Thursday, January 17, 2013

Sentap : perkongsian yang tak sesuai di laman sosial -part 2

assalammualaikum wbt..

Kehangatan nak pilihanraya ni semakin terasa aku kira..PM lak tah bila la nak sebut tarikh...aku sebagai warganegara Malaysia dah bersedia nak menunaikan tanggungjawab sebab insya'allah dalam pilihanraya ke13 kali ni aku akan membuang undi buat kali pertama..maklum la baru masuk umur 21 tahun ni..kehkehkeh...

Bukan apa..sebelum ni aku banyak memerhatikan je politik Malaysia ni..start PRU12 yang lepas baru aku ada kesedaran untuk daftar mengundi..so baru la nama aku tersenarai..lain pulak dengan member seopis dengan aku..walaupon dia tak peduli dengan politik, tak pernah daftar mengundi, tau tau nama dah ada dalam senarai pengundi..hahahaha...

Ok, entri ni bukan aku nak citer pasal politik atau parti sebenarnya yang harus kita pilih, tapi nak kongsi sikit pada pandangan aku perkara yang agak menjengkelkan lagi kat laman sosial ni berkenaan politik....

Tak perlu lah aku nak cakap aku sokong kerajaan atau pembangkang kat sini ye..aku bukanlah mana-mana pengikut parti politik yang sejati..cuma aku kurang senang dengan sikap sesetengah member-member kat friend list facebook aku yang terlalu taksub dengan politik ni..semak betul...

Nak cakap bodoh nanti marah..aku tak paham betul kenapa suka sangat post status politik ni kat FB..rasa diri tu hebat sangat kot bila orang-orang muda ni join politik..hahahha..aku bukan kisah pon kalau kawan-kawan ni nak bergiat aktif dalam politik, tapi korang kena ingat bukan semua friend kat FB tu sebulu dengan kita..saluran yang korang pilih tu tak kena tempat..

 politik kat FB macam politik kedai kopi je bagi aku...semua nak tunjuk pandai ..


Dan dah sah-sah la aku ni tak sebulu dengan dia..kehkehkeh..yang buat aku meluat tu, kenapa asal post benda politik je mesti tak lain tak bukan nak memburuk-burukkan je parti lawan yang dia tak sokong tu..haih..habis modal dah ke..hahaha..Lu dah la tak update isu politik..pergi post benda yang dah tak betul, sia-sia,fitnah dan asik mengaibkan orang je...slowpoke...kehkehkeh

Serius aku malu dengan classmate aku sorang ni dan beberapa lagi yang bajet ahli parlimen..kehkehkeh... kalau aku nak komen balik,bangkang  dengan statement dia tu boleh sangat je..tapi aku malas nak jadi keyboard warrior lak kat wall tu..lagipon aku ni pon noob lagi pasal politik..tak nak la tunjuk pandai tapi sebenarnya dah membodohkan diri sendiri macam depa tu..
  
Dengan politik, orang sanggup buat apa saja, kawan jadi lawan, laki bini pon boleh cerai berai, jiran tak bertegur sapa, sedara mara bergaduh..just sebab political flags..watdehell..tu pon tak nampak lagi ke? so bila korang korang yang suka berpolitik kat FB dengan kawan-kawan ni, sama ada korang sedar atau tak, korang ibarat dah mengistiharkan perang sebenarnya..nak pulak korang berpolitik secara bodoh!!..member-member lain tengok pon rasa meluat..

Kadang-kadang tu bila panas isu semasa pasal politik, mula la penuh wall aku dengan hal politik ni..aku rasa macam dah join,like-like page politik lak padahal aku tak pernah lagi like mana-mana fanpage politik...semua kawan-kawan biasa je pon..tapi masing-masing nak tunjuk dia betul..hahahaha...politik patut datang dengan visi, hujah, fakta..bukan la asik nak memburuk-burukkan pihak lawan je..haih..politik murahan lah korang ni..banyakkan lagi membaca sebelum post hal politik ni ye der..menampakkan sangat kebodohan tu okay..

So kesimpulannya, kalau nak berpolitik tu, toksah la nak over sangat kat FB tu...ingat.!!..bukan semua sama pendapat dengan kita..lain la kalau kita join club, hanya untuk orang-orang yang sama minat..nak sangat citer politik, tulis la blog..ikut kau la nak jadi blogger pro apa...tu pon nak ajar ker?.kalau tak tau aku bleh ajar..hahaha...ni setakat copy paste dari mana-mana punya blog pencacai politik tah, pastu pastekan kat status FB..puii..nasib aku ni malas nak layan kebodohan orang-orang camni..kalau nak maki boleh je..tapi aku tak nak la tunjuk aku ni pencacai jugak kan..kehkehkeh...

 

p/s : amacam Ha, ada jiwa tak entri ni..hehehe..



74 comments:

  1. Replies
    1. Dorang tu berpolitik dengan emosi. Malas aku nak layan. Ntah2 mengundi pun tak. Tgk macam aku, tak mengundi duk dediam je la. Takyah nak berpolitik dengan emosi kat FB. Hehehe. Aku dah daftar taw Pakcik! Tapi mengundi belum pernah lagi. Tunggu la aku cukup umur 21 nanti :P

      Btw, aku rasa terhibur komen kat entry ni sambil layan lagu Creep. Dah lama tak layan. Sempat sampai habes aku dengar. Bwahaha!

      Delete
    2. org politik sendiri tak emo..yang pencacai ni lebih2..kehkehkeh..

      #tahun depan ko cukup 21 kan?..bleh la mengundi...

      Delete
    3. Macai detected. Eheheh.. Ayat standard kalo komen kat page politik parti lawan. Hahahaha.

      Aku pon nak citer pasal FB gak, tapi nanti bila dah takde isu sgt nnt aku tulis la. Bukan pasal politik je yg buat aku rimas kat FB tu. Pasal setiap isu yang ada 2 pilihan : pro and con mesti akan memenuhkan wall. Yang terbaru ni pasal Listen. Serius aku rimas wp mula2 aku rasa lawak. Aku rasa setiap isu yang bangkit pun, last skali isu tu akan di route jadi isu politik jugak. Pasal kalimah Allah tu aku rasa mcm grrrr... marahnya.

      Delete
    4. hahahahaa..ayat pemes..aku pon suka pakai..ekekeke..

      ok lyd..tulis la dulu..aku suka baca ulasan ko..walaupon nampak macam karangan budak spm..tp senang gak aku hadam apa ko sampaikan...hahaha..
      aku tak kisah lagi kalau bincang isu lain yang ade pro con tu..tapi kalau politik mmg serabut...sebab tu aku lebih memilih untuk baca je..nak sebarkan pahaman tu,mintak maaf je la..hahahaha..

      Delete
    5. entry ni Na mengalah sbb Na mmg xfaham ape tu politik..
      main jentik jentik Na taw..dan Na tataw kenapa Na tak pernah nk ambek taw..tp ramai org kata kena ambek taw jugak..yeker???? ape pun Na da start mengundi mase umur Na 18taw! hebakk mu ni Na =D

      adios..

      Delete
    6. maksud Na mengalah tu means mengalah dgn Lyaa..sbb tak mampu nak buat cmmnt pjg2 mcm dye =)

      Delete
    7. Erkkk! Jadah Na nak mengalah ngan aku? Aku pun komen kat sini men hentam je. Nak suh aku cakap pasal politik, mana la aku de modal. Macam aku tau sangat. Hahaha!

      Delete
    8. kahkahkah..aku tak suruh cakap pasal politik pon...ni aku citer pasal benda annoying yang pencacai2 politik ni suka buat yang aku tak suka..hahaha..sengal..

      tahniah na sebab dah start undi umur 18..ko masuk undi main kutu ke apa ni..hahahahaha

      Delete
  2. yess, setuju..beria duk pom pang pasal politik.. kutuk parti yg pd dia ntah pape.. beria.. puji parti yg pd dia bagus... alahaiii, semak sgt.. klu berani, nape xnk bertanding je.. teringat lak kes makcik yg gigih kumpul duit sbb nk bertanding.. hah, tu bru btl dr duk cakap² belakang je..

    okbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap2 nama untuk senarai pengundi pon blum ada..macam gak yang kes pelajar2 yang baru umur 18-19 ni..belum cukup umur kemain lagi taksub politik..kehkehkeh..

      #respek makcik tu..

      Delete
    2. biasala, darah muda.. emosi xtentu pasal, mengalahkan pempuan period lak.. ehhhh

      Delete
    3. hahahaha...setuju..perempuan emo tak kira period or tak..eh..hahahaha...

      Delete
  3. aku kalau terjumpa golongan fanatik politik ni besenya aku akan ingatkan diri jangan sesekali mencelah...bukan apa depa ni taksub sangat sampai kita diperlekehkan. macam kita ni cikai2 ja tak tahu pasal politik.


    bagi aku senang je..amek tahu pasal politik tapi rahsiakan undi anda. diam tak bermakna noob sangat pasal politik. daripada dok pung pang pung pang macam kat kedai kopi bak kata kau cekgu. kehkehkeh. tapi habuk tarak. bukan bergerak pun cakap je lebeh....senang citer "cakap berapi kentut berair" sekian.


    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kadang2 geram je tengok camtu aien..nak jawab balik apa dia post tu idok la..tpi lebih nak troll je balik bagi sentap..kira tak melibatkan soal parti la..takpe satu hari nanti mmg aku buat..hahaha..

      tu la, kita senyap2 bukan la kita ni noob sangat..amik tahu gak..membaca gak..depa yg over sgt kat laman sosial tu dapat apa ntah..bodohkan diri sendiri pastu dapat menambahkan musuh,terutama sekali yang berlainan pahaman politik ni..cuba senyap2 je.dengan semua kita boleh kawan aman damai..hahahaa..

      Delete
    2. Betul laa. Dorang wat camtu, menambahkan musuh je. Bukan dapat apa pun. Kau nak sokong parti apa pun, senyap2 je la. Tak payah nak kutuk2 parti yg kau tak sokong tu. Masalahnya, kalau org bidas balek apa yg dorang ckp psl parti dorang, bukan dorang leh terima pun. Tak pasal2 gaduh takde hala tuju. Apa yg dorang dapat pun aku taktau.

      Delete
    3. Betul 3x. tambah musuh tu sangatlah betul. biasanya orang2 yg menyokong mana2 politik dorang akan sangat berat sebelah. percayalah...walau salah pun dorang betulkan juga parti sokongan dorang tu.


      senyap tak bermakna noob. kita aman damai sudah lagipun undi adalah rahsia. hehehe.

      Delete
  4. Replies
    1. politik ni org bawah2 jer dok bergaduh bukan2..sampai memaki2 pastu bertumbuk pun ada..yg atas2 tu kat dalam dewan jer berdebat, keluar dewan diorang dah berborak macam biasa dah..sama macam main bola la, dalam padang jer bergaduh..habis game salam2 jugak..

      sesetengah org memang taksub sangat bab2 politik..apa jer yg parti diorang cakap, semua diorang percaya..apa jer yg kuar kat tv, paper or blog, itu diorang anggap betul..pastu post kat wall fb..

      patutnya diorang kena contohi member aku ni..dia dapat duduk kat sebelah nizar pun rileks jer..takde nak post bukan2 kat wall..kena tag tu xleh buat apa la..kahkahkah

      Delete
    2. hahaha..itu la pasal..pencacai ni je pung pang lebih..orang politik sendiri rilek..bos aku pon ahli politik gak, sikit pon dia tak heran orang kutuk dia..yang pencacai ni, org baru kutuk parti yang dia sokong dah butthurt..emosi..hahaha..tu la beza pencacai dengan orang2 atas ni..

      aku rasa member ko yang kene tag gambar duk sebelah nizar tu dia dah remove dari semalam lagi gambar tu..tak leh buat apa la kalau kena tag kan..hahahahaha...

      Delete
  5. aku pun ramai jugak kawan2 yg macam ko cakap ni..semak sangat..

    aku tak suka politik. titik! hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau suka politik pon tak salah..cuma tengok tempat la..cuba ko test komen bangkang pahaman member2 ko tu, sah tak leh terima..hahaha..silap2 leh gadoh..haha..

      Delete
    2. hahahaha..pernah2..memang gadoh..tapi kejap je la..dorang takleh nak argue sangat dengan aku sebab dorang tahu aku memang anti dengan politik ni..hak3..

      Delete
  6. aku bukan setakat berbulu jea, dah menyampah, meluat muntah hijau dah... kalau la ada butang unlike kat FB kan bagus... lepas tu tak boleh terima teguran lak tuh...

    tengok betapa marahnya aku... tak pernah aku komen sepanjang ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..aku nampak memng ko komen paling panjang setakat ni TK..nampak sangat ko marah dengan spesis2 tu..hahahhaa..

      Delete
  7. kalau yang kaki mengumpat, maki hamun, menghina, tak semayang lima waktu, berebut jawatan, pangkat. berdoa menghancurkan sesama islam. pastu bajet alim layak ke jadi pemimpin ? pui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju ngan pendapat tuan hamba

      Delete
    2. orite... pilih la pemimpin yg sesuai.. yg selalu mengajak rakyatnya kepada kebaikkan, dan tak kedekut duit.. rrrr. dan dan, kalau time solat musti semayang, kalau rakyat tak semayang kena denda. rr..

      Delete
    3. sebab tu Nabi kita tak pernah berpolitik, sebab politik is kotor, perlukan clorox untuk membersihnya..

      Delete
    4. aku cuba tangkap sapa yang ko maksudkan tu mad.tapi tak jumpa lak sapa..ke sekadar teguran?

      Delete
  8. hahaha..politik oh politik... tanpa pencacai, atasan makin berani bro..bagus gak kdg pencacai nih..mereka menyebarkan benda yg menggugatkn atasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..pencacai la yang buat kerja ye dak..orang atas goyang kaki je..hahaha..

      aku cuma rasa semak dengan golongan TAHI FB ni je..dia tak tau tempat lain kot nak tunjuk hebat..p la masuk forum ke masuk blog yang bangkang dia ke..ni post status menyemak kat FB..huh..orang nak layan pon malas..kalau ade button dislike sah ramai dislike..haha..

      Delete
  9. ilmu tade. nak politik. susah kot???

    komen aku pendek. sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula yang malas nak citer politik ni..ilmu kurang...aku nak terima hal politik pon biar yang aku cari sendiri..jenis yang canang2 kat FB memang aku meluat..

      Delete
  10. Pilihan raya nak dekat, biasalah tu.. status mula lah semuanya berunsur politik. aigooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau makin nak pilihanraya nanti mungkin aku akan remove je terus sapa2 yang kempen kat wall fb aku ni..malas nak semakkan mata..kawan tak kawan..hahaha

      Delete
  11. jd penyeebok komen sket2 ok la tp kalau kata nak buat blog siap entri cite hebat psl politik xde lah..



    takoserrrrr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..hebat dah tu..nak jadi wakil rakyat ke iima..ekekeke..

      Delete
  12. politikus politikus itu, betul2, kalau bercakap ngalahkan ahli parlimen. ada lagi jenis pong pang pong pang, tapi mendaftar pun tak. bravo u dah mendaftar ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu paten budak2 U yng belum cukup umur mengundi lagi la tu..hahaha..

      Delete
  13. sy suka j baca org2 gaduh ni.. hahaha.. kelakar.. byk kat page politik2.. nsb la kat wall sy xd.. eh2, thniah dh cukup umur... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon suka tengok..tp bukan kat wall fb aku atau pon blog aku la emma..hahaha..

      Delete
  14. yelah semua nk tnjuk teror. dan tunjuk dia je yg betui puii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..nak cakap keyboard warrior pon tak pasal depa tu pungpang je lebih..kang orang datang bawak hujah fakta tekencing tak tau balas..hahaha

      Delete
  15. Replies
    1. time kasih cik lin cantik..(pipi aku lak merah2 ni)..haha

      Delete
  16. Akak layan jugak kenkadang tu. hahaha...
    tp dgn org tertentu aje.

    Paling tak boleh blah, pos status maki macam2 kat pihak satu lagi....pehtu selang seli pulak dengan ceramah agama. Siyes! Rasa nak muntah bila baca. Tp nak buat camne, hadap je la atas nama kawan. ekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..aku takleh la kak..walaupon parti politik yang aku sokong..aku tak layan kat FB..apatah lagi parti yang aku tak suka tu plak....nak sound kang buat muka sentap plak bila jumpa..malas betul nak gadoh sebab politik ni..senang citer baik aku remove je diorang kan kak..hahaha

      Delete
    2. Sape gaduh sbb politik sampai buang family tu mmg entahapehape le. Mak & arwah akak x sama fahaman pun boleh bahagia sampai hujung nyawa. Adik beradik akak sendiri pun x sama jugak. Takkan le sesekali jumpa nak bertekak pasal politik. Memang bodoh x dpt tolong le kalo cenggitu.
      Iman tak boleh diwariskan, mcm tu le jugak fahaman politik. Bukan ke pemikiran dan pemahaman manusia tu tak sama? Takyah le nak berkeras sgt dgn org yg fikirannya x sama dgn kita. Rileks2 sudah. Kalau dah geram sgt, kasi le sedas dua dicampur dgn lelucon. Tak de la sakit ati sgt. ekeke...
      (ater....baik tulis entri dah komen pjg beno cenggini. kah kah kah)

      Delete
    3. agreed with you, kat UM tempat aku sendiri, ramai sesama kawan berpecah belah sebab haluan politik berbeza. yang ada siap kena gantung, buang, ponteng kelas bagai untuk pg politik. pada aku, as long as you dont hve anything to rely on, korang cakap ksong je lah.... make sure ilmu penuh di dada dulu lah beb!!!

      Delete
    4. Ko kt um nani.leh la belanja aku minum ptg selalu.haha....pesan kt kwn2 ko yg gila politik tu,toksah emo sgt..daftar mengundi entah udah ke blom.silap2lom ckup umo.kehkehkeh

      Delete
  17. Aku tengok sekadar tengok, baca sekadar bace, denga sekadar denga ..kalo nak join tu maaf lah ..yang aku tau, sampai mase gi ngundi .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camtu gk la gayanye aku ni..tp aku suka cr sendiri info aku nk tau..bkn dr perkongsian politik dr kwn2 kt fb ni..boringggg

      Delete
  18. bila dh terlalu taksub dengan politik memang porak perandalah hidup org lain.menjengkelkan org lain dilaman sosial memang kategori orang2 bodoh.klu aku, aku unfriend jer!haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon nak unfriend gak depa tu..sakit mata..hahaha

      Delete
  19. tak sabar ku nak ngundi,, kih3,,, nak berbakti gak kat ngara.. n nak buat post first time ngundi,, tepek gambar bebanyak.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk..ko dah boleh mengundi ke muja??aku bukan ko baru habis spm ke??kekekeke

      Delete
  20. bersederhanalahkan dalam segala hal. kalau yang sedia nampak macam kurang berilmu yang post maki-hamun tak pe jugak.. ni kat wall za, yang konon bijak pandai ala-ala ustaz ustazah pun 2x5.. kalau undi adalah rahsia, silalah rahsiakan parti haluan anda.. boleh? hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. taksub dan over konfiden la puncanya tu..meluat aku..hahaha

      Delete
  21. opps!blum daftar lagii..*mmg byk alasan.grr

    ReplyDelete
    Replies
    1. daftar2..nak undi tu belakang kira..biar nama ade dlu..hahaha

      Delete
  22. setuju..paling pantang bila dok mengutuk2 pasal politik..sakit mata aku tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang nak jadi lebih politik dari ahli politik sendiri gamaknya mrs..hahaa

      Delete
  23. Sokong! aku menyampah orang yang post status kat FB yang dok memburukkan parti lawan je.. seakan akan parti dia tu malaikat.. perfect! huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tang tu je aku paling tak suka..betul ke tak lain kira..masalahnya isu poltitik ni mmg tak best kalau salah tempat..

      Delete
  24. Pakcikk post ni lg byk pasal politil drpd psl fb kehkeh.. btw aku belum penah mndaftar. Tp bile cek kt snarai pendaftar undi ade pulak name aku..pelik2. Adekah pengundi hantu punye keje :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg la politik dan FB tp bukan sembang hal politik..ni umum je..hahahha..

      ko pengundi hantu chuu..hantu ape?hahahaha

      Delete
  25. takat dalam fb, boleh la lebih2 sampai jadi taksub dengan politik. dah baling batu, sorok tangan. delete acc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg buat fake acc tu takpe la bro..ni jenis kawan2 yang emosi dengan politik ni..dia delete acc pon orang mmg kenal dia..hahaha..

      Delete
  26. kesimpulannya semua pandai cakap je kot. hukhuk.. tak suka gak tengok, siap bergaduh carut2. ekstrem sangat. buat malu aje.

    ReplyDelete
  27. saket mataaaaa .. btw , baru deactivate fb .. kehkehkehhh ..

    ReplyDelete
  28. betul2..aku waktu PRU hari tu memg tertekn betul bila buka fb..semua org dok perthnkan parti msing2 pastu dok ckp bnda yg mengarut2 ni.. annoying gle masing2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...