Wednesday, December 14, 2022

POLIGAMI - ymbundle nak nikah lagi.


POLIGAMI..

Ok tu kata kuncinya..
apa perasaan orang berpoligami ek?

Baru-baru ni, aku selalu bercakap pasal hal ni dengan bini aku..mujur la bini aku ok..opss..
silap..bukan sekadar ok, tapi terpaling-paling ok..hahaha..

Ringkaskan cerita, bini aku minta aku kahwin lain..nak rasa ada madu katanya.

Aku blur kat mana silap aku..aku ni setia je..
tahun 2023 tahun depan dah nak masuk 12 tahun aku nikah.
anak pon dah 3 orang..bab urusan rumahtangga bukan nak belagak la, tapi insyallah
boleh la handle semua dah..

Tapi bila pikir balik, mungkin ni reward untuk aku la sebab selalu jadi suami yang mithali kan..
kahkahkah..





Masalahnya sekarang, aku tak tau macam mana nak buat supaya tak hampakan bini aku ni..

Nak cari calon bukan senang walaupon aku ni segak lagi..haha..
nak pulak calon tu pon kena terima la jadi bini muda..
syarat bini aku plak mudah je..dia nak madu dia bleh jadi bestfriend dia..
respek 'kaklong' je sudah..tengok pulak tiktok 
geng-geng  poligami ni tunjuk bermadu-maduan elok je cam bestfriend, makin excited plak dia..

Masalah kedua, anak aku tak setuju bila bini aku tanya kat anak aku pasal aku nak 
nikah lain ni..dia cakap ibu tiri jahat..kahkahkah..
Tah drama youtube mana plak dia tengok sampai cakap macam tu..

Masalah ketiga, aku tak mampu..😭😭

Manada orang sekarang nak kahwin biasa-biasa ni...ni semua makan modal sedaghe..


p/s : pm tepi untuk maklumat lanjut..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...