Wednesday, January 9, 2019

BERHENTI MEROKOK VOL 4.0

Assalammualaikum wbt..

Antara perkara bodoh aku buat sebelum masuk tahun 2019 ni ialah aku telah merokok balik sejak bulan 11/2018 sedangkan aku dah berhenti hampir 2 tahun sebelum tu.(Link)..aku pon tak tau pasal apa aku nak hisap balik sedangkan aku tak gian mana pon nak hisap rokok..

Tapi, start 2 januari tu hari aku nekad berhenti semula..kenapa 2 januari? kenapa tak start 1 haribulan januari tu je semperna tahun baru? sebabnya rokok aku yang last beli tu tak habis lagi jer..so aku habiskan la dulu..hahaha..


Sehingga harini, maknanya aku dah berhenti balik selama seminggu..kali ni aku tak ambil apa-apa ubat macam berhenti rokok sebelum ni..insya'allah boleh..asalkan aku kurang bergaul dengan perokok2 ni peratusan aku hisap rokok semula sikit la berbanding sentiasa bergaul dengan depa ni..

Punca sebenarnya aku nak berenti ni sebenarnya adalah sebab bila dah sebulan hisap rokok semula secara kerap, masa ni pulak aku nak dapat batuk..dah la batuk tak baik-baik, pernafasan aku pon dan mula rasa sesak dan dada pon kadang2 sakit bila bernafas..tu la kan, dah takda penyakit, aku cari balik penyakit tu..adoii..

Serius la wei, merokok ni tak elok tapi sedap..aku ni dari elok boleh jogging  5-6 km terus down..semput.,lani aku nak stop terus, andai kata hisap balik, nanti kita berhenti la lagi..apa susah..haha..tapi aku agak bersyukur gak dapat 'hidayah'  lagi nak berhenti ni pasal aku agak terlepas dari azab sengsara untuk perokok yang kerajaan wartakan sekarang ni..




Bak kata member office aku yang juga seorang perokok..


"aku relo beli bungkuh jah nasi sekarang ni fiq"


Simple tapi aku paham sakitnya macam kena cucuk sampai ke hati..nak makan kat kedai dah takda feel..

kahkahkahkah...



 

Tuesday, January 8, 2019

WELCOME 2019

Assalammualaikum wbt..

Ahhhh, entry ni la tanda aku lega dapat start menulis balik setelah sekian lama  blog sampah tak guna ni bersih je dari sampah dan kotoran..tajuk kat atas tu tak penting pon sebenarnya, apalah makna tahun berubah setiap tahun kalau sikap dan diri kita tak pernah nak berubah kan..demm..ni adalah tuju kat diri aku sendiri rupanya..

Tak kisah la..walaupon aku cuba nak cari content yang power konon entri kemunculan semula ni gempak, tapi korang taula, hidup tak selalunya indah.bukan semua yang kita inginkan boleh dapat..kehekhekeh..


So persoalannya apa yang buat aku nak start menulis balik? 


Adakah nak kejar populariti? nak income sebagai blogger? hahahhaa..puiii..its not me lah..


Sebelum aku jawab sendiri soalan aku tu, aku nak flashback balik pasal apa blog ni dah tertinggal lama..



Of cos sebab aku sibuk dengan life dan sosial media..dari zaman Facebook tengah top sampai ntah sejak bila la instagram buat aku jadi macam netizen biasa yang handphone sentiasa kat tangan..selalu sibuk nak update story, sibuk nak ambil gambar-gambar cantik untuk post..adoii..kenapa aku jadi camni hah!! aku bukan retis pon..aku tak patut jadi yang biasa-biasa tu...aku kena buat something yang lain..

Platform sesuatu yang lain tu pulak sebenarnya dah lama ada, cuma aku jer yang tinggalkan dia..huh, sedih..tapi aku tetap rasa bangga sebagai blogger sebab ia memang sesuatu yang lain dari apa yang kawan-kawan nyata aku buat..dah 10 tahun kot blog ni since 2009..walaupon takda la penuh sangat dengan entri,tapi kat sini la tempat aku kongsi hidup aku sebelum ni..sampah pon sampah la, tapi takda fake tau..



Alasan kenapa aku nak start balik tulis blog ni mybe sebab aku dah bosan dalam masa yang sama aku mungkin akan ketagih dengan sosial media terutama instagram kalau tak dibendung..so adalah lebih baik aku tutup akaun tu dan posting la what ever kat blog ni jer..lagipon aku rasa aku memang suka menaip..tu yang kadang-kadang caption untuk gambar kat ig aku pon merepek gak panjang-panjang macam entri blog aku ni..

Aku tau takda sapa pon rajin baca caption nota kat gambar ig aku tu,hahahaa..lagipon follower pon just kawan-kawan yang dah kenal jer..aku bukan jenis open sesapa follow aku...semuanya syok sendiri gak...tak dinafikan, hal yang sama jugak dengan blog ni, aku tetap syok sendiri nak post apa-apa..cuma ntah la, rasa nak tulis kat sini lebih puas kot..yang penting rare..hahaha..

Masalahnya dalam menulis blog ni, aku mungkin susah sikit la nak post entri memandangkan aku akan tulis guna pc jer..kalau boleh guna hp, takda maknanya la aku tinggalkan sosial media kan..haha..so insya'allah aku akan cuba la post apa-apa cerita seminggu sekali, kalau sibuk sebulan sekali atau ikut suka aku la..hahaha..

sekian choww, wasalam...



p/s : idea untuk entri seterusnya banyak,tapi sibuk la plak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...