Assalammualaikum wbt..
Bak kata member office aku yang juga seorang perokok..
Antara perkara bodoh aku buat sebelum masuk tahun 2019 ni ialah aku telah merokok balik sejak bulan 11/2018 sedangkan aku dah berhenti hampir 2 tahun sebelum tu.(Link)..aku pon tak tau pasal apa aku nak hisap balik sedangkan aku tak gian mana pon nak hisap rokok..
Tapi, start 2 januari tu hari aku nekad berhenti semula..kenapa 2 januari? kenapa tak start 1 haribulan januari tu je semperna tahun baru? sebabnya rokok aku yang last beli tu tak habis lagi jer..so aku habiskan la dulu..hahaha..
Sehingga harini, maknanya aku dah berhenti balik selama seminggu..kali ni aku tak ambil apa-apa ubat macam berhenti rokok sebelum ni..insya'allah boleh..asalkan aku kurang bergaul dengan perokok2 ni peratusan aku hisap rokok semula sikit la berbanding sentiasa bergaul dengan depa ni..
Punca sebenarnya aku nak berenti ni sebenarnya adalah sebab bila dah sebulan hisap rokok semula secara kerap, masa ni pulak aku nak dapat batuk..dah la batuk tak baik-baik, pernafasan aku pon dan mula rasa sesak dan dada pon kadang2 sakit bila bernafas..tu la kan, dah takda penyakit, aku cari balik penyakit tu..adoii..
Serius la wei, merokok ni tak elok tapi sedap..aku ni dari elok boleh jogging 5-6 km terus down..semput.,lani aku nak stop terus, andai kata hisap balik, nanti kita berhenti la lagi..apa susah..haha..tapi aku agak bersyukur gak dapat 'hidayah' lagi nak berhenti ni pasal aku agak terlepas dari azab sengsara untuk perokok yang kerajaan wartakan sekarang ni..
Bak kata member office aku yang juga seorang perokok..
"aku relo beli bungkuh jah nasi sekarang ni fiq"
Simple tapi aku paham sakitnya macam kena cucuk sampai ke hati..nak makan kat kedai dah takda feel..
kahkahkahkah...
semoga berjaya dalam usaha berhenti merokok. hopefully dengan perintah larangan merokok di restoran dan kedai makan ni, akan ada ramai lagi perokok lain berjaya berhenti merokok juga.
ReplyDelete