Showing posts with label lain-lain. Show all posts
Showing posts with label lain-lain. Show all posts

Friday, April 19, 2019

MEMBEBEL JER..

Assalammualaikum..

Bercakap tentang berkongsi cerita, gambar dan sebagainya dalam media sosial ni, itu benda biasa..nak pulak kalau dia ada momment best dan special..aku pon sebelum ni kemaruk gak, tapi mujurlah akhirnya dapat stop..haha..mesti ramai orang tertanya-tanya aku senyap dalam sosial media ni hilang kemana plak..(padahal takda sapa pon kisah pasal aku).ok fine...hahahaha...

Tapi serius,kadang-kadang aku rindu gak nak tau cerita kawan-kawan lama yang penah rapat dulu..mula-mula dulu lepas kurang jumpa, boleh la lagi berhubung dalam FB.tapi bila sampai satu masa, akaun FB masing-masing dah tak aktif.yang tinggal cuma gambar profile dan posting yang dah bertahun-tahun lepas jer...

Lepas tu, plak kalau ditakdirkan tetiba terjumpa, member-member ni plak dah mula panggil kita dengan bro-bro jer..percayalah anda masa ni silaturrahim tu dah longgar dan fak..dah apahal plak kan, dulu elok je panggil nama, tapi bila dah lama tak jumpa, jadi berbro-bro plak..isk tak  boleh blah la aku..apa nak buat, masa berubah..sedih.

Apa yang aku nak bagitau sebenarnya, aku masih nak berkongsi cerita lagi, nak pulak hidup aku sekarang makin berseri-seri dan penuh warna-warni kan..kihkih..cuma insya'Allah kalau aku free aku tulis kat sini jela..kat FB dan IG aku dan segan nak guna..hahaha..kalau nak ikutkan faktor semasa, IG dan FB aku akan lebih meriah sekarang ni dengan story dan gambar-gambar berbanding dulu..senyap bukan sebab tinggal dalam dalam gua tau..

Dan sebenarnya, aku dah lebih menikmati hidup tanpa sibuk nak "terlalu" berkongsi ni..maksud terlalu ni macam 'live' la senang citer..baik story atau gambar, masa-masa kita tengah menikmati momment tu gak duk kalut nak bagitau orang dan share..macam dah takda masa lain..kan bagus enjoy jer dulu dengan apa kita buat..malas nak ulas banyak, nanti aku kena kecam plak..hahaha..so terpulang masing-masing..aku bukan menilai, tapi aku dah lalui dan kesimpulanya bagi aku, itu adalah sangat tak best..

p/s : selamat menyambut ramadan..bersedialah akan datangnya satu bulan yang penuh perkongsian yang bukan-bukan dan sia-sia di alam maya ini...done tarawikh..kahkahkah..

Tuesday, March 31, 2015

Giesti, Hudud dan Termengandung lagi..

Assalammualaikum wbt..

Dengar-dengar cerita kerajaan nak guna sistem Giesti dah mulai esok 1 april 2015..betul ke?..isk..isk..sory la, aku baru je keluar dari gua semalam..bukan troll ke nih?hihi...

Tapi takpe la, kalau ye pon, sebagai rakyat Malaysia, aku juga menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan mengenakan cukai GST untuk memumuk sikap berjimat cermat seperti yang Amran Fans cadangkan..betul-betul bernas cadangan  beliau...


Wednesday, March 4, 2015

Lesen Membangau dah Renew..

Assalammualaikum wbt..

Kalau korang penah stalk blog aku la kan..1st entri aku untuk blog ni ialah pasal aktiviti memancing aku..tu 2009 punya cerita la yer..masa tu bujang lagi...aktiviti memancing ni lak sebenarnya lebih kurang je macam hobi-hobi games contohnya Dota yang orang istilahkan "Dunia Orang Takde Awek"..ha, gitu la aku leh katakan..susah sebenarnya makwe-makwe nak masuk kepala dengan brader-brader kaki pancing ni..

Apanye tak, ketahanan mental untuk jadi pemancing atau awek pemancing ni memang kene tinggi..perkara pertama memang kena kuat sabar..tahan lasak..kalau ikut dari pandangan pemancing sendiri hal-hal tu perkara biasa je..tapi kalau jenis makwe-makwe pemancing ni aku rasa bukan senang diorang mampu ikut..lain la jenis pakwe hobi main bowling ye dak..boleh la ikut detim duduk sejuk-sejuk je dalam mall..


Nak cerita pasal memancing ni memang sampai bila pon tak habis..dan hanya pemancing tahu nikmat 'membangau' tu macam mana..hahaha..penah sampai satu tahap, kegilaan aku mancing ni dah teruk sangat sampai dalam seminggu tu boleh kata 4 hari berkerja pon masih lagi nak pergi memancing..

Monday, February 23, 2015

Aku tanya Apa khabor..

Assalammualaikum wbt..

Syukur alhamdullillah dengan izin Allah aku berjaya juga merajinkan diri klik new post untuk kali ni..huhu..kita merancang, Allah yang menentukan ye dak..hihi..eceli aku takde apa-apa cerita pon nak tulis kali ni..

Kiranya ni la kali pertama aku tinggalkan blog tak berupdate lebih dua bulan.tak sangka lama jugak aku tak menulis ni..konklusi yang aku dapat hasil tinggallan aku memblogging selama dua bulan ni tak lain tak bukan adalah kerana disebabkan faktor kemalasan aku ditambah pula takda komitmen, dan malas pikir..hahaha..

Dengan ini aku juga ingin memohon maaf pada geng-geng blogger yang dah lama aku tak tahu cerita..engkorang apa khabor?...nanti aku terjah balik entri-entri u oll kalau ada masa yer..hihi(macam tak je bunyinya kan)..hahaha..



ni la gambar terbaru hero aku..dah besar pon..lagi 3 bulan masuk la 2 tahun..


So, tu la nak habaq..insya'allah nanti kita jumpa lagi..aku baru nak ambil mood rajin ni.harap-harap mai la nanti feel tu...huhu...chowww..asssalammualaikum...



Monday, December 22, 2014

Tadika Yang Sesuai Untuk Hero Aku..

Assalammualaikum wbt...

Dikesempatan bini dan anak aku sedang bercuti di rumah mak toknye di kampung sekarang, so aku pon ada la masa lapang sikit kat rumah ni mengadap blog walaupon agak rindu jugak kat depa sebab sunyi..sob..sob..so ceritanya kali ni, bila terpikir pasal anak, aku dah terbayangkan apa lah yang aku mampu bagi untuk anak aku 3 4 tahun dari sekarang..maksud aku pendidikan awal dia di tadika nanti..

Macam aku dulu, kemana lagi kalau bukan masuk tadika kemas je kan..serius aku masih ingat lagi serba sikit aktiviti masa aku di tadika tu..main, makan, menyanyi, belajar kenal huruf  dan lain-lain...pelik jugak, memori aku masa tu lekat kuat dalam kepalotak aku ni..hahaha..



Monday, December 15, 2014

Kisah Bubur Jagung Bergandum Ayam..

Assalammualaikum wbt..

Tak tau la sama ada aku yang noob atau perkara ni kurang diketahui ramai..minggu lepas bini aku sibuk la teringin nak makan bubur jagung..haa, ni takda kaitan dengan mengidam ok..so pendekkan cerita, masa shopping barang dapur kat Giant tu, dia pon beli la sekali jagung dalam tin tu dengan bahan-bahan yang dia guna nak buat bubur tu..

Disebabkan aku tak berminat dengan  bubur jagung, aiskrim jagung, air jagung atau apa-apa kaitan jagung yang telah dimodified ni, so aku tak amik kisah pon sebenarnya tentang isu bubur jagung ni..buah jagung asal je yang aku leh terima..tapi tah macam mana, bila dah keluar dari Giant tu baru dia teringat ada bahan lain terlupa beli..

nampak sedap, tapi kurang minat..huhu

Tuesday, August 26, 2014

Cerita Petang Ahad..


Di suatu Ahad..

Kisah seorang lelaki yang kerjanya dari pagi sampai ke petang asik dengan menonton TV dan melayari internet je..maklum la cuti hujung minggu..

petang tu si isteri yang tengah sibuk mengemas rumah menyuruhnya pergi ke kedai membeli bahan  masakan untuk makan malam..


"alang-alang nak keluar tu, bawak anak sekali, senang saya nak menyapu sikit ni takda anak kacau"..

lelaki tersebut dengan longlai malas terus la menyarung seluar jeans yang bersangkut di belakang pintu..pakai cap, amik wallet dan kunci kereta..

Saturday, July 26, 2014

Monday, July 14, 2014

Hanya Sementara..

assalammualaikum wbt..

Genarasi 80's  terutama orang perempuan kebanyakkannya mesti ingat lagi dengan group Mat jambu boyband tak kira la dari Malaysia, US, Uk dan sebagainya..kalau sekarang ramai gadis-gadis mengilai K-pop plastik dari korea, dulu pon apa kurangnya..setiap zaman ada  trendnya ye dak..hahaha.

Cuma apa yang aku nak tulis kali ni tentang boyband dari Taiwan yang dulu jambu sekarang dah tak berapa nak jambu lagi..yang kelakarnya, salah seorang ahli kumpulan F4 ni  merupakan artis yang bini aku minat sangat dulu..kehkehkeh..

bukan Jambu yang ni..haha

Tuesday, April 22, 2014

Sihirkan aku, andai sihir tu wujud..


assalammualaikum wbt..

Minggu yang lepas aku telah dikejutkan dengan satu berita buruk yang menimpa salah seorang anak jiran mak aku dan juga merupakan anak murid mak aku dalam mengaji Quran..serius perkara yang aku dengar tu membuatkan aku tersentap..

Kesian dan semoga beliau sembuh..adik Ayuni ni masih bersekolah tingkatan satu tapi sehingga kini sudah hampir tiga bulan tidak bersekolah sebab menderita sakit misteri atau lebih tepat telah terkena sihir..aku tak paham betul kenapa la masih ada lagi orang zaman FB ni mengamalkan ilmu sihir ni..

Dah bermacam ikhtiar yang keluarga adik ni buat tapi nampaknya masih belum diizinkan sembuh..dari yang mak aku ceritakan, pada masa-masa tertentu terutama petang selepas asar hingga ke waktu malam, dia akan menjerit sakit pada bahagian pinggang atau badan seperti di ikat kuat dengan tali dan merayu-rayu mintak dilepaskan ikatan tu..

Dan kadang-kala dia akan menjerit sakit rasa seperti badannya di cucuk-cucuk dengan benda tajam..dan yang paling kesian, adik ni akan kesesakkan nafas  dan kadang kala pengsan sebab rasa seperti lehernya di cekik kuat dan lemas..macam biasa, bila sakit macam ni, takda penjelasan logik yang boleh doktor jelaskan..walaupon ketika sakit, dan dibawa ke hospital, doktor tetap mengesahkan adik Ayuni ni takda apa-apa penyakit atau infection..

Tuesday, March 18, 2014

Sekapur Sireh..

assalammualaikum wbt...

Lama jugak aku tak menulis macam biasa..bukan taknak tulis, tapi serius otak aku dah beku agaknya..lagipon aku dah malas nak research perkara macam isu semasa dan apa-apa hal berkaitan masyarakat ni untuk aku tulis semula..baca dan beramal untuk diri sendiri je sekarang..haha..

Walaupon blog sampah ni dah suam-suam milo je, tapi aku berterima kasih jugak pada engkorang yang masih setia baca..terharu jugak..haha..walaupon tak ramai yang datang komen macam dulu-dulu, tapi aku tau masih ramai yang masuk ke sini baca entri aku sebab statistik masih agak tinggi untuk posting-posting aku yang lepas..

Koleksi novel bini aku..yang 2 kiri tu je aku punye..
DVD Man Of steel dengan Anime death note..haha

Thursday, February 20, 2014

Teori evolusi yang memualkan..

amaran : entri ni mengandungi unsur-unsur riak, lucah,dan troll yang tidak keterlaluan.

assalammualaikum wbt..

Kalau mengikut kalendar hijrah, tahun 1435 ni umur aku dah 30 pon sekarang..kalau ikut masihi je belum genap lagi..apa pon usia se gini orang cakap dah kira dewasa la ye dak..cumanya, kadang-kadang aku macam tak rasa pon lagi aku dah macam tua..rasa macam  muda je, macam comel je lagi...ekekeke...

Bukan apa, macam aku penah citer dalam entri 2 tahun lepas ( kalau korang ada baca la), masa tu umur aku kira 28 la kan..makwa promoter P1 wimax  yang aku citer tu duk ingat aku baru dalam 18 -19 tahun..bayangkan punya la jauh lari..10 tahun kot perbezaan salah dia teka...hehe..

Sunday, February 9, 2014

Berita sukan yang diulas dengan kaki : JDT

assalammualaikum wbt..

Kalau tak mampu bersorak ketika pasukan anda dibangangkan, jangan bersorak ketika pasukan lain dibangangkan #AktaSukanStar


Dah macam macam hal jadinya dalam bola sepak Malaysia sekarang ni..ada yang bagus dan ada yang buruk..ramai yang tau punca tercetusnya kekecohan dalam liga bola sepak negara kita ni ye kan..team mana lagi kalau bukan JDT.. hahaha..lepas satu, satu hal yang jadi setiap kali ade perlawanan dengan pasukan JDT..

Mulanya aku bangga gak fenomena yang JDT bawa untuk kebangkitan liga bolasepak tanahair ni..fasiliti world class, ada stadium sendiri, pemain Star world class..coach pon world class jugak..tapi apa yang dah jadi sekarang nampaknya fenomena bertukar menjadi bahan trolling jer..

Wednesday, January 29, 2014

Pemikir luar kotak atau luar otak.

assalammualaikum wbt..

Sejak kecoh pasal video mamat yang bernama Benz Ali yang tersebar kat youtube, ramai dah orang membuat ulasan tentang statement beliau..seriously aku tengok video tu pon tak habis dan malas pulak aku layan sangat..cuma dari komen rata-rata ramai yang menghentam dia..

Aku taknak jatuhkan hukum apa-apa pada dia walaupon dah ramai yang lebih arif soal ni yang mengatakan Benz Ali ni dah kafir, sesat, atheis, sosialis, orientalis, gila isim dan macam-macam lagi sebab ideologi yang Benz kemukakan dalam video tu..aku tak tau nak cakap apa sebab macam aku cakap la, aku tak paham keadaan sebenar sebab tak tengok pon video tu..

Friday, January 10, 2014

Hot : Felixia

assalammualaikum wbt..

Tak tau la aku ni yang noob ke tak lambat dapat tau kisah ni, tapi dari tarikh posting entri blog makwe tu idok la lama sangat..baru bulan 12 yang lepas je..kisah ni ecely aku dapat dari video yang salah satu page macai ni post kat FB.. makwe comel ni telah diundang ke rancangan TV Al-hijrah bercerita tentang perubahan dia yang kini lebih selesa menutup aurat dan berhijab..

Mungkin geng-geng hijabista, fashionista, kaki fap2 dah kenal kot makwa yang aku maksudkan ni..yup, beliau ialah Felixia Yeap..seorang professional Model, Ex-Playboy Bunny , Playboy Model , Mermaid dan Blogger..orang KL tapi dibesarkan kat Ipoh..

Seriusly aku tak kenal pon sapa dia sebelum ni..Tapi lepas aku tengok video tu dan aku google image untuk lebih kepastian tentang dia, huh..memang boleh membuatkan hidung berdarah jugak la..macam aku tulis atas tadi, bekas playboy bunny kot..kehkehkeh..

Sunday, December 29, 2013

Cermin flashback..

Assalammualaikum wbt...

Perkara yang aku nak tulis ni sebenarnya dah terjadi sebulan yang lepas pon..waktu tu aku tengah cuci motor kat rumah mak aku..nak cuci kat rumah sendiri takleh pulak sebab rumah aku tinggi..haha..so pinjam guna air la kat rumah mak aku..hehe..

Baru je aku aku cuci tayar, tetiba member aku yang tengah layan koner depan simpang jalan kat rumah mak aku tu pulak nampak aku..maklum la aku vip kan..kalau singgah rumah mak aku pon jarang sangat aku pegi cari atau lepak dengan kawan-kawan kampung tu..so bila dia nampak kelibat aku, terus la dia pon berhenti singgah kat aku..

"Ahh..kacau betul mamat ni.." grr..

Tuesday, November 26, 2013

Misteri Villa Bundle

assalammualaikum wbt..

Dari pagi tadi sampai la tengahari ni, aku dengan bini aku tak sudah-sudah la bertekak pasal kejadian malam tadi..

Dalam lingkungan 12.30 malam tadi, macam biasa, time ni la baru aku sibuk nak mandi..lagipon badan terasa panas pulak lepas sebat beberapa ulas durian musang king..durian tu memang sedak...


Ceritanya gini..masa ni anak aku dah pon lena dalam buaian..bini aku pon dah lena sekali masa lepas tidokan wazi ni..bla..bla..bla..aku pon mandi lebih kurang 15minit..

Bila aku dah keluar dari bilik mandi, aku tengok wazi dah pon baring sebelah ibu dia sambil menyusu..

takda apa yang pelik kan?

Wednesday, October 2, 2013

Kemaruk seks..

assalammualaikum wbt..

"Gara-gara kemaruk seks, pelajar berusia 13 tahun sanggup ditiduri 8 lelaki"..ni salah satu tajuk akbar tempatan tentang kes yang agak kecoh minggu yang sudah..aku tak pasti usia sebenar13 ke 12 sebab ade banyak versi..walaupon tajuk nampak rela, tapi keluarga mangsa menafikan pulak yang gadis tu rela..haih..dah tu pesal akhbar tu selamba je buat tajuk berita camtu..saman malu la apa lagi..

Aku bukan apa, bila baca kronologi kes tu, aku jadi takut lak mikir apa dah jadi dengan budak-budak sekarang ni..oh, mungkin "budak-budak" tu nampak cam remaja hingga ke belia, so nampak cam tak pelik sangat kan, tapi yang kes ni, diorang ni masih lagi taraf kanak-kanak kot..adoiyai..

So bila kes macam ni dah heboh, baru la aku nampak yang sebenarnya kerosakan akhlak budak-budak kat sini dah bermula sejak usia yang sangat muda lagi..masa aku umur 12 tahun dulu pon aku dah memang nakal, tapi kalau nak bandingkan dengan kes bebudak ni memang jauh benar la..aku rasa ni la agaknya yang dikatakan Malaysia semakin menuju kearah negara moden..baru la sama dengan US ye dak..gadis seawal 12 tahun dah takda dara..haha..

Tuesday, September 17, 2013

From Bremen & Berlin With Love..

assalammualaikum wbt..

Aku rasa ramai dah kenal dengan nama Bob Marley..beliau yang merupakan seorang penulis lirik, penyanyi, dan pemuzik kumpulan Bob Marley & The Wailers..beliau adalah penghibur muzik reggea paling terkenal dan dihormati di seluruh dunia  yang mengembangkan muzik ska, reggea dari Jamaica..Bob marley juga merupakan salah sorang penyanyi yang aku minati..habis kat situ..

Tapi apa yang aku nak tulis kali ni bukan lah cerita pasal Bob Marley pon..cuma watak utama citer aku kali ni ada la iras-iras Bob marley sikit orangnya..beliau ni bukan la orang Jamaica atau bangsa asing pon, cuma orang penang yang dah menetap di German sekarang ni..

Sebenarnya bukan apa, aku minat tengok life orang biasa yang ade keluarga yang sweet sweet camtu..aku suka tengok anak brader Lepat ni yang sempoi dan selalu kelakar bila berbahasa melayu..dalam nampak kebahagiaan yang brader Lepat nikmati sekarang, mungkin tak ramai orang ingat atau tau kisah brader Lepat ni telah mengemparkan malaysia pada tahun 1997..

Saturday, June 22, 2013

Misteri Kampung Donglai Surveyor Edisyen..

assalammualaikum wbt..

Dalam entri misteri  kampung Donglai yang lepas aku ada bagitau yang aku nak tanya surveyor tempat kerja aku tentang kejadian pelik yang menimpa diorang kat sana..so aku dapat la satu cerita yang tak disangka-sangka ni..terpulang korang semua la nak percaya ke idok..

Aku malas nak tulis banyak sebenarnya ni..tapi macam info sumber yang terus dari yang mengalami sendiri, kejadian misteri tu pon berlaku siang hari..yela..takkan diorang nak survey malam-malam pulak kan dalam hutan tu..sedangkan siang pon bleh terjadi benda pelik aku tau la kalau stay malam-malam kat situ bleh kena apa..adoi..

Citernye macam ni, dalam perjalanan naik bukit, turun bukit kat hutan tu, ada la sorang member aku yang kerja site ni, nama dia Lan..masa tu dia agak terpisah sikit la dari yang lain sebab dah agak keletihan..dia berehat la sorang kat belakang..yang lagi empat orang dah turun dari bukit..jarak anggaran yang diceritakan cuma lebih kurang 300 meter je pon..tak jauh mana..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...