Showing posts with label troll. Show all posts
Showing posts with label troll. Show all posts

Thursday, May 30, 2013

Prank part 2 - Tahun Baru di Genting Highland..

amaran : entri mengandngi unsur-unsur lucah, bahasa kesat yang tidak keterlaluan..

assalammualaikum wbt...

Kalau dulu aku pernah tulis satu entri tentang tutorial prank member masa zaman muda-muda dulu..kejadian tu masa aku baru baru tamat persekolahan..tapi ada satu lagi prank yang agak gila dan 18sx telah berlaku masa aku meningkat belia, masa tu aku tengah sambung belajar..harap mak aku dan mak mertua aku tak bukak blog aku ni..banyak kali jugak aku pikir nak publish ke tak entri ni..hahahhaa..

Masa ni umur dalam 22-23 camtu la lebih kurang..kepala otak tak betul lagi..macam biasa aktiviti aku dulu bila tiap-tiap kali sambutan tahun baru, mesti ada planning nak celebrate kat mana-mana..tapi tahun tu aku dengan budak-budak hosmate aku rancang nak lepak Genting Highland..bermalam terus kat sana..

Sebenarnya prank ni tak dirancang awal-awal pon macam prank yang lepas..cuma kebetulan je dan terus jadi..ramai jugak yang ada masa ni..kami pergi dua biji kereta..dalam 8 orang yang pergi tu, semuanya ting tong..ada yang kaki batu, kaki ganja, kaki minum, dan macam-macam lagi la..semuanya pergi dengan harapan nak enjoy sampai lebam..

Tuesday, May 28, 2013

Kenot Brain : kunci dan pakcik..

assalammualaikum wbt...

Kali ni aku ada story yang luar biasa..sangat pelik, senggama minda, memang bisjut, royi dan miyo la senang citer..ceritanya pagi tadi aku dengan member aku masuk town jap, urusan kerja..sebabkan tempat yang aku nak pergi ni tengah town, Wisma Selangor Dregging ni terletak berhampiran KLCC, kitorang keluar merempit je la.senang parking free dan cepat sampai..member aku rider, aku jadi cikaro..

Settle urusan kat situ, aku ajak member aku ni merayau kejap pegi "Jalan Pasar"..target aku nak sambar sebijik rayban caina sebab yang lama dah patah..sepanjang perjalanan, cuci mata kat situ memang takda hal lagi..tapi kejadian pelik terjadi bila aku sampai kat motor masa nak balik..

WTF..terdetik dalam hati aku.."ni sapa gila pulak yang tetiba pegi rantai kunci motor orang ni.."

Setahu aku member aku cuma rantaikan tayar belakang dia dengan rantai buruk je..ni tiba-tiba pulak tertambah lagi satu rantai kunci yang memang baru..

Thursday, December 20, 2012

Berita Sentap : Rakyat Kelantan pertama dilantik menjadi perdana menteri Jepun.

assalammualaikum wbt.. 

Ramai yang tak menyedari seorang rakyat Kelantan telah lama mencipta nama di negara matahari terbit, Jepun dalam bidang politik..agak mendukacitakan, ramai dikalangan kita yang lebih mengenali nama nama seperti Maria Ozawa dan Saori Hara..hehe..

Beliau akan mula berkhidmat sebagai pendana menteri Jepun mulai 26 Disember 2012 yang akan mengantikan perdana menteri Yosihiko Noda selepas parti Liberal Demokratik (LDP) memperoleh 294 daripada 480 kerusi parlimen di Dewan Perwakilan baru baru ni..

Diharapkan beliau dapat menjalankan tanggungjawab kepada seluruh rakyat dan Negara Jepun dengan sebaik-baiknya..buktikan rakyat kelantan memang tersohor diseluruh dunia..'kalau demo nok make budu jange lupo oyak ko ambo, nanti ambo poh '..

Thursday, June 21, 2012

Pakcik pencari dengan Sultan..

assalammualaikum wbt..

Mungkin aku agak terlambat nak ketengahkan isu ni..bukan isu politik atau rumah tangga..tapi cerita yang baru-baru ni kecoh..kehkehkeh..Isu yang berkaitan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail..sebenarnya bukan kes isu no plat yang lebih mahal dari harga kereta tu je yang baru aku baca..dah bermacam-macam lagi isu panas berkaitan 'Sultan kesayangan' rakyat Johor ni aku dengar..

Fistly aku mintak maaf dulu kepada rakyat Johor kalau entri aku ni korang rasa tak sesuai..aku tak nak buat statement apa-apa pon pasal ni..cuma nak kongsi sikit je dengan apa yang aku dah baca dengan korang dari blog Uncle ni..

Rasanya dah ramai pon kenal Uncle Seekers ni kan..tak habis-habis dengan pembongkaran yang dia buat..ye..aku memang suka nak tau dan nak tau lagi dengan apa-apa yang dia selalu bongkarkan..pasal aku percaya ke tidak tu soal kedua..

Monday, December 26, 2011

Cuti kismes bersama orang minyak

assalammualaikum wbt..

Hujung minggu yang sunyi.....bini aku tak balik lagi(balik Jitra)..arghhhh..meggi, karipap segera,nasik lemak baby, dah jadi menu aku sejak dua hari lepas..bagus la jugak untuk diet aku..sedapkan hati pasal takda orang nak masakkan..sob..sob..

Sebabkan aku keletihan join explorace semalam,aku terpaksa batalkan aktiviti cuci baju,lipat kain,sapu rumah aku harini..kehkehkeh..cerita pasal explorace semalam, sumpah aku tak nak join lagi lepas ni,penat gila..

Wednesday, December 7, 2011

Prank tutorial : Spirits of the coin..

amaran : entry ni mengandungi unsur-unsur ganas, seram dan meyentuh aspek agama yang tidak keterlaluan..

assalammualaikum wbt..


Apa korang tau pasal prank? prank ni kalau ikut sejarah silamnya berasal dari kisah april fool tak silap aku..kat US pada setiap bulan april diorang akan sambut prank sepanjang bulan..prank dengan troll ni macam adik beradik la cuma prank ni lebih kasar guraunya..kehkehkeh..


Wednesday, November 30, 2011

Trololo tuesday

assalammualaikum wbt..

Harini untuk review balik entry aku semalam..Ironinya ramai jugak yang terkejut dan sedih andai aku tiada lagi..kehekeh..fistly aku nak mintak maaf dengan keterlanjuran entry aku semalam..hehehe...entry macam tu aku namakan "trololo tuesday"..mungkin jugak lepas ni setiap hari selasa, "trololo tuesday" akan mengtrolling hidup korang..hehe...

Tuesday, November 29, 2011

Info : blog sampah will terminated..

assalammualaikum wbt..

Sejak kebelakangan ni blog aku dah makin ramai pengikut..tak kisah la ikut sebab mengharap aku follow balik atau memang suka blog aku..kehkehkeh..apa pon terima kasih bebanyak kerana sudi support blog aku..kepada yang follow aku, toksah risau sebab aku tetap akan support jugak blog korang walaupon blog korang lagi sampah dari blogsampah aku atas dasar semangat kebelogkan.."i follow u, follow me back ok"..aku benci word ni..hahaha...jangan marah...(klik SINI untuk rujukan)..

Wednesday, November 23, 2011

Iklan rokok yang fuuufuuuuu....

assalammualaikum wbt..

Selamat berwordless wednesday pada blogger yang dasar pemalas dan malas menaip pada harini aku ucapkan..kahkahkah..harini aku nak kongsi cerita pasal "rokok"..huhu..aku terpaksa buat entry ni pasal kelmarin aku ada dapat satu email dari info sihat yang suruh aku berenti merokok.. kihkihkih..

Seriously mula mula baca email tu aku macam insaf sikit la nak berhenti merokok..aku pon memang dah ada niat nak berhenti ni lama dah...sekarang pon dalam proses slow slow la kan..tapi bila baca email ni sampai habis, aku rasa tertipu..siak betol la..kahakahhkah...

Tuesday, November 15, 2011

Hitam tu seksi, gemuk tu seni.

assalammualaikum wbt..

Pagi tadi aku ada dengar radio hotfm kejap, makcik dengan pakcik Dj tu berhot chat pasal obesiti rakyat Malaysia ni dah dapat tempat pertama kat asia..congrats all..

Aku juga nak melahirkan rasa bertuah dan bersyukur sangat sebab aku dah dilahirkan kat Malaysia ni..lahir je dah cukup makan..mekdi ada,kepsi ada..best woo..

Friday, October 14, 2011

hah skandal seks!!

haih..spoil mood betol la aku harini...pagi pagi dah buat aku terbakar..tah bila pulak aku ada skandal seks dengan pelakon baru yang nama tasya shila tu..boleh plak ada sorang blogger ni yang aku pon tak kenal sapa tiba tiba buat statment cam siak ni kat blog dia..adeh la..macam retis pulak aku ni..tau kat 'beautiful nara' ni pemes amos aku..wakaka..

Wednesday, April 20, 2011

Wa kena beb..

Demmm...terkena aku malam ni..hampeh...petang tadi ada la member lama contact..dia cakap malam ni nak jumpa aku la.. nak lepak2, nak kenalkan awek dia kat aku konon2..aku sebagai member yang frenly ok je la kan..deal kul 9 dia datang rumah aku..dengan perut lapar gila aku dah terbayang nasik goreng pattaya..

Tapi member aku yang hampeh ni bukan bawak aku pegi makan pon..padahal aku dah cakap yang aku lapar..tah kemana dia bawak sampai la PJ kat 1 bangunan tu..Jaya One shoping complex apa tah..time tu aku still ingat pasal makan lagi..park je kereta,naik lif tingkat 4..aku still tak perasan tempat apa tu,yang aku terbayang makanan je..sampai je depan pintu rupanya dia bawak aku pergi dengar taklimat multi level..barua tul..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...