK KOPI..

Assalammualaikum..

Sejak kebelakangan ni, kegilaan aku terhadap minum kopi makin teruk.lebih teruk lagi bila belanja pon makin meningkat pasal kopi ni aku tak boleh bancuh sendiri dan cuma boleh beli jer kat kedai-kedai yang menjual kopi ni..demm..

Kalau harga kopi ni singgit dua jer tak lah kisah sangat..ni yang paling murah pon rm3.kuantiti dia plak cup kecil je..memang tak puas..so biasanya aku beli besar.harga rm 6 ke atas..kalau mc cafe , tealife, dah rm7 keatas.starbuck toksah citer, not my taste dan harga lebih yahudi..

Sebab tu kemampuan aku sekadar beli kat Familymart jer..sampaikan dah femes aku tak kira shift mana pon casher familymart ni, nampak je muka aku , dah tau dah aku datang nak beli kopi..kehkehkeh..


Tapi jangan korang ingat kopi kat familymart ni tak setanding kopi-kopi kedai hipster lain..kalau setakat kopi americano aku ketagih ni, sama dengan je kat mana pon selagi dia guna mesin..cuma starbuck je lain sikit yang aku penah minum sebab ada campur tangan manual nak bancuh agaknya, dan rasa pon tak sedap..

Hat kedai lain, rasanya sama je, cuma harga berbeza.jadi, kenapa perlu bayar lebih...haa, kan dan macam trivago..haha..

Dan untuk pengetahuan korang, aku pon pernah cuba bancuh sendiri kopi segera untuk untuk jadikan americano..memang betul-betul ikut arahan dan sukatan tapi hasilnya tak jadi juga..so aku putus asa nak beli serbuk kopi paket yang bancuh sendiri ni..tak mungkin boleh jadi americano macam kedai kopi moden ni jual..

Kalau dulu aku sibuk cari serbuk-serbuk kopi segera untuk buat americano..habis pasaraya aku geledah, kat online shopping pon aku cari gak..tapi sekarang aku dah tak cari kopi lagi..sekarang ni aku cari mesin kopi terus..hahaha..mampusss...

dapat bonus lebih ke, duit tepi ke memang aku beli gak nanti, insya'allah., harga mampu milik gak..mahal lagi mesin cuckoo aku tu..haha..

p/s : moral of the story, jangan ajar diri korang minum kopi kuat macam ni, akibatnya, kemungkinan besar korang tak nak lagi minum kopi biasa macam nescafe, kopi kampung dan sebagainya.bukan tak sedap, cuma rasa dan aroma hat lain ni kalah..hilang feel kat kopi lain bila dah biasa minum yang power macam americano ni..



Wednesday, January 16, 2019

COACH JADIAN

Assalammualaikum wbt..

Mulai harini aku dah start jadi coach kurus tak bertauliah tanpa gaji dan akan menghadapi tekanan yang kuat disebabkan aku akan guide bini aku sendiri untuk kurus..ntah macam mana nanti, kita tunggu la keputusannya sama-sama ye..

Macam sebelum ni aku diet, aku boleh hilangkan 10 kg berat aku dalam masa dua bulan, so bini aku pon mesti boleh punya..tapi tah kenapa aku dah rasa seram-seram jer bila nak guide dia ni..kalau korang pernah diet, mesti tau yang diet ni ofkos kenyang tak kenyang mana, makan pulak tak sedap mana..

Nak paksa bini aku ni makan yang tak sedap ni yang buat aku risau ni..haha..yela, ibarat singa diberi makan sayur kan..dah la bini aku ni memang spesis singa jadian gak, tambah pulak jadi singa lapar kan..serius takut aku nak bayangkan oii..hahaha..

Cuma kali ni aku harap diet dia tak separuh jalan la.serius kalau menjadi dan dapat kurangkan 10kg yang aku target..baru la  body tip top macam dulu.kesihatan pon mungkin lebih baik nanti ye dak..secara tak langsung, aku pon boleh sambung gak diet aku balik sama-sama biar sampai boleh dapat sixpack.

asal diet je makan epal,.hahaha.. 

Bukan apa, aku ni insya'allah dah boleh menten jer berat lepas dari diet hujung 2017 dulu sampai ke la, masih steady hot and spicy..cumanya nak perut sixpack macam muda2 dulu belum dapat..apa pon syukur la boroi tu hilang dan tak muncul balik..serius boroi tu menyakitkan mata dan memalukan aku..

Aku tak tahu kat mana la point yang sesetengah orang cakap, lelaki perut buncit lepas kawin tu nampak comel la, nampak hensem la..isk tolong la..jangan nak ada cita rasa bukan-bukan boleh tak.hahaha...kalau diri sendiri yang boroi tu suka diri dia yang camtu aku leh hadam lagi..tapi bila orang lain nampak elok tu aku heran..hahaha..

Kadang macam sensitif gak nak cakap benda ni, contohnya bini aku la..kalau aku cakap dia gemuk tak kena tempat dan angin dia, nanti mula la keluar ayat " tak nak orang gemuk, pegi la cari yang kurus" hahaha..susah oo camni...

Mujur la sekarang dia dah tau dia semakin gemuk pasal mak mertua aku sendiri dah tegur, tu pasal tiba-tiba je nak diet..hahaha..padan muka hang..aku nak tegur memang serik dah..hahaha..aku terima je seadanya dengan redha..biaq pi la nak kuruih ka gemuk ka..i tetap love you, saranghe you seadanya...hahahaa....


-coach ymbundle, bukan coach yin-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...