Monday, January 14, 2019

PAHIT ITU KEBAHAGIAAN..

Salam..

Alhamdulillah, bertemu lagi dalam ruangan kecil ini..sebenarnya aku takda idea pon nak menulis harini..tengok la kot-kot ada isi sambil aku tulis ni..haha..jadi, setakat beberapa hari aku dah tak berinstagram ni, aku rasa hidup aku lebih aman..

Aku dah boleh masak, makan, minum kopi #gilakopi atau buat apa saja tanpa sibuk nak snap gambar untuk update dalam story or untuk posting baru..aku rasa aku dah boleh jadi orang tua yang normal bila mana boleh lepak tanpa keluar handphone..tak perlu lagi nak bagitau sesapa yang sebenarnya memang tak nak tahu pon apa kita buat..hahaha..

Syok sendiri tu tak salah, kongsi citer tak salah, sosial media tak salah dan aku bukan lah anti sosial pon..semuanya terpulang diri masing-masing la..aku pilih blogging ni pon masih dalam perkara yang sama jugak..konsepnya tetap berkongsi..bezanya, aku lebih syok sendiri dan aku nak balik duduk dalam dunia aku sendiri jer..haha.

ni la antara sharing aku yang kerap muncul kat  story ig aku sebelum ni..haha..
walaupon tak buat  'story' lagi, ketagihan aku kat kopi ni, masih sama..bukan mcdonals, tapi americano ye..


Berbalik kepada perenggan awal tadi, aku rasa aku dah tak nak tekankan sangat la lagi pasal isi or content entri-entri aku..buat serabut aku mikir je kang..haha...la ni aku nak menulis lebih sempoi dan agak kearah peribadi, keluarga, life aku je kot..blog ni  jadi ganti instagram aku la kiranya..tak nak tulis pasal isu semasa ke politik ke, cukup sekadar aku baca untuk pengetahuan aku jer..

Terkadang bila terbaca entri aku yang dulu-dulu, rasa macam what the fuck!,annoying, poyo, rasa bodoh gila bila bercakap ikut kepala hotak sendiri..haha..biarlah entri tu jadi saksi yang masa tu memang boleh buat kita lebih matang..


p/s : tajuk tu cuma merujuk pasal kopi..hahaha.

9 comments:

  1. berkata benarlah walaupun pahit. eh! haha

    ReplyDelete
  2. kopi pahit... rindu pulak kat arwah abang..suka kopi o pahit. abah suka kopi o manis. Tapi yang tak suka gula dah pergi dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takziah atas kehilangan..yg pasti kopi susu ke gula ke,pahit, manis ia tetap sedap..hehe

      Delete
  3. bila nak belanja kopi?

    huhuhu.

    ReplyDelete
  4. entry aku yg dl byk dh aku revert to draft..mcm sengal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entri aku pon ada gak yg terdraf..tp bnyk lagi yang saje biar..haha..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...