Assalammualaikum wbt...
Antara tadika-tadika yang terdapat sekitar tempat tinggal aku contohnya Kemas, Pasti, dan The Little Caliphs..Hasil kaji selidik aku antara tadika tadika ni, THE LITTLE CALIPHS la yang paling mahal..diikuti PASTI dan sememangnya percuma Tadika KEMAS..haha..
Tentang bayaran, dari yang aku baca-baca, kebanyakkan nya cakap, yuran PASTI ni berbeza mengikut tempat..contohnya kalau bangunan PASTI tu didirikan atas tanah Wakaf, yurannya lebih murah berbanding tempat yang disewa..
Cukup sangat dah aku rasa untuk pendidikan awal yang ada kat sini..tak hairan la harga yurannya pon mahal..konsep seimbang antara dunia dan akhirat yang diterapkan kat sini tak banyak beza dengan PASTI, cumanya yang lebih di LITTLE CALIPHS ni, mereka menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran..
p/s : kalau nak tau, ni la entri rindu kat anak..huhu..seminggu lagi depa kat kg..woooo...
Dikesempatan
bini dan anak aku sedang bercuti di rumah mak toknye di kampung
sekarang, so aku pon ada la masa lapang sikit kat rumah ni mengadap blog
walaupon agak rindu jugak kat depa sebab sunyi..sob..sob..so ceritanya
kali ni, bila terpikir pasal anak, aku dah terbayangkan apa lah yang aku
mampu bagi untuk anak aku 3 4 tahun dari sekarang..maksud aku
pendidikan awal dia di tadika nanti..
Macam
aku dulu, kemana lagi kalau bukan masuk tadika kemas je kan..serius aku
masih ingat lagi serba sikit aktiviti masa aku di tadika tu..main,
makan, menyanyi, belajar kenal huruf dan lain-lain...pelik jugak,
memori aku masa tu lekat kuat dalam kepalotak aku ni..hahaha..
Tapi
tu dulu, sekarang ni aku dah tak tau apa yang diajar budak-budak kat
tadika kemas tu..maaf la nak cakap, mungkin tadika kemas tu dah agak
ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan tadika-tadika private yang ada
sekarang..
Baik
dari segi pembelajaran, suasana dan yang pastinya yuran yang
mahal..ntah aku mampu ke tak nanti nak bagi anak belajar dengan
baik..tapi insya'allah la, ibu bapa mana yang taknak anak dia selesa dan
dapatkan pendidikan yang baik kan..
Antara tadika-tadika yang terdapat sekitar tempat tinggal aku contohnya Kemas, Pasti, dan The Little Caliphs..Hasil kaji selidik aku antara tadika tadika ni, THE LITTLE CALIPHS la yang paling mahal..diikuti PASTI dan sememangnya percuma Tadika KEMAS..haha..
So
aku mula dengan KEMAS..walaupon KEMAS ni percuma je, rasanya bukan
pilihan aku dari awal..tak perlu aku bagi sebab la kenapa aku
taknak..aku bukan la pandang rendah sangat dengan kemas ni..tapi kalau
boleh memang aku taknak hantar anak aku kat sini nanti..hahaha..
Kedua,
PASTI..nampaknya memang ni la pilihan yang macam takleh dielakkan
lagi..dari segi yuran dan konsep pendidikan awal yang diterapkan kat
sini agak menetapi piawaian aku..tentang yuran tu pon boleh tahan jugak
la mahal untuk permulaan..tapi insya'allah la, kat sini
sekurang-kurangnya anak aku nanti boleh dapat pendidikan agama lebih
sikit..
Tentang bayaran, dari yang aku baca-baca, kebanyakkan nya cakap, yuran PASTI ni berbeza mengikut tempat..contohnya kalau bangunan PASTI tu didirikan atas tanah Wakaf, yurannya lebih murah berbanding tempat yang disewa..
Cuma
nak cakap sikit pasal matlamat pihak atasan PASTI yang korang rasanya
dah tau iaitu PAS, ala parti politik tu la...Bukankah PAS dan PKR
memperjuangkan pendidikan percuma dan hapuskan PTPTN..sekadar pendapat
tak penting dari aku la kan, apa kata mulakan dulu pendidikan percuma tu
dari PASTI ni..ala, tadika je pon..pleseee....hehe..
Ketiga,
The Little Caliphs..antara tadika impian dan idaman rakyat marhaen macam
aku untuk melihat anak-anak belajar disana yang hanya boleh jadi
mimpian..haha..sapa tak terliur nak hantar anak belajar kat situ bai..
Cukup sangat dah aku rasa untuk pendidikan awal yang ada kat sini..tak hairan la harga yurannya pon mahal..konsep seimbang antara dunia dan akhirat yang diterapkan kat sini tak banyak beza dengan PASTI, cumanya yang lebih di LITTLE CALIPHS ni, mereka menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran..
Kanak-kanak
di LITTLE CALIPHS ni pon diajar tahfiz, (mengaji dan hafazan)..dan untuk
yang ambil sesi sehari, kanak-kanak ni siap ada kelas seni
mempertahankan diri pulak..setiap hari sebelum waktu pembelajaran,
mereka ada sesi 1 to 1 iaitu bimbingan individu pada anak-anak
ni..fuhh..apa lagi yang kurang? habaq mai..dah terbaik sangat dah ni
oii, cuma syaratnya bayar lebih je la.hahaha...
Nah, ni yuran dia untuk 2015, ambik ngko..
YURAN TAHUNAN:
Kelas (Separuh hari) : RM 1409
Kelas (Daycare) : RM 1550
YURAN BULANAN:
Kelas (Separuh Hari) : RM 250
Kelas (Daycare) : RM 400 (Tambahan RM 150)
Sebab
tu la aku kata nak hantar anak kat LITTLE CALIPHS ni hanya leh jadi
mimpian je bagi aku..tapi pada yang tak mampu nak hantar anak kat
tadika-tadika tak marhaen ni, korang jangan la sedih sangat, ikut
kemampuan la kan..ala wei, ramai je doktor-doktor, engineer, dan ahli
profesional yang ada sekarang tak masuk tadika mahal pon dulu masa
kecik..serius..tak caya tanya Tun Dr. Mahathir, dia sekolah tadika apa
dulu..haha..
Tapi
kalau nak jugak hantar kat situ tapi tak mampu, apa lagi, mohon
kerajaan wujudkan la Perbadanan Tabung Pendidikan Awal Nasional (PTPAN)
untuk anak-anak nak masuk tadika ni..buat loan 20 ribu untuk dua tahun
cukup la.LOL..tak pasal-pasal belum sunat pon dah ada hutang..hahahaha..
p/s : kalau nak tau, ni la entri rindu kat anak..huhu..seminggu lagi depa kat kg..woooo...
weyh,aku pun mmg pasang angan² nk anta anak aku kt little caliphs.. tgk yuran tu mmg nganga smpi dagu jatuh lntai la..tp tgk silibus pembelajaran dia, mmg "perfect".. xpela, menabung dr sekarang..
ReplyDeletesian ko kan rindu kt anak.. aku yg tgglkan anak g taska pun rindu setgh mati..
nganga jela aku..hahaa..tapi kalau tabung penuh nanti boleh je kan..apa salahnya berangan..tu je yang free..hahaha...
Deleteala, ngko tu baru tinggalkan anak g keje pon..cehh..hahaha...
wey tadika kemas mana free.yuran plus egala kelengkapan kata kawan aku masa masuk dah seratus lebih.cuma bulan2 tu je la bayar tak mahal.dlm 20ringgit camtu..ikut tmpt gak..
ReplyDeleteanak aku hantaq kemas ja pasai tak mampu nak hantaq private pun.huhu mmg anak aku tak pandai apa belajar kt kemas tu.baca pun tak reti.aku sendiri ajaq dia baca smp pandai kt rumah..
Insyaallah Afia nti aku usaha bagi private.time tu maybe kewangan dh ok sket..:)
aku tgk kat website KEMAS la kutu..pendaftaran dia tulis RM10 je..bulanan free..aih..takkan KEMAS pon markup gak..hahaha..
DeleteLINK : BAYARAN TABIKA KEMAS
Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
ReplyDeleteJika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)
aku rasa cic tu lagi legend la yuran die.
ReplyDeletesebelah opis aku je bandle.
ko budak kemas rupanya..patut la..haha
ReplyDeletehantar mana yg mampu je..selebihnya mak ayah mainkan peranan penting..
Tahun depan dah ke ko nak hantar anak ko gi tadika? Baru 3 tahun kot. Dekat area umah aku mcm takde je tadika yg islamic sgt. Yg ada semua ala2 omputish. Tapi tak tau le yuran cemana.
ReplyDeletenak masuk kemas bukan diorang akan tengak pendapatan bulanan ibu bapa yang bekerja, kawasan rumah saya ni tak nampak tadika kemas di mana.. semua private.. tadika pasti pun ada..
ReplyDeleteUntuk tadika nie, saya lebih suka tadika berorientasikan banyak permainan.
ReplyDeleteKalau penekanan tentang belajar dan banyak menghafal, kesian pada kanak-kanak.
Sebab dia akan menggunakan proses bermain untuk dia belajar.
Bab tadika Kemas tue, memang mak ayah kena followup anak kemudian la tengok perkembangan.
Agak ketinggalan sedikit la.
memang sampah pun blog kamu ini..tiada isi yang membina...
ReplyDeleteanak2 saya dah berada litlle caliph.bukan satu branch malah pernah berada dalam 3 branches..hakak ni kalau x ok sikit je mula aku tukarkan ke branch lain.jelas sekali....pembelajaran berbeza mengikut branch.ada branch yg sgt tegas guna english medium, dan ajar one to one approach.ada yg asek ajar nyanyi je kalah kemas..tp sebulan rm500 gak dia amik.bygkan anak saya 2 orang,seorang 5 dan 6 thn brapa saya habis utk tahunan di litlle caliph.rm6k ok.mak dia kereta pon tak ada sebab nak bg pelajaran yang terbaik..malangnyaaa.....ada branch yg hnaya pentingkan duit smata2..ajar soalt pon main2 last2 x tau apa...bial tukar ke branch seri petaling...dalam 4 bln anak dah boleh baca bm dan english..fuhh...jadi branch pon main perana..kena survey dulu ye..
ReplyDeleteBtl sis saya sokong yg ni
DeleteAlhamdulillah tadika Little Caliphs dah banyak cawangan sekarang.InsyaAllah ada rezeki boleh tengok kat website wwww.littlecaiphs.com
ReplyDeletekelakar blog ni. hahahaha...
ReplyDelete