Saturday, January 12, 2013

Orang Malaysia cuma prihatin 'tengok'..

assalammualaikum wbt...

Petang semalam semasa aku merempit nak pergi jemput bini aku kat tempat kerja..tengah  race dengan budak pizza kat Jalan Damansara, sebelum simpang kerinchi Link, gedegang!! satu kemalangan telah berlaku...

Aku bleh kira antara orang yang mula mula  jugak la sampai kat situ walaupon tak nampak camna kemalangan tu boleh berlaku..tapi sebagai Hero , dengan pantas aku berhenti ditempat kejadian, tahan kereta, tolak motor dulu bawak tepi..pastu baru aku tarik mamat tu...

Kenapa aku tolak motor dulu?..sebab aku sambil-sambil usyar dulu ada darah ke dak..kalau ada aku suh la orang lain tolong..al-maklum la aku segan sikit dengan darah ni..hahaha..nasib la mamat tu tak teruk mana...Tapi yang nayanya dalam kemalangan tu, kereta yang bersalah sempat lari..masa aku baru turun motor, mamat yang kene langgar tu teriak suh aku tahan kereta bersalah tu..gila apa..kelam kabut dia nak cabut..mau dengan aku aku sekali dia langgar..so aku cuma tolong maki je la..hahaha..

Macam biasa aku dengar, rakyat malaysia sangat prihatin bila time kemalangan.kompom ni satu penganjiingan..Dari pengalaman aku jadi hero kes kes kemalangan camni ni..sebenarnya orang malaysia ni prihatin tengok je pon..hahaha..serius beb..jenis yang paling ramai ialah yang marah-marah kalau sangkut dalam jem sebab eksiden tu..bukan salah eksiden pon, tapi salah pemandu yang 'prihatin tengok' ni jugak..lane yang bertentangan dari eksiden lagi jem nak kat apa...lulz


Masa kemalangan semalam tu, jalan tu banyak la kereta walaupon trafik lancar..kronologi dia camni..motor ni jalan tengah-tengah antara kereta tu..tiba-tiba sebijik kereta ni nak tukar lane tapi tak bagi signal dan tak tengok belakang main masuk je.. tak pasal-pasal motor ni terlanggar dia than jatuh..kereta tu terus lari..yang kereta dari belakang pulak terus sapu lagi mamat tu sebab laju..kesian betol..terlanggar dan kena langgar..

Bila jadi camtu, kereta tu pon break la kecemasan, terus la terjadi perlanggaran berderet-deret kebelakang..hahaha...yang sadisnya,bukti aku cakap orang kita ni cuma prihatin tengok je, masa aku sampai tu..awek yang langgar pulak mamat yang jatuh tu pon tak keluar lagi dari kereta..apatah lagi yang 3 4 bijik lagi kereta yang bersusun eksiden tu.biar je mamat tu atas jalan..

Yang lagi sadis sebenarnya, sebelum aku berhenti motor tu pon dah ada  dua orang kat tepi jalan..dia boleh bantai macam tengok wayang je orang mengelupur atas jalan..adehh..takda hati perut ke apa tu..aku ni bukan la nak jadi hero yang berhati mulia sangat pon..tapi sebab dah berlaku depan mata dan takda sapa tolong, tu dah jadi tanggung jawab aku la kan..kalau dah ada orang tolong, aku buat tak reti je..haha..

Tambah lak kalau jadi cam kes budak eksiden langgar pasu bunga mak aku tu..biar la dia teruk pon sakit..memang aku tambah lagi belasah dia pastu suruh ganti semua kerosakkan..salah tetap salah..nasib budak tu langgar lari..demm..so cuma kebetulan la aku leh jadi hero yang baik ni ye..jangan sanjung aku sangat....kehkehkehkeh..

So kepada penguna jalan raya semua, tak kira bawak apa pon..tolong la jangan suka menyusahkan orang lain ye...walaupon aku tak bayar cukai jalan,(lama tak renew roadtax) aku masih lagi rempit yang bertanggung jawab..jangan langgar lari..esok-esok kalau jadi kat diri sendiri padan muka..


Entri lain berkaitan etika memandu (Penting!)

Ikut kiri kecuali memotong
Hazard light




91 comments:

  1. memang, setuju sangat. prihatin tolong tengok jer.. pui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah ! anda orang pertama komen diblog ym.bundle. hadiah nokia 3310. lalala

      Delete
    2. tahniah..ingat nak bagi ko hadiah mad, tapi aku pon guna hp tu..so maaf la takde hadiah..hahaha

      tak dinafikan ade yang suka tolong..tpi kuantiti tu sikit sgt..

      Delete
    3. Dah tu ko jgk ckp kalo ko tgk ada org lain dah tolong, ko buat tak reti je. Aku ingat camtu jugak la org lain fikir. Sbb dah ada org tolong. Huhu. Kalo aku plak, bile jem yang disebabkan eksiden, aku akan perlahankan kenderaan, dan akan ushar skit2 sape yg eksiden. Takut2 kawan ke, sedara ke.

      Delete
    4. mmg la aku cakap camtu.dh ade org toksah la baik sangat...masalahnya..ramai yang taknak berhenti terus walaupon mula2 dah nampak eksiden tu...nak pass kat orang lain la kononnye..ada pahamm...hahaha..

      #ko la ni yang selalu wat jalan jem kan..grrrr..

      Delete
  2. betul! selalu yg tukang tengok je tu yg menyebabkan jem tak hengat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pon..eksiden tepi jalan, tgk yang lebih..tak pasal2 jem..huh..

      Delete
    2. mesti dulu dulu engko pun prihatin tengok kan, kan

      Delete
    3. kan aku cakp kalau takde org baru aku tolong..kalau dah ramai hero aku buat tak reti je..

      Delete
  3. tak lama lagi jadi macam kat negara china. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap tak la..kat sana tu rosak sangat aku rasa nilai kemanusiaan tu..teringat kes budak kecik kena langgar tu..kesian gila..

      Delete
  4. Replies
    1. aku teringat 1 video pasal kes samun motor kat stesen minyak..ada 2-3 orang kat luar stesen, 2-3 org lagi kat dalam..tapi sorang pun taknak tolong..kereta dgn motor2 lain yg isi minyak pun tengokkan jer kes samun tu..macam tengah tengok movie pulak..

      then bila motor tu dah kena samun, owner tu sampai terduduk kat tengah2 jalan..time tu baru la ada org lain datang dekat..

      berbalik pada entry ni, mujur la ada hero prihatin macam ko..at least sudi jugak tolong walaupun motor takde roadtax..kahkahkah

      Delete
    2. bab samun lain beb..kalau tak cukup ilmu cuba tolong cara lain la better..tepon polis, cam muka tau catit no je la..jgn jadi hero sangat..aku kawan dengan penyamun gak H..diorang tak takut dengan mangsa..diorang cuma alert dengan hero je..so sesapa yang cuba jadi hero mmg diorang dah bersedia untuk cederakan..serius..

      Delete
    3. hahaha..xde la..aku bukan samakan eksiden tu dgn kes samun..cuma teringat jer pasal video tu..sebab konsep dia macam lebih kurang sama..nampak tapi tak buat apa2..tolong tengok jer..

      Delete
    4. malas nak scroll smpai bawah. so, celah kat sini je.

      aku malas nak baca entri ni sebab perut aku tengah lapar. lapar giler kot. haha. tapi satu nak cakap, aku tak suka orang bawak kereta, time nak masuk simpang, baru bagi signal!! maksud aku, time sampai depan lorong baru bg lampu. rasa mcam nak langgar je dari belakangggggg!! >.<

      Delete
    5. langgo je mocik..dah2..p makan..kang pengsan lak kat sini..

      Delete
  5. boleh tak kalau nak kata kurang bertamadun? ke, kejam sangat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya lbih tak kejam kalau kita cakap tak de tamadun,, :D hye ps- pak cik bundle :D

      Delete
    2. hadira :
      tah la..tak tau nak cakap camne..kalau ko sendiri saksikan atau alami ko nampk la sendri bertamadun ke dak..haha..cuma yang aku nampak nilai kemanusiaan tu dah kurang..kene ade org buat dulu baru ade yang nak ikut..

      muja :
      yela muja..dush2..hahaha..panggil pakcik takpa..ko jgn nk ber abang2..haha

      Delete
  6. aku takut nak benti bandel. sbb aku perempuan. tak kisahlah yg eksiden tu lelaki atau perempuan, aku takkan benti. nak kuar kete pun takkan. takut. takut kena kidnap/rompak. tapi aku respect kualiti sisi baik kau.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok keaadaan la ha..ada kes2 samun yang langgar dari belakang tu bahaya gak..ni yang kita sendiri dah langgar orang, paling tak tengk la apa dah jadi kan..tapi aku syak awek tu tergamam la..tu sebab dia cuak je duk dalam kete..hahaha

      Delete
  7. setuju sangat2... orang Malaysia mmg suka jadi penonton je.. klaw nak tolong, haram.. HUHU

    ReplyDelete
    Replies
    1. tah la..aku takleh lak tngok saja kalau orang perlukan pertolongan camtu..aku rasa ramai je nak tolong tapi duk pikir ade je orng lain tolong..diri sendiri taknak bertindak terus..tu yang tengok2 dulu..haha..

      Delete
  8. Rakyat Malaysia ni mmg suka ambil tahu. Tp setakat ambil tahu. hehe..
    Paling teruk, berhenti buat jammed bukan pasal nak tolong tapi nak ambil nombor buat beli nombor ekor. Mmg hampeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tu mmg takleh blah kak..amik no je..hahhaa..aku ingat nak gak snap gambar lepas tolong2 tu..tp segan plak..so blah je la..

      Delete
  9. prihatin tengok then menambahkan lagi kesesakan lalu lintas.

    ReplyDelete
  10. my mum punya story. otw balik dari keje, ada motor melulu depan beliau. my mum break. sempat. tapi kasihan sepandai tupai melompat, takkan boleh terbang, motor tuh di langgar other car. terpelanting. my mum berhenti. and mengeluh, tak sampai berapa saat, entah dari mana datang manusia keliling jalan berdekatan motor tuh terpelanting.depa tolong. tolong tangkap gambar. my mum lari kat budak laki yang motor tadi. mengucap panjang my mum tangan budak laki tersebut namapk tulang kat siku. ada pakcik cakap ''ada kain tak nak berhenti kan darah ni''. serta merta my mum bukak sweater die pakai and bagi. my mum offer die punya kereta antar sepital.

    ye rakyat malaysia memang prihatin. prihatin tangkap gambar, upload kat you tube sok sek, sok sek. tak semua la. certain orang ja.

    tahniah pada yang membantu. takziah pada yang menengok.

    tahniah pada acik bundle gak. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah la walaupon ade orng yang kurang bertanggungjawab, tetap masih ade orng seperti mak ko galy..aku insya'allah selagi ade orang memerlukan bantuan, aku tolong..tpi kalau ade darah2 tu aku segan la sikit..takut aku lak yang pengsan kat situ..hahaha

      Delete
  11. kt tpt sy, rasanya org2 dia prihatin tengok ngn prihatin tolong jgak.. kdg2 nak turun pn rasa xpayah la sbab dh rmai sgt yg ad kat tpt kejadian tu.. hohohoho.. anyway, baek hati rupanya bundle nih.. kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat bandar cam kl ni kot lain sikit emma..nampak mcm ramai prihatin..tp tu la dia, prihatin untuk tngok je..bab nak menolong tu 2/10 je kot yang ade...

      Delete
  12. peh peh dua tiga kali jugak jadi hero eh, alhamdulillah.
    kuang ajar punya pelanggar lari, grr. haha teremo pulak. tapi betul lah sis pun kadang2 prihatin tengok. ni kes tengok dari jauh jelah, bukannya siap bhenti turun kete menyibuk tengok. haha. semoga dengan kehadiran kamera aes akan mengubah sikap pemandu2 di malaysia *menyelit iklan radio* haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak salah la kalau tengok bila orang dah ramai tolong..tp aku tak paham kenapa ada orang yang dah nampak depan mata yang takde sapa tolong, still masih wat tak reti je..nak tunggu gak org lain datang..sikap tu yang tak bagus..

      Delete
  13. betul tu..orang malaysia memang suka tengok..dan paling menyampah kalau berenti tengok sebab nak tau apa no plat...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. taik no ekor camtu mmg harus bagi penerajang je..

      Delete
  14. Maybe org yg duk tengok je tu pun spesis yang segan ngan darah gak kut Pakcik. Takpun dorang tergamam, terpanik, terkaku, dan macam2 ter lagi. Hahaha! Mungkin. Tapi kesian kan kalau dlm situasi camtu. Aku terbayang gak. Kalau aku yg dlm situasi tu, pastu org duk tengok je. Sedih wooooo! Mau meraung aku kat situ.

    Jahat betul la org yg langgar lari tu. Dah bersalah, tak bertanggung jawab langsung. Memang la kalau pikir konfem dea panik gila kut, pastu cuak. Tapi yg dea pi drive ikut undang2 sendiri tu kenapa? Sengal! Err tapi kann aku pun kdg2 takut terbuat undang2 sendiri bila ngah drive. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab tolong menolong cam kes ni aku pegang 2benda bagi aku ikhlas nak tolong makcik..1.) tanggungjawab(wajib) sebab takde org lain nak diharap..2.) buat baik dibalas baik(Allah akan balas balik kalau aku plak macam kat tempat dia)..

      Delete
  15. hehe tetiba teringat kat mak my fren ni, ada satu mamat ni langgar dia, tapi dia terlalu baik hati bagi mamat ni duit. Saya tepuk dahi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang langgar dia, pastu bagi duit kat orang tu..baik sangat tu..hahaha..tp bleh jadi gak kalau tu salah mak kawan ko tu sampai orang tu terlanggar dia.so dia bayar la..

      Delete
  16. aku kalau eksiden2 ni lebih kepada tergamam selalunya. segan dengan darah macam ko kurang la kot. hehehe. jadi bila tergamam takut nak dekat2 apatah lagi membantu. so far setakat ni belum pernah nampak yang betul2 baru terjadi depan mata....jadi tak tahu la aku ni jenis macam mana, sama ada akan terus menjadi heroin ataupun "prihatin melihat" sebab selama ni pun nampak selalunya orang dah pakat kerumun ramai2 dan ada yg dah tolong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tergamam apanye aien..kira ok dah tu ko tak pobia ngn darah..bleh sangt jadi nurse sementara la tu time2 kecemasan..

      kalau nampak eksiden depan mata better ko benti la tngok org tu camne..mana tau dengan pertolongan ko nyawa dia terselamat..besar pahala tu aien..yg dah ramai kerumun tu abaikan je..

      Delete
    2. Nak tolong pun kena tengok keadaan gak...sbb kadang tak semua pertolongan membantu.

      Ko pun ada sebut pasal nurse...anggap bidan terjun la kan. Tapi kalau takde ilmu pertolongan cemas didada takut la jadi makin teruk..cth masa aku dengar sorg penceramah cakap....dia kata kisah benar, x tahu la kan. : eksiden...mangsa leher terkehel sampai pernafasan tersangkut sangkut...ada sorang hamba allah yg kesian dengan niat nak tolong la, senang bernafas kononnya...dia betulkan la kedudukan kepala nak laraskn leher yg tkehel tu...sekali tup~jalan terus mangsa tu pasal ada urat leher putus kena tulang tengkuk. Haaa. Nampak x nampak x? Tak semua keadaan kita betul2 boleh membantu...serahkan pada yg pakar dalam bab pertolongan cemas.

      Tengok situasi la senang citer....hehe. kang tak tolong yg setakat calar balar sebab takut salah...kejam lak disebalik prihatin.

      Delete
    3. Panjang lak...tapi xpe asalkan sampai citer utk jadi contoh. Apa2 pun...tolong la sekadar yg mampu. Kalau tak yakin....serah pada yg pakar la, tapi kalau darurat tolonglah dan tawakal...kalau dah ajal itu semua takdir, memang takat itu umurnya didunia yg sementara ni ye dak.

      Kalau takut darah dok jauh2...karang terpengsan ke susah kat orang nak menolong awak pulak....udah mangsa pun nak ditolong lagi. Hahaha.

      Delete
    4. haaa..tu betul gak la.ikut kemampuan..jgn pandai2 udah..tolong tolak motor tepi bagi laluan lancar pon kira membantu gak tu aien..

      Nabi pesan buat la kebaikan walaupon cuma mengalihkan duri di jalan bagi orang tak terkena dah besar pahalanya..sekian..hahaa..

      Delete
    5. Kehkehkeh. Tolong ada bnyak jenis tolong ek...tolong tengok pun salah satu gak. Itu ramai dok menengok je. :P

      Kita tolong ikut mana kemampuan kita kan..apa2 hal pun aku respek dgn ko..pantas membantu. Heeeee

      Delete
    6. Kehkehkeh. Tolong ada bnyak jenis tolong ek...tolong tengok pun salah satu gak. Itu ramai dok menengok je. :P

      Kita tolong ikut mana kemampuan kita kan..apa2 hal pun aku respek dgn ko..pantas membantu. Heeeee

      Delete
    7. tu la..ramai yang tolong tengok je la nampaknye...membantu dok, menyusahkan orng lain plak jadinye..tu la sebab jem..

      Delete
  17. standar arr tu...nama pun rakyat malaysia yg prihatin..tu je aku nak komen..nasib ada ko yg jadi hero.hiks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tu la..aku nak jadi hero dalam drama,filem tak layak..jadi hero kat jalan je la kutu..hahaha

      Delete
  18. mereka akan tengok then kondem dlm kereta..kalau nk mampos pn, diaorg akan tengok n cakap "kesiannya" sambil berlalu pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ade jugak yang siap cakap,' sah mabuk la ni, tu pasal eksiden'..tak cukup sekadar tengok je, siap kutuk lagi sedangkan orang tu memerlukan bantuan..hahaha..

      Delete
  19. haaa tu Na stuju..kekadang xcdnt belah kanan yg jammed belah kira..nampak x mcmne rakyat malaysia prihatin kat org yg xdnt..hihihi
    lagi2 rakyat macam Na yg suka tgk xcdnt..nak tolong tataw mcmne sbb slalu klau xcndt nampak laki..je yg slalu membantu..perempuan nk tolong tapi segan ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun mcm jna.

      kalau bawak tunang, aku tolong la...

      Delete
    2. Na takleh tolong kalau orng eksiden..nanti na keluar kereta, orng g kat na plak..org tinggalkan org eksiden tu..hahaha..

      tapi kalau situasi jalan uluyam la contohnye kan..situ takde org pon..pastu ko nampak org eksiden..ko kene tolong na..kesian dia..haha

      Delete
    3. HAHAHAHAHAHAHHA dyeorg nak dtg kat Na nak buat ape...
      hahahahaha

      tapi kalau situasi jln uluyam mcm takut je nak tolong skrng kan bnyk kes penipuan ..kekonon xcdnt terbaring tgh jln..pastu gi tolong dyeorg samun pulak kite..takut ahhh !

      Delete
    4. Haah. Tul gak Na cakap. Sbb tu biasanya pompuan tak digalakkan tolong. Sbb org jahat ni belakon eksiden pun jadik nak wat jahat nye pasal. Tp kesian pulak kalau rupanya yg eksiden tu betul2 eksiden kan? Konfem dea sedih ada kete lalu pun blah camtu je.

      Delete
    5. mintak sain la, apa lagi..kehkehkeh...ok2, kalau camtu tunggu betul2 depan mata eksiden kat jalan uluyam yang takde orng baru tolong ye..hahahaa...

      Delete
    6. Mintak sain? Ingat H sorang retis. Rupanya Na pun retis. Zzzzzzzz

      Delete
    7. kehkehkehkeh.....aku tak cakap ye..kehkehkeh..

      Delete
    8. retis is only for H okay..Na yg fans H..
      Lyaa suka bg H sentap taw..harap2 H tak bace statmnt ni..
      huuhuuhu

      kalau depan mata jatuh Bundle..Na mesti tolong..
      Bundle Nak taw x.
      pernah skali Na nampak xcdnt depan mata time tu dgn ex bf Na laa
      keta jatuh dlm gaung..tbe2 bf Na ajak turun tgk..pastu Na pelik nape BF na beriye2 tinjau kat dlm gaung tu..bila Na tanye..
      "B carik apa sebanrnye..?? pastu dye jwb carik wallet mamat tu kot2 ade duet!! -_-"" nampak tak betapa tak guna nye lelaki hahahahah

      Delete
  20. terbyg ko sebagai aaron aziz.. :p

    emm..kalu aku pun aku tgk je sbb aku kan petern gadis ayu, kang sakit jantung pulak org yg eksiden tu tgk aku ngankat motor dia..haha.

    aku bangga ngan ko.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aaron aziz la sangat kan..aku hero belakang tabir je..nak jadi hero remaja pon kene reject sebab dah tua..hahaha

      Delete
  21. Bundle, tahniah sebab jadi warga prihatin.

    aku cuma satu je tak faham. kenapa orang nak marah-marah bila sesak sebab kemalangan.

    bukan mereka mintak ape kemalangan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih..hahaha..

      aku pon marah sebab sesak..tpi bila nampak kemalangn tak jadi la marah..hahaha..aku lebih marah orang yang lembab bawak kete or motor tu je..elok bleh laju jadi slow..haha

      Delete
  22. Replies
    1. tengok je la bro, kalau dah ade org tolong..kalau bro nampak depan mata jadi,baru la kita tolong..tu hari dia, esok2 hari kita mana la tau kan..

      Delete
  23. balik kg, ada eksiden..kt highway plus menuju utara...yg jammednya laluan ke arah selatan.. motip?? prihatin sgt!! masing² kuarkn fon, tangkap gmbr, n maybe update kt FB.. kan dh menyusahkan org lain namanya tu..

    pastu eksiden kt lorong kecemasan.. yg 3lorong lain tetibe stuck pdhal lorong lain xterjejas pun.. ni la org malaysia!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..eksiden sikit..tu pon kat tepi..yang 3lane tu plak jadi stuck..siap jalan bertentangan pon jem..hahah..bukan salah eksiden pon jadi jem..salah orang yang nak tngok untuk amik gambar ni la..kalau benti tolong takpe gak..haihh..

      Delete
  24. Ym...kau cite ni kureng pahala kau tlg tuh hehe

    smlm baru tgk eksiden moto makcik kene langgar pastu dorg biar makcik tu menggelupur kt tgh jln ats tar yang pnas jam 1tgh hari!!!!!!!! pns tuh tar tuhh. tk phm la knp dorg tgk jer keliling mak cik tuh. kalau tak nak angkat pun atleast jirus lah tar kawsn makcik tuh dengan air biar sejuk sikit tar tuh kan. kesian sgt.aku tk tlg gk aku tgk jer sbb aku pmpn kan :( aku tlg doa supaya makcik tuh tak pape.. mmg sedih tgk rasa cm nak menangis.

    kau tu bwk moto elok2 moto ni mmg bahaya. berisiko. walaupun kita bwk moto elok2 tp pengguna lain pulak bawak cm haraammm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cet..aku citer nak bagi pengajaran la..dosa pahala belakang kira..yg penting aku ikhlas tolong time tu..

      takkan takde org tolong..adoila..kesian makcik tu..kejam betui..

      #aku bawak motor sangat tak elok..serius..

      Delete
  25. setuju dgn ko...org malaysia mmg suka tengok jer,,,mcm baru2 ni ofismate punya adik ipar kena langgar motor..kereta yg lalu bukannya berhenti tp dok lajukan kereta nasib tindakan cepat si pelanggar td menyelamatkan mereka berdua drpd dirempuh kereta..dan paling sedih takde sape pun nak tlg htr ke hospital..nasib baik ada ambulans lalu kat tempat kejadian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman aku eksiden, nasib baik ade orang bawak pegi hosptal..so sebab tu aku rasa terhutang budi walaupon aku tak kenal sapa dia dan tak penah nampak psal masa tu aku pengsan..so aku pon kene la tolong2 orang lain gak...

      Delete
  26. biasa memang camni bro..
    tambahan lak kalau kat highway..
    walaupun ada 3 lorong tetap jem..
    Yang sadis nyer, kemalangan tu kat laluan bertentangan.
    rakyat malaysia memang "cukup" prihatin.
    hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya sangat prhatin tu yang buat jem..tengok je boleh la..hahaha..tolong tu idok pon..

      Delete
  27. nia pon kdg2 skt at tau..bukan main lg bederet jem..pjg berjela2.tgk2..kat depan ada eksiden..penonton je yg byk..bek xyah kan..kalu nk tlg xpe gak..

    ReplyDelete
  28. tak pernah ade pengalaman tengok kejadian eksiden depan mate ..tapi kalo lalu kat tempat dah eksiden, aku memang tak tengok, sebab sebok nak marah kat orang yang dok slowkan krete nak tunjuk prihatin 'tengok' tu .. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la ngan aku..hahaha..malas nak tengok, tapi marah orang yang slow ni sebab sibuk nak tngok..grrr..serius aku marah....

      Delete
  29. Ada yg keberatan nak tlg, sebab takut kena jadi saksi. kena naik turun mahkamah woo

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade jugak camtu ek...nak tolong tu patutnye biar ikhlas..tak kisah la camne pon..

      Delete
  30. Sebenarnya ada gak yang prihatin tolong. Majoriti lelaki la. Perempuan payah sikit bergantung pada situasi. Senario yang aku perhatikan, nak kena ada sorang yang datang dan mulakan pertolongan, baru yang lain ikut.
    Kira macam ko la. Hero setat dulu. Alhamdulillah, masa aku excident motor langgar lari, ada yang membantu. Tapi ramai yang benti tengok aku dulu. Ada mamat tu start bangunkan aku, baru yang lain tolong angkat motor aku n bertanya. Nasib baik mamat tu bukan ko. Kalo tak aku pengsan tengok ko datang rupa aron aziz. Haha.

    -kak6-

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe la zie..kira org perempuan ni aku leh cakap dikecualikan la melainkan dah tak wujud orang lelaki kat situ...

      nasib aku takde pengalaman tolong orang perempuan lagi..risau gak kalau pengsan lak dia tengok aku..kahkahkahakah...

      Delete
  31. Selalunya someone kena tolong and then, baru orang ikut. haaa, cenggitu lah keadaan di malaysia. tapi, teruk gak kan eksiden dia. mintak jauh. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu..macam tu la yang selalu aku alami..kena ade orang yang bertindak dulu..kalau tak, pakat la ramai2 tengok je...hahaha..

      Delete
  32. eh bundle. bini tgh pregnant mana boleh bawak naik moto. bahaya weh..

    tu sebab kalau eksiden sikit je pon terus jammed dengan org2 yg dok menonton. ingat teater ke ape. kihkihkih..

    ReplyDelete
  33. aku niat nak tolong tu memg ade taw tapi bila aku smpai je kat tmpat kejdian mesti mgsa dah tkde kat tmpt kjadian..org lain dah tolong

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...