Wednesday, September 5, 2012

Sudah gaharu cendana pula..

Assalammualaikum wbt..

Malam tadi secara tak sengaja aku tertengok satu rancangan tv..aku pon tak pasti rancangan apa pasal masa aku tengok tu dah habis pon..terus layan la kejap sebab aku memang minat kalau rancangan dokumentari ni(bergantung info apa jugak)..sebabnya malam tadi berkenaan benda yang aku tak berapa nak explore..so dapat pengetahuan sikit pon jadi la..padahal kalau rajin semua info di jari je ye dak..hehehe..

Tapi aku tak suka sangat google ni melainkan penting dan nak info cepat..korang pon jangan amalkan sangat sebab membuatkan korang jadi malas..serius..sebabnya bila semua dah google je nak tau sesuatu perkara tu korang cuma mengadap pc..life dah takda beb..pengetahuan banyak tapi life kosong..tu pon bila google korang takleh terus terima maklumat tu, kena cari banyak sumber dulu buat perbandingan..kan aku penah tulis dulu..pengalaman je orang tak boleh beli..So kalau boleh cari pengetahuan dari pengalaman selain google..kalau boleh..hehe..

Okay, berbalik pasal rancangan tu sebelum aku melalut kelaut..rancangan tu pasal pokok gaharu..ada orang sebut geharu..tak kisah la janji maksud dia sejenis pokok..macam ramai yang dah tau, bahagian dalam batang pokok tu merupakan bahan utama untuk pembuatan perfume..yang tu biasa dengar..tapi sebab kan aku noob pasal ni..aku tak tau pulak rupanya bahan tu atau dinamakan teras, rupanya tak banyak pon dalam sebatang pokok tu..alahai sikitnya la nak dapatkan teras tu..terpaksa tebang sebatang pokok besar nak dapatkan teras yang cuma beberapa ratus gram..haha..

Sunday, September 2, 2012

Paranormal aktiviti

assalammualaikum wbt..

Kejadian paranormal ialah perkara yang tak dapat di jelaskan tepat oleh akal..perkataan paranormal sendiri dah menunjukkan perkara yang diluar normal atau melampaui hal-hal normal..Secara definitif, paranormal adalah istilah yang digunakan untuk segala jenis fenomena psikologi, pengalaman atau kejadian yang dilihat mempunyai hubungan dengan jiwa (psike) atau fikiran (mind), dan yang tidak dapat diterangkan dengan prinsip-prinsip fizik.

Ada jugak pendapat mengatakan paranormal adalah suatu aktiviti yang melibatkan deria khusus dalam berkaitan dengan alam ghaib. Dalam menjalani kemampuannya seorang paranormal memerlukan penggunaan deria dengan deria khusus di luar panca inderanya atau sering disebut dengan sixth sense. Hal ini kerana objek yang ingin dihubungi bersifat ghaib yang tidak dapat diraih oleh manusia biasa, tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan memerlukan deria khusus untuk berkomunikasi dengan mereka.

Sekian intro yang aku ambil dari berbagai sumber..kali ni aku nak kongsi lagi satu kejadian aneh yang baru berlaku pada aku awal malam semalam..sangat paranormal bagi aku..haha..kejadian ni berlaku sewaktu aku tengah solat magrib..adakah nyata apa yang aku lihat atau pikiran aku melayang kemana aku sendiri dah keliru..tapi aku sangat yakin dengan apa yang aku nampak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...