Tuesday, August 26, 2014

Cerita Petang Ahad..


Di suatu Ahad..

Kisah seorang lelaki yang kerjanya dari pagi sampai ke petang asik dengan menonton TV dan melayari internet je..maklum la cuti hujung minggu..

petang tu si isteri yang tengah sibuk mengemas rumah menyuruhnya pergi ke kedai membeli bahan  masakan untuk makan malam..


"alang-alang nak keluar tu, bawak anak sekali, senang saya nak menyapu sikit ni takda anak kacau"..

lelaki tersebut dengan longlai malas terus la menyarung seluar jeans yang bersangkut di belakang pintu..pakai cap, amik wallet dan kunci kereta..

Friday, August 22, 2014

Info : Kisah Sebenar Yusuf Dan Zulaikha..

Assalammualaikum wbt..


"Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN,
 Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, 
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, 
Jika diri tak se sempurna RASULULLAH S.A.W.... "


Aku pasti ayat ni ramai yang pernah terbaca, bersepah orang share kat mana-mana laman sosial, pesanan ringkas, what apps dan macam-macam saluran lagi..apa yang aku nak tulis kali ni berkenaan salah satu kisah yang menjadikan nabi Yusuf A.S dan Zulaikha tersemat dalam puisi kat atas.(puisi ke apa pon, what ever la)..

Kisah Yusuf dan Zulaikha ni kononnya kisah cinta agung..ibarat lebih agung dari kisah Romeo dan Juliet atau Laila Majnun.begitulah kalau menurut Puisi Sufi Parsi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...