Showing posts with label ilmiah. Show all posts
Showing posts with label ilmiah. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

Ilmiah : Bersihkan Jiwa..

assalammualaikum wbt..

Entri kali ni mungkin agak ilmiah skit, bukan nak mengajar cuma ingin berkongsi sikit sebanyak info yang aku dapat dalam usrah yang terbaru kelmarin..Macam biasa kalau Ustaz Hanafi yang datang mengajar beliau akan mengajar bab2 Tassawuf dan Sirah..aku perasan ramai yang kurang meminati bab ni, lantak korang la sapa tak minat..tapi tak tau kenapa, seriously aku sangat minat...

Topik usrah aku tadi sebenarnya berkaitan konsep berpasangan dan kepentingan zikir..bukan berpasangan macam yang penah aku tulis dulu LINK, tapi kali ni pelajaran ni lebih tinggi sikit..nak cerita detail-detail macam  ustaz memang tak dapek la jack..apa yang aku boleh ringkaskan dalam entri ni, hal berpasangan ni ecely tentang pasangan yang kita tak nampak dalam diri kita ni..

Wednesday, April 3, 2013

Hidayah itu milik Allah..

assalammualaikum wbt..

Lama lak rasa tak menulis..idea duk beku dalam kepalotak ni takmo keluar...tajuk entri ni sebenarnya dah dua minggu aku perap dalam draf..tapi tajuk je la..entri je baru lani je aku tulis..hahaha..walaupon nampak tajuk ni dah macam rancangan al kuliyah, tapi korang jangan risau..takde isu berat pon aku nak tulis..bacaan ringan-ringan je macam biasa..

Sebelum tu, ni bukan pasal Nurhidayah binti Sameon ye..Hidayah yang aku maksudkan ni kalau dalam pengertian bahasanya bermaksud mendapat cahaya petunjuk dari Allah swt untuk menuju kearah yang diredhaiNya..ok simple jer..

Soalan yang aku nak kongsikan kat sini..bagaimana untuk mendapatkan hidayah Allah swt?.apa yang aku nak kongsikan ni bukan la aku pandai-pandai..aku bukan ustak, tapi dari apa yang aku dapat dalam usrah mingguan, kalau yang aku rasa menarik dan senang untuk aku convertkan format dari yang aku dengar kepada bacaan untuk korang, insya'allah aku tulis...

Friday, February 22, 2013

Syariah compliant : Qarin, Islam tersebar dengan pedang? dan isu kalimah Allah....

assalammualaikum wbt...

Usrah kat opis semalam betul-betul banyak benda baru yang aku dapat..memang tahap tinggi sikit la kata ustaz aku..punya la ustaz tu takut orang melopong tak paham, banyak kali dia tanya staff semua paham ke dok yang dia ceritakan tu..hahaha..

Aku nak ulaskan pon sebenarnya blur nak start macam mana..tapi apa yang aku dapat tu macam best untuk aku kongsikan..ada dua perbincangan yang penting gak la kalau tak silap aku..tapi dalam dua topik tu, ustaz sentuh macam-macam jugak kaitan dengan cerita..

Pertama sekali pasal Qarin..walaupon dah biasa dengar dah pasal tu, tapi yang kali ni agak berguna la untuk persediaan aku nak jadi papa bundle pasni..hehe..ada la pencerahan yang aku dapat untuk sambut baby bila lahir nanti..contohnya macam bacaan-bacaan surah yang bagus untuk baby..kira untuk pengisian rohani bagi baby mulakan kehidupan kat dunia ni dan kaitannya dengan qarin yang mempengaruhi baby..ok la..at least dapat jugak ilmu kan..


   
   
   
Dengar kat sini nak lebih jelas..aku siap rakam untuk korang nih..
 

Monday, December 31, 2012

kalau lah....

assalammualaikum wbt..

Dalam entri kali ni aku nak kongsi sikit info berkaitan perkataan 'KALAU' yang aku dapat dalam rancangan tanyalah ustaz minggu lepas..aku tak berapa ingat sangat pon apa ustaz tu cakap..tapi aku nak ulaskan la sikit dari yang aku paham tu untuk perkongsikan bersama...

Agak agak korang berapa banyak perkataan 'kalau' yang kita sebut sehari? hahaha..apa punya soalan la kan..ok abaikan..penat aku tanya cikgu google tentang maksud perkataan 'kalau' tapi tak jumpa apa yang aku nak..yang ada cuma contoh penggunaan ayat dan perkataan sama maksud je macam 'sekiranya' 'andai' dan 'jikalau'..

Sifat perkataan 'kalau' ni boleh ditafsirkan dengan dua maksud yang aku nampak..'Kalau' yang dah terjadi, dan 'kalau' yang belum terjadi..

Wednesday, August 1, 2012

Info : nafsu yang ketegaq..

assalammualaikum wbt..
Salam 12 ramadan 1433 Hijriah..

Hampir separuh dah bulan ramdan berlalu..nampaknya ramai jugak yang sibuk bulan ramadan ni, ingatkan aku je bizi..hahaha..Liyaa Mf buat kuih raya..chuu jahit baju raya, H meniaga murtabak, Syida jual air tebu, aien jual kurma..boleh kata ramai dikalangan blogger yang aku kenal ni, tiba-tiba bertukar bidang di bulan puasa ni..maaf kalau tak sebut nama yang lain..

Selalunya dalam bulan puasa ni, Ofis aku mengadakan tadarus al-quran pada setiap minggu..Berbeza kalau bulan tak puasa, sekadar usrah je la..tapi memandangkan ustaz yang selalu bawak kami bertadarus tu pon dah selamat sampai ke mekah membawa jemaah umrah..so takda la tadarus kali ni, dan usrah la macam biasa..

Sebenarnya aku lega jugak tadarus ni takda..hehe..bukan apa beb..maklum la aku ni slow sikit nak baca quran..baca pulak depan ramai-ramai..segan la..hahaha...baca sendiri-sendiri takpa..ni kena buat macam tilawah al-quran peringkat kebangsaan plak dah rasa....haluihh je bunyi ngaji tu keluar dari mulut aku..hahaha..

Thursday, May 3, 2012

Info dari usrah : kisah ilmu Nabi Adam

assalammualaikum wbt..

Untuk pengetahuan korang semua, setiap minggu kat opis aku ada buat usrah..ada dua orang ustaz yang mengajar kat opis aku ni..selang seminggu ustaz ni bertukar tukar shif la kiranya..hahaha..

Ustaz sorang ni namanya Ustaz Haznil..beliau ni kira ustaz yang baru nak pemes la jugak pasal dalam tv9 untuk rancangan Tanyalah ustaz pon dia pernah muncul..dalam rancangan yang kisah artis-artis yang dah dapat hidayah macam kisah Sham Kamikazi tu pon dia pernah jadi hos serta beliau ada juga segmen bersoal jawab di Radio ikim setiap minggu..

Sorang lagi ustaz ni namanya ustaz Hanafi..latar belakang ustaz ni aku tak berapa kenal pasal dia baru jugak mengajar kat opis aku ni..tu pon pasal Ustaz Haznil tu terlalu sibuk,dan sebab tu jugak la ustaz Hanafi ni jadi pengajar ke2 kat opis aku ni..

So usrah aku semalam yang jadi pengajarnya Ustaz Hanafi..Aku suka pelajaran dari Ustaz ni pasal banyak benda baru yang jarang aku baca atau dengar dari ustaz lain..ustaz Hanafi ni pon bukan calang-calang orangnya pasal ustaz Hanafi ni pon merupakan mentor dan senior kepada ustaz Haznil masa beliau belajar di Mesir dulu..cuma Ustaz Haznil je la glamer sikit..hahaha..

Monday, March 5, 2012

Info : Hormat untuk dihormati..

assalammualaikum wbt..

Harini aku nak buat entry mengenai perhubungan sikit..bukan hubungan seks ye..harap maklum..wakaka.. pagi tadi ada 2 orang budak praktikal baru masuk opis aku ni..nak reging aku tengok kesian je..sebabkan diorang puasa(alim siot) aku suruh diorang buat kerja membosankan je la..lipat pelan sampai lebam dengan mengemas..hehe..

Mengenai hubungan yang aku cakap tadi sebenarnya pasal panggilan..aku tak tau kenapa dari dulu aku tak berapa boleh terima panggilan abang kalau orang panggil aku..nak pulak lelaki..demm..member aku tadi tak habis habis cakap kat budak budak tu kalau tak paham apa apa tanya abang tu ek sambil tunjuk kat aku..siak..ingat aku kaunter pertanyaan..

Saturday, February 11, 2012

Review status FB : kebabian

assalammualaikum wbt..

Harini aku nak share sikit pasal status bergambar FB sepupu aku sorang ni...hahaha..tapi aku bukan nak buat entri kutuk mengutuk macam entri lepas lagi..toksah risau.hehe...kalau aku kutuk pon at least ada pengajaran kan..(pengajaran la sangat)..kahkahkah..

Komik apa tah yang sepupu aku ni post semalam buat aku tersenyum sumbing sorang..hampeh kau Zain..aku rasa mungkin korang pon dah pernah tengok kot..komik tu pasal couple, forever alone dan khinzir atau bahasa comelnya babi..ceritanya macam ni...satu hari, forever alone ni bawak la babi dia bersiar siar kat Pavillion..bawak macam biasa orang bawak anjing tu..tambat je tengkuk dia ,bawak jalan..

Thursday, January 26, 2012

Info : Gunakan falsafah dengan betul

assalammualaikum wbt..


Dah lama aku nak buat entry ni sebenarnya,tapi ni baru berkesempatan..apa yang aku nak cerita ni berkenaan falsafah omputih ni "DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER"..bagi aku, ada kalanya falsafah ni masih releven untuk menjelaskan sesuatu keadaan dan ada kalanya ayat ni sering di salah gunakan oleh orang yang perasan bagus..

Sebelum aku cerita dari sudut yang tak elok, ni aku buat contoh penggunaan yang elok dulu..

Thursday, January 19, 2012

Video : Lawak ilmiah

assalammualaikum wbt..

Definasi lawak bagi aku senang je..benda yang lucu, klakar tak kira bacaan,pendengaran atau tontonan..asal aku boleh gelak ,bagi aku tu lawak..hehe..aku pon tau korang bukan kisah pasal definasi² ke jenis lawak ke syarat sah lawak ke, ye dok..asal buleh gelak kira lawak la tu kan..hehe..

Raja lawak musim 6 dah pon start minggu lepas...setakat ni aku belum berminat pon nak tengok..ekeke..sejak dari musim pertama sampai sekarang aku suka tengok respon dulu dari orang ramai..kalau ada yang post video kat FB cakap depa tu best baru aku layan..buleh ka?..hahaha..

Monday, August 15, 2011

Persoalan tentang berbuka puasa - Ustaz Azhar

Assalammualaikum wbt..

Selamat kembali untuk minggu ketiga kita berpuasa..Dari harini bermakna tinggal 14 hari je lagi sebelum kita sambut raya..huhu..untuk persediaan raya aku tahun ni,aku belum prepare apa apa pon...sakit woo..gaji dah la tak seberapa,nak raya pulak..sabo je la..untuk kakitangan kerajaan best la korang kan..kerajaan bagi duit raya setengah bulan gaji kalau tak silap aku..waaaaaa,aku nak gakkk.....

Friday, July 8, 2011

kuliah Jumaat

assalammualaikum semua..

Serius entry ni aku tak nak bebel banyak..semperna hari jumaat yang mulia ni, aku saja la post video ceramah ustaz azhar ni untuk kita kongsi bersama..mungkin ramai dah tengok video ni,maklumla ustaz azhar ni memang soho la bak kata orang pantai timur..takpa,kita tengok je lagi bagi refresh skit..ekeke..khas untuk korang2 yang baru bercinta atau tengah mabuk bercinta..elok la cepat cepat kawin ye..aku tak lama dah..hihihi...

Wednesday, June 22, 2011

PENTING!! IKUT KIRI KECUALI MEMOTONG..

assalammualaikum wbt..

Harini aku nak story skit pasal undang undang jalan raya yang ramai tak perasan atau korang memang jenis spesis lembab piang dan bawak kereta macam jalan tu bapak korang punya..macam yang korang sedia maklum, highway kat Malaysia ni habis besar pon takat 3 lane je kan..pastu ada la signbord tulis 110 km sejam yang bulat tepi jalan tu..kalau kat Jalan persekutuan pulak 80km tak pon 90km sejam camtu la,tapi jalan tetap 2 atau 3 lane jugak..untuk jalan kampung atau taman yang hanya 1 lane sila abaikan masej yang aku nak sampaikan ni..

Perkara sebenarnya yang aku nak tegaskan kat sini banyaknya orang tak paham..korang nampak signbord 110km sejam tu je,tapi korang tak nampak signbord yang tulis lagi besar dari signbord tu..tu la yang menyebabkan jalan selalu jem korang reti tak..tak pernah ke nampak signbord tulis "IKUT KIRI KECUALI MEMOTONG"..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...