Assalammualaikum wbt..
p/s : tu sebab blog ni saluran utama aku menulis..
Penggunaan
telefon pandai bagi pandangan aku, kini bukan la satu kemahuan tetapi
dah jadi satu keperluan..korang sendiri pon sekurang-kurangnya mesti ada
sebuah telefon kan..yang herannya tak cukup dengan hp bersaiz 6 inci
tu, tab yang besar papan lapik pemotong pon diusung merata..hahaha..
Dari
pemerhatian aku plak, kebiasaan yang menggunakan telefon pandai bersaiz
mega atau memiliki skrin yang besar ni adalah kaum wanita..contohnya
bini aku la..telefon besar gila..untung la depa ni ada handbag kan,
semua boleh masukkan dalam beg je..kalau untuk aku nak pakai telefon
besar ni memang tak sesuai..aku dah la jenis pakai seluar skinny, mana
nak sumbat lagi hp tu..poket sempit kot..hehe..
Tapi
sebenarnya bukan hat tu aku nak cerita..suka hati korang la nak pakai
telefon besar mana, jenis apa pon..yang aku nak citer ni pasal apps atau
aplikasi kat telefon pandai korang tu..
ni contoh apps yang ada kat hp aku..kat home ni yang penting-penting jela kan..hehe.. |
Sesebuah
telefon pandai mestilah memiliki beberapa aplikasi pandai juga..kalau
setakat guna untuk selfie je, anda akan tergolong dalam jenis pengguna
kurang pandai dari telefon pandai..so janganlah merendah-rendahkan
martabat kemanusiaan berbanding telefon anda ok..hihi..
Aplikasi
percuma paling popular untuk android di playstore 'WhatsApp Messenger'
semestinya aplikasi wajib di setiap telefon pandai korang..bohong la tu
kalau takda...kalau korang nak tau, mak aku yang dah warga emas tu pon
terjebak dengan telefon pandai ni sebab nak gunakan whatsapp ni la..
"Nak
masuk group geng marhaban dengan geng-geng AJK masjid
katanya"...teknologi punya hal la ni..kalau takda whatsapp, mau terlepas
je aktiviti marhaban mak aku tu..semua aktiviti nak inform kat group
kan sekarang...
Wasep
punya pasal, aku sendiri pon terjebak dengan beberapa group..yang
bagusnya, dengan group ni dapat la juga kita mengeratkan hubungan
kan..tak kira la keluarga, kawan-kawan pejabat, jiran tetangga, atau
sesapa je la..
Pendekkan
cerita, point utama yang aku nak sampaikan..bila maklumat sangat pantas
dapat disampaikan menggunakan applikasi sosial macam ni,makanya terlalu
banyak info yang kita akan dapat tanpa dapat disahkan kesahihan sesuatu
perkara tu..aku tau orang yang jenis copypaste atau yang suka tekan
forward ni niat baik selalunya nak sampaikan berita..tapi tolong la
siasat dulu atau lebih baik jangan share apa-apa sekiranya info atau
maklumat tu boleh mendatangkan fitnah atau provokasi..
Kadang-kadang
tu, aku dapat mesej yang dah lama aku baca kat internet melibatkan
sesuatu kes yang dah selesai, tapi ada je hamba Allah yang sebarkan lagi
cerita yang separuh jalan sampai boleh menimbulkan kontroversi atau
kekeliruan kat orang lain..pernah sekali tu, sorang lagi ahli group
tolong tegur yang maklumat tu tak betul, terus diam sampai kesudah
makcik penyebar mesej tu...aku bukan apa, takut kang bergaduh pulak
dalam group...
Aku
cakap terus jela kan..terutama group yang ramai orang-orang tua macam
group keluarga aku ni..suka naa copy paste dari group tu masuk group
ni..nak tegur takut sentap pasal orang tua kan..hehe..aku tak peduli pon
kalau info yang nak disampaikan tu islamik ke apa ke..aku sesekali tak
percaya apa yang disampaikan melainkan aku cari maklumat tu sendiri..
Biasanya
orang mudah terpedaya bila dikaitan dengan islam, agama..macam yang
viral sebelum ni..penampakkan kalimah Allah kat awan ketika hari
pengkebumian Nik Aziz pon nak kagum..mudahnya percaya benda-benda gitu
kan orang islam sekarang..belambak share merata-rata group dan
FB...hadis-hadis nabi yang kadang2 tu bukan sahih pon orang kongsi..tah
mana-mana sumber la diorang dapat, main copypaste je..kalau yang terima
jenis macam aku takpe gak..kalau jenis mak-mak aku tu bila baca terus
percaya, pastu klik lak share, kan naya je...
So
kita haruslah lebih bertanggungjawab..nampak macam benda remeh je
kan..alaa, whatsapp je bagi korang..tapi kat situ la maklumat yang
sangat banyak disalurkan sekarang...kalau tak whatsapp, korang baca FB,
kalau tak FB..Twitter, dan semuanya laman sosial yang lebih banyak
berita bohong dari benar..kehkehkeh...so pandai-pandailah tapis sendiri
dan cuba sampaikan berita yang benar..
Kalau
berita baik, ilmu yang berguna dikongsikan, insya'allah korang dapat
pahala, tapi kalau benda tipu, fitnah korang jawab la sendiri
nanti...gunakan teknologi dengan betul, insya'allah banyak
kebaikannya..aku pilih takkan share apa-apa melainkan aku pasti dan yang
aku tulis sendiri..
p/s : tu sebab blog ni saluran utama aku menulis..
Jurukur teguh? Alamak, macam familiar je nama. Hehehe...
ReplyDeletecompeny aku keje la ni botak..ko penah ade urusan ngan teguh ke botak.? ah kantoi..hahaha..
Deleteaku pun rasa comp tu familiar.
Deletesama dengan comp baju belang-belang dalam fb aku tu tak?
aku dl salah sorang pengguna telefon pandai bersaiz papan pemotong..skang dh xde sbb menyusahkan aku nk hangkut.. apps wajib kt home lbh kurang ko je, tp COC mmg tak ada (bukan kaki game).. kahkahkah..
ReplyDeletepsl share info kt group, last week bru jd.. isu bertahun dibangkitkan semula.. bosan seyhhh.. lg satu, dh la share, pastu suh sebarkan kat doblas ratus rakan lain.. apakah????
aku senang je, share info n ilmu yg ada tujuan n manfaat, bukan bajet bagus, tp xsuke jd penyebar "fitnah" duniawi..
perghhh, aku rs komen aku kali ni paling berilmu.. (uwekkk)
aku byk group WA, rimas smpi aku mute je..
Aku ada cerita pasal berita palsu ni beberapa minggu lepas dlm blog aku.
ReplyDeletekalau ko bg link terus kan senang..jenuh aku cari kat blog ko tak jumpa2..grrrr
Deleteaku setuju apa yg ko cuba sampaikan..yg lyd tulis dalam blog beliau tu pun aku setuju..en suami lebih kurang macam org2 tua tu la ada benda yg dia percaya.aku pulak dah tukang brainwash beliau.huhu..
ReplyDeletetakpe la ko leh tolong laki ko memahami zaman2 dajal ni, bahaya senang sangat percaya ni ye dak..
DeleteSenang senang xyah la senang sangat forward msg kat whatsapp tu ye dok
ReplyDeletekalau share bende2 lawak ke ok jer..yng jenis info ade risiko tu aku mmg tak berani share la..takut tak sahih..
Deletebiarpun saya ada aplikasi whatsapp ada join group termasuk dgn adik beradik sendiri tp sy x pratikkan byk sembang.. banyak cakap boleh jadi banyak gaduh so, saya memang tak suka sangat nak join banyak2 group nyembang. dulu yg byk group pasal job review kat blog. lepas abis job.. maka takde apa lagi nak di sembang. Saya ni jenis lantang & terus terang so kelemahan saya tu tak sesuai sgt banyak sembang secara online dalam group whatsaap ni sebab takde nada boleh jadi salah faham.. so sy lebih selesa sembang dalam blog & kat wall FB..
ReplyDeleteteringat kata kawan aku "hp je canggih, orangnya tak canggih mana pun.."tu punca2 share merata ni
ReplyDelete