Friday, July 27, 2012

Nota kematian

assalammualaikum wbt..

Dalam kesibukkan yang melampau akhir-akhir bulan ni..aku sempatkan jugak melayan satu Anime yang satu masa dulu manga@ katun ini pernah disiarkan dalam kreko..cerita ni betul-betul buat aku teruja dan membuatkan aku seperti ketagihan adranelin ingin lagi dan lagi melayan petarungan minda antara Kira dan L..cerita apa lagi kalau bukan death note kan..haha..

Kalau dulu lebih kurang setahun jugak aku rasa untuk habiskan baca siri death note tu dalam kreko..sabar je la.kehkehkeh..bila baca sekerat-sekerat serius rasa tak puas..nak tak nak terpaksa la jugak tunggu 2 minggu lagi lepas tu untuk keluaran terbaru..gigih aku follow cerita tu ok..haha..

Death note tetap cerita manga terbaik bagi aku..memang berat dan aku selalu terpikir macam mana la penulis tu boleh terpikir cerita yang begitu compicated dan bijak sekali...cuma sebuah komik je pon, tapi bagi aku cerita komik tu lebih berkualiti dari jalan cerita sebuah filem meleis terutamanya..hikhihik...

Wednesday, July 25, 2012

Dairi : Kisah air, FB dan Paparazi

assalammualaikum dan salam ramadan..

perhatian : entri personal dan sia-sia je untuk sesiapa yang baca..

Berjumpa lagi kita di 5 ramadan..hehe..amacam puasa korang setakat ni?..aku baru ada nafas sikit nak blogging balik ni..lama plak aku rasa tak menulis..mesti korang rindu aku kan..kehkehkehkeh...sebenarnya ada macam-macam cerita aku nak tulis ni...tapi takda apa-apa yang ilmiah pon aku nak hidangkan...

Sebenarnya sehari sebelum puasa tempoh hari, tiba-tiba je rumah aku terputus bekalan air..serius hampeh, dan baru semalam selepas 4 hari puasa baru bekalan air masuk balik ke paip rumah aku.. berkali-kali dah buat aduan..terima kasih SYABAS sebab berjaya jugak menyelesaikan masalah aku ni..ni la masalah air paling lama aku penah hadapi..biasanya tak penah pon seharian air terputus..ni sampai 4 hari beb..mati akal jadinya..

Alhamdulillah la aku ada tempat lain lagi nak tinggal..nasib rumah baru aku tu tak berapa jauh pon..so aku tinggal je la kat sana sementara walaupon belum siap sangat..apa leh buat..aku tak tau macam mana gaya jiran-jiran aku lain hadapi masalah tu..yela..4 hari takda air..boleh gila wei..sah diorang semua busuk kan tak mandi..kehkehkeh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...