Monday, January 14, 2019

PAHIT ITU KEBAHAGIAAN..

Salam..

Alhamdulillah, bertemu lagi dalam ruangan kecil ini..sebenarnya aku takda idea pon nak menulis harini..tengok la kot-kot ada isi sambil aku tulis ni..haha..jadi, setakat beberapa hari aku dah tak berinstagram ni, aku rasa hidup aku lebih aman..

Aku dah boleh masak, makan, minum kopi #gilakopi atau buat apa saja tanpa sibuk nak snap gambar untuk update dalam story or untuk posting baru..aku rasa aku dah boleh jadi orang tua yang normal bila mana boleh lepak tanpa keluar handphone..tak perlu lagi nak bagitau sesapa yang sebenarnya memang tak nak tahu pon apa kita buat..hahaha..

Syok sendiri tu tak salah, kongsi citer tak salah, sosial media tak salah dan aku bukan lah anti sosial pon..semuanya terpulang diri masing-masing la..aku pilih blogging ni pon masih dalam perkara yang sama jugak..konsepnya tetap berkongsi..bezanya, aku lebih syok sendiri dan aku nak balik duduk dalam dunia aku sendiri jer..haha.

ni la antara sharing aku yang kerap muncul kat  story ig aku sebelum ni..haha..
walaupon tak buat  'story' lagi, ketagihan aku kat kopi ni, masih sama..bukan mcdonals, tapi americano ye..


Berbalik kepada perenggan awal tadi, aku rasa aku dah tak nak tekankan sangat la lagi pasal isi or content entri-entri aku..buat serabut aku mikir je kang..haha...la ni aku nak menulis lebih sempoi dan agak kearah peribadi, keluarga, life aku je kot..blog ni  jadi ganti instagram aku la kiranya..tak nak tulis pasal isu semasa ke politik ke, cukup sekadar aku baca untuk pengetahuan aku jer..

Terkadang bila terbaca entri aku yang dulu-dulu, rasa macam what the fuck!,annoying, poyo, rasa bodoh gila bila bercakap ikut kepala hotak sendiri..haha..biarlah entri tu jadi saksi yang masa tu memang boleh buat kita lebih matang..


p/s : tajuk tu cuma merujuk pasal kopi..hahaha.

Wednesday, January 9, 2019

BERHENTI MEROKOK VOL 4.0

Assalammualaikum wbt..

Antara perkara bodoh aku buat sebelum masuk tahun 2019 ni ialah aku telah merokok balik sejak bulan 11/2018 sedangkan aku dah berhenti hampir 2 tahun sebelum tu.(Link)..aku pon tak tau pasal apa aku nak hisap balik sedangkan aku tak gian mana pon nak hisap rokok..

Tapi, start 2 januari tu hari aku nekad berhenti semula..kenapa 2 januari? kenapa tak start 1 haribulan januari tu je semperna tahun baru? sebabnya rokok aku yang last beli tu tak habis lagi jer..so aku habiskan la dulu..hahaha..


Sehingga harini, maknanya aku dah berhenti balik selama seminggu..kali ni aku tak ambil apa-apa ubat macam berhenti rokok sebelum ni..insya'allah boleh..asalkan aku kurang bergaul dengan perokok2 ni peratusan aku hisap rokok semula sikit la berbanding sentiasa bergaul dengan depa ni..

Punca sebenarnya aku nak berenti ni sebenarnya adalah sebab bila dah sebulan hisap rokok semula secara kerap, masa ni pulak aku nak dapat batuk..dah la batuk tak baik-baik, pernafasan aku pon dan mula rasa sesak dan dada pon kadang2 sakit bila bernafas..tu la kan, dah takda penyakit, aku cari balik penyakit tu..adoii..

Serius la wei, merokok ni tak elok tapi sedap..aku ni dari elok boleh jogging  5-6 km terus down..semput.,lani aku nak stop terus, andai kata hisap balik, nanti kita berhenti la lagi..apa susah..haha..tapi aku agak bersyukur gak dapat 'hidayah'  lagi nak berhenti ni pasal aku agak terlepas dari azab sengsara untuk perokok yang kerajaan wartakan sekarang ni..




Bak kata member office aku yang juga seorang perokok..


"aku relo beli bungkuh jah nasi sekarang ni fiq"


Simple tapi aku paham sakitnya macam kena cucuk sampai ke hati..nak makan kat kedai dah takda feel..

kahkahkahkah...



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...