Friday, November 16, 2012

Tiga Serangkai Ilmu dan Kisah bos yang WTF

assalammualaikum wbt..

Salam tahun baru hijrah untuk semua pembaca..maaf la aku masih lagi tak cukup masa nak lawat blog korang semua..internet aku kat rumah masih out of servis..so bersemperna sambutan maal hijrah ni aku nak kongsikan sikit perkara yang berunsur ilmiah ni..info ni aku dapat dari usrah mingguan dan satu email yang aku terima, dan aku rasa perkara ni kurang kot orang tau..lagi pon ada kisah jugak la disebalik apa yang aku nak ceritakan ni..hehe..

Secara umumnya Rasullulah SAW sampaikan, umat manusia akan selamat dunia akhirat kalau ikut peninggalannya Al-quran dan Sunnah..tapi siapalah kita sampai mampu mentafsir Al quran dan sunnah tu ye dak..ustaz aku cakap kalau nak kaji hadis seumur hidup pon belum tentu habis..tu kata ustaz yang dah tau bahasa arab, dan maksud-maksud al quran..kita apatah lagi..haha..

Jadi sebab tu la kita wajiblah sentiasa belajar..bak kata ustak azhar dalam kemah keming, orang sekarang kalau belajar untuk dunia kemain lagi..berebut-rebut masuk Universiti..belajar tinggi tinggi tapi bila mak ayah meninggal, haram tak tau nak mandikan jenazah orang tua tu..bab akhirat buat tak kisah..ok, aku sentap walaupon aku tak belajar tinggi..hehe..

Tentang yang aku cakap ada kisah dari apa yang aku nak ceritakan tu, mukadimah dia camni..korang pernah dengar tentang tiga serangkai ilmu?..tiga serangkai ilmu ni sebenarnya lebih kurang macam pelajaran kita untuk ikut Al-quran dan sunnah dengan bersistem la kiranya..dalam 3 serangkai ilmu ni semuanya pon dari al quran dan sunnah jugak..macam cikgu la kan..ada subjek subjek khas yang dia pakar..gitu gak dalam mendalami agama ni..ilmu tu dibahagiankan..ada tok guru masing masing dari 3 serangkai tu..step by step..baru mudah mendalami agama dan rasa mudah nak beramal ye dak..

dalam hati ada sunset..

Pertama sekali kita harus belajar Usuludin(akidah) supaya hati kenal Allah..belajar fiqh(syariat) untuk mengesahkan amal zahir..dan belajar ilmu tasauf agar dapat mengubati penyakit mazmumah seperti ego, takabur dan riak..mungkin ramai tak nak nampak tasauf sebenarnya sangat penting sebab penyakit mazmumah ni sebenarnya syirik kecil yang boleh membatalkan amalam fiqh dan amal tauhid kita..

Ilmu tasauf mendidik manusia yang berhati keras dan mengajar menjadi ihsan..sentiasa yakin Allah sentiasa tahu dan melihat apa yang kita buat..menjadikan hati lembut, tidak melihat keburukan orang sahaja, menjadikan seseorang tu pemaaf,tidak berburuk sangka dan melahirkan manusia yang merendah diri..senang citer ilmu tasauf ni la yang akan menjernihkan hati bila seseorang tu tinggi ilmunya supaya tidak lahirnya riak..

Kisah yang aku nak ceritakan ni berdasarkan pengalaman aku sendiri..aku tak pasti adakah ni kira mengaibkan dia atau tak..lantak la, korang bukan kenal dia pon..haha..amik iktibar la ye...haha..sebelum aku kerja dengan company yang ada sekarang, aku dah kerja selama 5 tahun dengan company tu..pendek citer ex-bos aku ni dari segi luaran memang nampak warak la orangnya..dan sampai satu tahap sebelum aku berhenti kerja kat situ dia telah dilantik menjadi Nazir masjid di satu kariah ni..huh

Pandangan orang luar mungkin rasa dia seorang yang alim, baik, orang kaya dan bos yang taat agama..orang luar ye la tertipu dengan kopiah dan status dia..aku dan 7 orang staff lain ketika tu la yang tau segala-gala sebenarnya tentang perangai dia..sapa yang tahan kalau jenis bos maki hamun sentiasa dan selalu sangat buat gangguan seksual..aku bukan nak tuduh sebarangan, tapi ni la yang aku dah tengok dan alami selama aku bekerja tu..gila tak gila la..


Bab kena maki tu bagi kat aku la kan..hahaha..asal dia tengok muka aku je nak maki..adehh..tapi kalau dengan perempuan kemain lagi..semua dia dah raba..padahal semuanya bini-bini orang je kot perempuan kat opis tu..sakit mata aku tengok selamba je sambil-sambil jalan sempat je raba bontot akak-akak tu..selalu sangat depan mata kepala aku ni ok..tu belum kira yang diorang mengadu kat aku yang dari segi gangguan seksual percakapan atau masa dalam kereta pulak..kopiah kat kepala ni beb...

Aku tak tau apa tak kena dengan dia..nak kira ilmu aku dah kalah..dia solat tak pernah tinggal..umrah haji dah setiap tahun pegi..tapi selama aku kerja dengan dia, tak pernah dia berubah dari perangai dia tu.mana silap ilmu dia tu...aku kene maki tu perkara biasa la kan, sikap panas baran dia pon dah tak menunjukkan tinggi ilmu dia tu..tapi aku lebih kesian dengan akak-akak kat opis aku tu..dah penat aku suh diorang report bagi orang tua kutuk tu kena tangkap, tapi sorang pon tak bertindak..takda bukti diorang cakap..hurmm..

Satu hari tu, sebab akak  sorang ni dah sampai tahap kesabaran dia, akhirnya dia report kat laki dia..kena serang gak la ex bos aku tu..nasib tak la kena belasah..hurmm..tak lama lepas tu buat balik..akak tu pon tak jugak berhenti kerja..takde penyelesaian pon kesudahannya..kalau ikut aku, nak je aku pasang spy camera sebelum aku berhenti tu biar semua orang tau perangai sebenar dia.tapi takda modal..haha....nak pukul dia pulak, pikir dia orang tua..lagipon aku taknak la tido lokap pahal dia yang sebenarnya jahat..haha..


Nazir masjid tapi perangai macam lahanat ni aku harap takda la kat tempat lain..tertipu kariah..tu belum sikap riak,sombong,berlagak dia yang melampau..ayat dia yang memang aku takkan lupa yang selalu dia cakap bila ada staff berhenti atau dia saja-saja nak marah  "korang takda pon aku boleh buat kerja sendiri la"..huh..hebak tak hebak la kan..riak nak mampus..sekarang ni amik kau orang tua, takda sapa la nak kerja dengan kau lagi..dari berita yang aku dengar, tinggal dia 3 beranak je kat opis dia tu..aku jamin la, kalau dia amik staff baru pon sebulan dua je orang  boleh tahan..serius..geng2 kebal macam masa aku kerja dulu tak mungkin ada lagi sanggup kerja dengan dia..hahaha..

Dalam kepalotak aku ni selalu terpikir kenapa dia macam tu..kenapa?..kenapa?..kenapa?..masa aku berkerja dengan dia, aku masih lagi seorang sangat tak betul (sekarang dah betul sikit)..tapi aku tetap jaga hubungan baik dengan orang..nakal aku bab lain la..lagipon dah sah-sah la aku jahil lagi masa tu..tapi aku tak la sampai nak cabul atau buat gangguan seksual kat akak-akak opis tu..gila sangat benda tu aku rasa..nak pulak dia jenis sekali pandang dah macam ustaz..dahi pon dah hitam..serius aku kenot brain..ni baru sikit je aku citerkan...kalah la dalam drama atau filem kalau aku citer detail true story ni....haha..

 aku terfeeling ngan lagu ni..

Alhamdulillah lepas aku berhenti kerja dari situ, aku dapat masuk company sekarang ni..bos terlalu baik (tapi gaji lambat naik) hahaha..dan aku harap dia dapat hidup lama lagi sebab aku suka kerja kat sini..kelas agama pon ada setiap minggu kat opis walaupon bos aku ni bukan la nazir masjid atau berkopiah 24 jam sehari kat kepala..tapi ternyata bos aku sekarang yang lebih berpengaruh(bekas ahli parlimen),syarikat stabil,hartawan, bini 2orang, ni lebih merendah diri, dan baik hubungan dengan semua orang dan staff..tu pasal la staff yang  selain aku kat sini semuanya dah kematu kerja sini lebih 12 tahun dah semua..paling lama 20 tahun..sebab apa diorang kekal lama?..bos baik..tu je aku bleh cakap...

Kesimpulannya ex bos aku tu ada masalah ilmu dari segi apa korang rasa?..ilmu agama dah ada, kalau tak, tak mungkin dia boleh jadi Nazir..tapi kenapa? kenapa? dia jadi gitu? apa pon aku harap dia dah bertaubat la..so semperna tahun baru hijrah ni mari la kita sama-sama perbaiki diri..buang sikap bukan-bukan yang tak senonoh tu..marilah kita berhijrah kearah kebaikan...amenn..


P/S : aku sambung cuti lagi harini..pinjam tenet kat rumah mak aku jap update blog..ye, aku tau korang rindu kat aku sebab lama tak update blog kan...aku pon rindu kat diri aku sendiri gak ni..kehkehkeh..


84 comments:

  1. Replies
    1. Ahh.. tak kira la.. aku nak komen kat tempat paling atas wp tak fisrt.

      Ilmiah jugak entry ko kali ni. Aku baru tau pasal 3 serangkai ni. Yang aku tahu sebelum ni, apa2 mmg kena kuatkan akidah. tapi aku tak tau pun nama kearaban dia ialah usuluddin. Mekasih ye..

      Aku rasa ex bos ko tu... problem dia yg part syariat tu la dia kantoi. So, takyah cerita la pasal tasawuf lagi.

      Bestnya dpt bos baik. Bos aku pon baik. Cuma bidang tugas aku je yg aku tak berapa minat.

      Delete
    2. hahaha..takde hal la lyd..boleh je potong barisan..takde AES kat sini..ekeke..

      bagus la ko dapat pengetahuan baru kat sini..kira sampai la apa yang aku nak sampaikan tu..hehe..pasal ex bos aku tu mybe betul gak kata ko..ilmu akidah dah ade..tapi bab syariat tak betul..buat amalan tapi dalam masa sama masih buat maksiat..tasaauf apatah lagi kan.kelaut la jawabnye...haha

      Delete
    3. macam entri novel ko ni. boleh sent ke fixi tau

      Delete
    4. aku dah sent dah..tak tau bila diorang nak terbitkan..hahaha

      Delete
  2. okey..aku dah bookmark novel ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ko toksah bookmark2 sangat la encik..novel jadah..kehkehkeh

      Delete
    2. haaa dapat pun cmmnt atas Lyaaa BOOOOO~
      Jap Cop tempat dlu..
      Baru bole cmmnt ;D

      Delete
    3. bundle kes ni pernah kena kat kazen Na.
      tapi beze nye boss kazen na tu cina..
      mase dye cita tu Na yang menyirap..
      sebab kalau xsuka jgn layan..
      ambek heels ketuk la kat dahi boss dye tu..
      pastu buat report..pegi pejabat buruh (kan dpt perlindungan)

      tapi kalau islam..
      nape Bundle tak azan je kat telinga kanan lelaki jahanam tu!
      GGRRRRRRR!! Na yg stress dgn laki mcm tu...

      Delete
    4. Aku ada jugak cerita yg lebih kurang macam ni..masa tu aku praktikal kat majlis perbandaran..sekali dgn 2org awek..sorang tu cantik..kehkeh..kira aku rapat la dgn yg cantik tu..kitorang kat bahagian bangunan, under arkitek..

      Arkitek ni memang nampak baik jer..soft spoken..ada rupa..segak..solat pun jaga..suatu hari tu, dia panggil kawan aku yg cantik ni masuk ofis..konon nak mintak tolong kemas apekebende ntah..so kawan aku tu masuk la..

      Beberapa minit lepas tu, kawan aku keluar drpd ofis arkitek..muka memang pucat la..aku tanya kenapa, dia xnak jawab..then agak2 dah petang sikit, dia jumpa aku, then bgtau yg arkitek tu tunjuk kemaluan kat dalam ofis..siap suruh kawan aku tu pegang kot kalau x silap..terkejut la minah tu, terus cepat2 keluar drpd ofis..

      Aku advise dia buat report..tapi tu la, bukti takde, saksi pun xde..plus nak buat report pasal org penting dalam majlis perbandaran, agak susah la kot..lagi pulak dia tu praktikal jer..selidik punya selidik, rupanya staf2 lama pun pernah kena gangguan seksual camtu..and cerita pasal gangguan seksual kawan aku tu tersebar keesokan hari..

      Arkitek tu panggil kawan aku, mintak maaf..janji takkan buat lagi..kemudian apply cuti seminggu..case closed..tiada tindakan lanjut..

      Delete
    5. fuyoooo H mcm nak bergadoh dgn Na..commnt sape lagi pjg..
      Isk mana aci Na macam kalah je hihhi *gurau je H

      kurang ajarr gilaa mamat tu..
      Tapi kesian kan org yg educated yg disegani dihormati peragai macam dilahanati ggrrrrrrr

      Delete
    6. Hamboi Jna! Nak azankan terus. Hehehe.

      Utk cite H, kwn aku penah gak ngadu kat aku psl dea pun penah kena sexual harassment kat opis lama. Err actually aku mmg la kesian. Tp taktau la ek masa tu aku macam jahat siket. Separuh rasa kesian, separuh lagi aku malas sket nak layan. Sbb kwn aku ni kdg seksi tak bertempat. Seksi gila2 pulak tu. Bukan seksi je, kdg aku tgk dea mmg suka tarik perhatian lelaki, suka bila lelaki tgk2 dea, especially aset dea laa. Pastu, cara dea cite macam la dea tu tak bersalah langsung. Macam la lelaki2 je yg salah bila tgk2 barang dea. Padahal aku rasa sometyme dea macam suka & bangga je bila lelaki geram tgk dea. So, masa dea cite tu aku layankan je laa. Hahaha! Kesian & marah tu tetap ada, sbb dea kawan aku :D

      Delete
    7. takut aku baca 'entry' H nie.. hahahhaha

      Delete
    8. aku takut baca 'entry' H macam Payeh gak...cuma tambah seram. walaupun kisah aku tak sama macam teman praktikal H yg cantik tu tapi aku paham perasaan dia. gila apa men tunjuk2 kemaluan...takde kemaluan sungguh! aku paham pasal aku pun pernah terkena...cuma bukan dekat opis la. tapi tapi...perasaan tetap sama. takut campur marah!! kalau ada keberanian nak je aku potong biar betul2 takde kemaluan.

      Delete
    9. aku rasa komen H lagi mantap isi isi cerita tu dari entri aku..H ko nak jadi penulis tak kat blog aku ni?..hahaha

      Delete
  3. Fuyyoo! Lepas gian menulis nampak? Jap aku baca dulu. 3rd! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice story! Hehe. Sebenarnya aku serius. Aku agak tergamam kut ngan cite kau ni. Bukan aku tak biasa dengar cite syaitan bertopengkan manusia. Err bukan la nak fitnah ex bos kau tu syaitan. Tapi serius dasyat gak kut kejahatan yg dea buat tu. Sbb aku gambarkan dea sbg seorang yg sgt berilmu drpd apa yg kau cite, tp realitinya, indah rupa dari hatinya. Nak menjawab apa yg tak kena ngan ilmu dea, aku rasa speechless & blank, takde idea. Nak jugak aku tau jawapan terbaeknya apa, at least jadi pengajaran la utk aku yg maseh cetek ilmu ni.

      Sebenarnya setakat cite bos yg kaya dan alim tp sebenarnya jahat ni aku macam dah biasa. Tp aku pun tak berani nak tuduh2 or fitnah bukan2. Tp kalau ex bos kau ni, kalau dah perbuatan tu terang2an depan mata, mmg bukan tuduh or fitnah lagi. So, mmg sah perangai dea jahat kut. Aku rasa rugi org alim2 perangai macam tu. Rasa sia2 kut dea blaja tinggi2 ngan amalan dea sume tu. Tp sape la kita utk menilai kan?

      Bab ilmu tasauf tu aku baru tau. Err aku penah dengar je tp taktau pun sebenarnya itulah salah satu ilmu yg membentuk diri kita secara luarannya. & explanation kau tu buat aku rasa aku cetek gila & sgt perlu mendalami ilmu tasauf ni. Ada yg kau mention tu terkena kat diri aku sebenarnya.

      Delete
    2. ni kisah yg betul2 terjadi makcik..kerja la tekanan paling kuat dalam hidup aku masa tu..takde maknanya lah kalau aku nak reka2 cerita ni..kesian orang luar yang tak tau apa-apa..sampai lantik dia jadi nazir..huh..pangkat lebih besar dari imam kot dalam masjid..

      aku selalu rasa ex bos aku ni kurang ilmu tasaauf la..tu pasal terus terang aku kata, dia mmg bnyk sangat sifat2 mazmumah tu..jelas2 sgt dia tunjukkan dengan kuli2 dia..tapi dengan orang lain pijak semut tak mati..kehkehkeh..so aku tak pernah respek langsung dengn ilmu dia sebab perangai dia camtu..lagi aku benci ade..haha..

      Delete
    3. Eh, naseb baek kau tak kata komen aku over. Ahaha! :P

      Delete
    4. over tu dah mmg kebiasaan ko..hahaha..

      Delete
    5. da taw kan mesti ade entry dari Lyaa?
      hihihi

      okbai Lyaa

      Delete
    6. hahaha..liya jadi bahan je ni pasal apa..haha..biar la dia na..liya tu dah lama jadi stalker setia aku tau..kalau dia komen pendek2 je, tu takdenye dia tak menghayati entri aku ni..hahaha

      Delete
    7. ye Na taw.tapi Na jeles kat Na dye comnt 3patah perkataan je mana aci ;p

      Delete
    8. Hahaha! Na ni memang, dengki betul dea ngan aku. Hahaha! Alaaa, Chill Jna. Kan da bgtau, entry wordless wednesday, komen pun kena wordless gak :P Nanti entry tak wordless, komen panjang pulak okey!

      Janji! Na up entry baru pasni, terus komen "Panjang". Satu perkataan je, cukup? Hahaha!

      Terharu seh Pakcik Bundle back up aku :"> Hahaha!

      Delete
    9. Xnk ahhh ! Da touching tok ke 88 juta kali ni. :/

      Delete
  4. Replies
    1. haha..tu la namenya tua kutuk tak sedar diri mrs..

      Delete
  5. aku sokong beb. kadang2 rumor kat orang macam-macam. contoh macam bos aku, orang selalu cakap dia tak bayar duit orang. sepanjang aku kerja kat sini takde pulak tak bayar.

    orang yang kurang baik akan nampak baik. orang yang baik akan nampak kelemahannya.

    ini pendapat aku je lah eh.

    aku paham cerita ni, orang nampak baik tapi jahat kan? ada jugak kontranya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang mcam ex bos aku tu pandai berpura-pura baik depan masyarakat..tpi dengan staff sendiri perangai cam haram..kalau citer kat orang luar pon sah orang yang akan anggap aku fitnah dia..

      Delete
  6. Salam maal hijrah juga encik! :)

    Nak tanya soalan same jugak. Kenapa sebenarnya dengan ex boss tu ya? Ilmu banyaakk tpi kegiatan dia tak bermoral sungguh. Pelik. Ilmu ada. Tapi, haish. Bini bini orang pon dia raba.Tetibe marah pula lepas baca entri ni =.='Takdelah, dia dah berperwatakan macam ustaz. Tapi buat benda benda macam tu. Tak elok laa sebab alaaa, kerana susu setitik rosak susu sebelanga. Nnt bila mangsa nampak org lain camtu, mesti akan kata 'alaa, nampak je camtu. bukan boleh pecaya sangat.' Nampakkk..padahal tah tah ex boss sorang je yg macam tu. Erkk -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau la ninja..aku dah lama takda jawapan sebenarnya kenapa ade orang yang sangat plastik camtu..kalau orang tau kan malu..nak bongkarkan hal ni tanpa bukti pon orang mesti anggap tu fitnah kat dia..hurmm..

      tapi kalau mangsa nak judge org lain sebab trauma, macam tu mmg tak patut la..jgn risau..aku rasa tinggal ex bos aku tu sorang je lagi..haha

      Delete
  7. Speechless... Pergi usrah setiap minggu? fuhhh, terbaik la bro! huhu

    Salam Maal Hijrah 1434. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, bukan keluar g kelas pon..aku belum sampai tahap camtu lagi..hehe..ni sebabnya bos aku bayar ustaz datang mengajar kat opis setiap minggu..tak masuk rugi la kan..lagi pon best belajar ni..banyak ilmu dapat..

      Delete
  8. dont judge a book by it cover..... skrg perlu byk berhati2 mengenal org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..tapi takleh buruk sangka jugak..senang citer kene melalui proses mengenali dulu baru tau seseorang tu camne...

      Delete
  9. ak slalu trlewat dengap entry trbaru nko...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lewat pon wan..aku baru je post pagi tadi..ke ko nak drop komen 1st tu pasal ko cakap lewat ek..hahahha..

      Delete
  10. Aku tak heran pasal first dah sekarang...
    Sekarang aku ada target baru...Aku nak komen panjang2...kira macam buat entri kat komen orang la..Kahkahkah...
    Cerita pasal bos yang wtf ni, dulu aku penah keja kat satu hotel kat melaka..
    Bahagian cold kitchen, bos(chef)aku boleh tahan jugak celakanya...Dia org jawa, sekali marah (lebih kepada maki hamun) panas je telinga aku...Masa mula-mula aku masuk keje, aku chill je, kena marah pun diam je...tapi dalam 2-3 bln keje aku mula menjawab, masuk 8 bulan keje, dia bagi aku keje function utk 1600 org makan aku kena buat sorg, mmg aku maki2 dia...Pstu dia merungut kata aku buat keje lambat, mmg terbang pinggan aku baling kat dia..Kahkahkah...Pstu dia dah tak berani nak maki2 aku lagi dah...Kalau tak puas hati pun dia tegur elok2...

    Bagi aku la, kalau dapat bos yang wtf kita kena jadi pekerja yg wtf jugak..Kahkahkah...

    Err, salam maal hijrah sifu bendulu... :)
    :) <--tanda ikhlas...Kehkehkeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa..bgs la tu..penat aku tulis panjang2 stakat nak komen 1st aku pon tak heran la..hahaha..1st tu biar aku je post..hahaha..

      kebetulan bos aku tu pon jawa toktok la..tu pasal dia kalau maki mmg cam celaka mulut dia..tapi takpe la bos ko tu chef..chef mmg mulut celaka banyaknye..bos aku tu taraf2 ustaz dah..tapi rasa cam nak kakikan je..haha..

      masa kat sana tu aku malas nak melawan dah..dah jadi bodoh dah aku kene maki hari2..haha..kebal kot telinga aku..kehkehkeh..



      Delete
    2. Kahkahkah..Baguslah kau..Kalau aku memang panas telinga...Memang aku maki dia baliK...Lepas dah lama keje, dia pun dah biasa kena maki dengan aku..Telinga dia pun dah kebal...Kehkehkeh...

      Err, agaknya orang jawa toktok ni jenis suka maki2 orang kot kan?

      Delete
    3. eh, ko plak yang maki bos ko..wtf...kahakahkah..

      ko ni tak baik la nak cop camtu je..terasa H ngn Liya nanti..haha..diorang tu bukan jenis suka maki, tapi cakap jenis nak kuat2 je..kalau sembang biasa dah nak kuat bila dia marah mmg mcm nk pecah speaker la bunyik.. hahaha..

      Delete
    4. Err, Liyaa dgn H org jawa ke? :|

      Delete
    5. Dilarang bersifat perkauman di sini :P

      Delete
  11. Salam bund.
    Dari ceramah yang aku dengar, mengapa orang itu solat cukup 5 waktu tapi masih buat maksiat dan tak dapat tangkis segala sikap2 tak baik dalam diri, mungkin disebabkan kekurangan dari banyak faktor. Mungkin, Wudhu' tak sempurna, mencuri dalam solat, riak beribadat.. wallahualam. Aku pegang kata2 ini, sesungguhnya solat itu mencegah kemungkaran. Semuanya bergantung dengan niat. Tak tau la apa niat si dia. Semoga dia sedar dan kita pun ambil iktibar.

    Selalu je kalau terjadi kes rerabe ni, seolah2 keadaan jadi tersepit untuk si mangsa kan.. hmmm.

    Seronokla ko dapat kerja yang best, kat tempat aku ni racist. Tapi takpela. Dah memang diorang akan menang dan senang didunia...

    Papepun terima kasih bund. Aku belajar sesuatu hari ni.

    -kak6 style-

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul gak tu kan..aku pon pernah dengar faktor2 uyang ko sebut tu zie...solat mmg dapat mencegah kemungkaran..tapi bila niat pon tak betul ni la kot yang jadinye..wallahualam..

      Delete
  12. kesiannya wanita zaman sekarang,, walaupun yang dah jaga aurat kemain and perangai sebaik mungkin pun kena raba,, ntah2 dia gi mekah atas kertas je,, pastu gi melencong tempat lain,, haha,, pikiran jahat menerpa sebab macam tak logik orang yang dah tiap2 tahun gi Mekah pun tak leh nak berfikiran waras,, tetap giler meroyan,, sorry terkasar bahasa ye pakciktua,, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la nasib kalau jumpe laki yang over pervert muja..bini orang yg sempurna bertutup aurat pon kene gak..mungkin semua amalan dia tu sebenarnya tak iklas la kot..beramal sebab bukan kerana Alllah..wallahualam..

      Delete
  13. Replies
    1. hahaha..mungkin gak..tu pasal senang ikut nafsu..penah aku dengar jugak..bila seseorang tu makin dekat dengan Allah, so Allah uji dia lebih lagi..mungkin tu ujian untuk Ex bos aku tu la..

      Delete
  14. errr.. aku tak keje lagi :|

    aku nakk jugakk komen yg panjang2.... aku cite psl kat skolah aku je laa... ade cg sorang ni.. mmg budak2 gila respect dia... kalo tengok dia pon jenis yg ada wawasan 2020.. hahaha... tapi tu la... rupa luaran tak menggambarkan yang didalam... dia ade skandal ngan pelajar... memang tak sangka.. dia dahh ada anak bini.. tapi menggatal jugak nak skandal ngan budak... grrr!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala kalau dia tak melampaui batas apa salahnye payeh..cikgu ko tu nak booking siap2 je dulu..nanti budak tu dah habis sekolah dia ajak kawin mane tau..haha..

      *kalau aku jadi cikgu sekolah pon aku cair dengan budak2 skg..hot2 je aku tengok..ekeke..

      Delete
    2. sampai sanggup cerai bini tuu.. huh.. tidak la mahu teman cikgu yg mcm gitu prngainya...

      *mujur hang tak jadikk cg...

      Delete
    3. aku jadi cikgu kat blog je payeh...ko tengok aien tu, tak habis2 panggil aku cikgu..ekeke

      Delete
    4. Err, aku bersyukur kau tak jadi cikgu..Kalau tak jahanam masa depan student kau..Kahkahkah...

      Delete
  15. seriously, first time dengar pasal tiga serangkai ilmu ni. tq share ilmu.

    teruknya perangai bos mcm tu. malu kot kat kopiah atas kepala. hihi..
    kena maki pun sampai 5 tahun tu bertahan. mmg hebakk. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..semoga bermanfaat la apa aku kongsikan ni..haha..
      aku pon pelik aku selamba je hadap 5tahun kene maki..alah bisa tegal biasa..dah lali..haha

      Delete
  16. rasanya ex-bos tu terlebih ilmu kot.. ilmu penuh didada tp hakikatnya suka meraba-raba.. ish, camne la bini dia boleh terima kalau tau laki dia lagu tu kan???

    Maaf nak cakap, saya selalu jugak jumpa customer saya yang datang berkopiah. tapi perangai tak semenggah. kalau mmuda-muda xpelah jugak. ni dah tua-tua kot. dah baya-baya abah saya pun. sabar jelah. yang menggatal satu. yang jenis maki-maki satu. yang menipu pun ada. yang jenis sikit-sikit nak marah pun ada..

    Apa-apa pun rasanya jgn tengok luaran je.. dont judge book tu from cover dia. tp kalau dia sendiri dh tunjuk kemaluan dia lagu tu, rasanya memang dia xde kemaluan la ataupun dia punya lain dari orang lain. tu pasal dia nak tunjuk kat org mybe pelik kot..

    Maaf kalau ayat terkasar. xde niat pape, takde feel pape pun. cuma sekadar berkongsi apa yg dirasa.. Salam hijrah, moga perubahan kearah kebaikan itu berpanjangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dia belajar ilmu meraba-raba gak kot..tu pasal dia cuba amalkan..hahahaha..

      tu la baby..orang ni mcam2 jenis ade..toksah kira dia luaran camne..yg penting kita kene nilai bila kita dah kenal dia..mmg semua orang tak perpect.tapi yang terang2 lahanat ni mmg kene kita elakkan la kalau boleh..

      #nak kasar lagi pon takpe baby..haha...kritik tak semestinya maki ye dak..

      Delete
  17. nice pos:) Post ini lebih baik Dari Yang Lalu :) Terus berkarya Y:) Mampir juga Y ke My Blog..:)

    ReplyDelete
  18. uishhh, kalau akak mmg takleh terima akal ngn sikap camtu, mmg berhenti terus aku..hummm. tak boley blah btol sikap..ni mana gaya nak hormat, cam alim kucing plak gamaknya. mmg patut kena sembur org camni. tapi bak kata ym, kata nazir masjid, apakah..salah ilmu ke apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 ade sebab kenapa diorang tak nak berhenti kak..tapi sepatutnya kene melawan la dengan bos camtu..kalau dia nak pecat tu lain kira..dia pecat kita report la kat jabatan buruh ke polis ke biar dia kene tangkap plak..

      Delete
  19. nice post. memang itu benarnya. belajar perlu sentiasa. tidak akan habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengkiu...yep ilmu tu tak habis pon..kalau kongsi2 kan lagi bagus ye dak..

      Delete
  20. thanks cekgu kongsikan 3 serangkai ilmu...bertambah ilmu kami bertambah pahala cekgu. ilmu ni jangan kedekut....jangan juga riak. hehe.


    selalu jep aku dengar orang alim2 kucing ni. kepala berkopiah belum tentu menjamin hatinya juga berkopiah. errr...maksud aku luaran tak menjamin dalaman.


    pasal gangguan seksual tu memang susah kalau takde bukti....nak repot pun sia2 je tanpa bukti, silap2 kita repot kita yg kena tuduh fitnah sebabkan takde bukti. hmmmm...banyak kes2 macam ni didiamkan sebab takde bukti. susahkan?? takpelah...akhirat nanti takde sape akan terlepas dari perhitungan segala amalan masa hidupnya. baik buruk semua dihitung....terlepas kat dunia takpe lagi. itu je aku boleh komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, sikit je ilmu yang aku kongsikan ni..kalau banyak aku cas la..yg ni pree je..haha..walaupon aku ko panggil cikgu, tapi kalau aku poyo,riak tolong tegur aku ye..hahaha..

      aku tak tau camne..mangsa selalu takut nak report sebab takde bukti je la..lagipon takut malu pon ade..tah la.kesian..

      Delete
  21. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    ReplyDelete
  22. Dah tinggal 3 beranak jah kat opis tu?
    kehkehkeh
    moga dia berubah la ye

    malas login

    ReplyDelete
    Replies
    1. padan la muka dia..mmg dia boleh je hidup lagi kerja sendiri..tapi dulu boleh hasil 50k sebulan, skg mungkin sebab dia sendiri kerja, nak dapat 10k pon penat..kahkah..

      Delete
  23. update belog sebab rindu kat diri sendiri? sewel la ko nih..hahaha..

    err..scary jugak bos lama ko tuh..takut aku..euwwww..mintak simpang la kerja dengan orang cenggitu..nauzubillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sewel apa lak..betul la..aku rindu kat diri sendiri ni..ekekek..

      Delete
  24. kali ni aku datang dengan blog personal baru...kikiki..jemput datang ye bang...hua3

    ReplyDelete
  25. banyak komen panjang2.. xsngka banyak smbgn entri bro bundle dalam versi berbeza dalam komen2 nih
    -____- ..ohh dunia... . sy nak komen pnjg2, xd citer sal tempat kja lagi.. @_@

    penampilan yang soleh dan warak, x smstinya dalaman dia turut sma soleh.. kdg2 kita tertipu dgn penampilan org.. :[ kalo dpt bos yg cmtu, sedia senapang cepat2 trus tembak.. O_o

    company tpt bro kje skg ad kje kosong x? ingt nak apply.. bos baek kan? hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ko layan komen-komen sekali ye emma..haha..ye la..aku nak tulis banyak2 penat gak..tu yang sambung2 sikit kat komen..

      #boleh lukis pelan emma? sila datang interview..haha

      Delete
  26. i Loike entri inii 1,000,000.00x! heheh
    Kalau nk bercakap perihal syaiton (*rasanya mmg layak gelaq gini kott.. heheh) bertopengkan ustad, rasanya tang mana pong adaa...
    Tang area tmn perumahan sy nie pong dok ada. Menakotkan! Menyeramkan!
    Tapi alhamdulillah lerr, setakat nih tak pernah lg la nk berani2 sentuh den.
    Setakat pandang2 dgn pandangan yg nmpak benor gataii nak mampuss tu jer laa..
    Mybe dia tau kot den nie keturunan pendekaq rimau berantai kottt... hahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyaknya ko loike..ekeke..thnks la tembikai..
      ganas ko ye..keturunan pendekar harimau berantai tu..hahaha

      Delete
  27. realitinya mmg byk manusia bertopeng macam ex boss ko nie.oh sungguh dunia dah akhir zaman!

    mmg kebal sungguh akak2 yg kena raba tu, klu aku dah lama jantan tu kena tumbuk ngan aku.hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. tah la kutu..aku pon harap gak dia kene tumbuk satu hari nanti..tua2 tak sedar diri..anak dah berderet kat rumah buat perangai lagi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...