Tuesday, October 31, 2023

TERPALING CAMPERS - OUTDOOR

Assalammualaikum wbt.


So macam tajuk di atas, la ni aku rasa nak kongsi lah sikit benda apa yang paling rancak sekarang dalam hidup aku..

yup, camping la apa lagi..dalam istilah moden sekarang orang panggil pacak.walaupon sama jugak dengan istilah memancing, tapi orang yang terlibat dalam 2 aktiviti ni paham la..pacak camping atau pacak joran..


Sebenarnya minat berkhemah ni tetiba muncul balik masa PKP tahun 2020 yang lepas.masa ni group family camping FB tu la yang banyak meracun..

Walaupon aku ni campers pencen, bila mula terjebak semula dengan camping zaman sekarang, awalnya aku agak culture shock.tapi bila sikit-sikit kita follow akhirnya aku paham la yang camping zaman sekarang berubah sebab hobi ni dah melibatkan keluarga..kalau dulu-dulu, camping berkeluarga ni hal yang rare..

Contoh anggap aku tak boleh terima pembaharuan dalam dunia camping sekarang, nak camping je macam Rambo, dah tentu la tak sesuai aku nak bawak keluarga kan..anak-anak aku kecik lagi kot..lagipon dengan bini aku lagi kang merungut tak selesa..tak pasal-pasal tu jela 1st and last dapat family camping.

So harap takda la camper pencen atau camper moden sekarang ni nak gaduh dia lah yang terpaling camper, terpaling outdoor..nak camping simple, rambo atau nak camping bawak barang camping penuh 1 rumah pon kita raikan jela..ikut kemampuan, ikut keselesaan..

Macam aku, aku dah rasa camping wild, dan aku baru berjinak-jinak camping moden ni..bagi aku 2 2 ni tetap camping gak,,haha..cuma bila dah mula selesa dengan camping moden ni, susah wei nak minimise keperluan bila kau cuba nak camping solo atau ada niat nak trekking camping lagi..

Mungkin ni disebabkan faktor usia kot..hahaha..dulu mana peduli kipas, meja, kerusi, bantal selimut ,coolbox dan segala bagai barang camping..khemah pon bukan benda penting  untuk berkhemah, cukup sekadar ada flysheet, groundsheet atau hammock dah boleh camping..cukup 1 beg dah boleh camping 3 hari 2 malam..hahaha

Lani, aku pon dah pening nak simpan barang camping yang terlampau banyak..dari boleh isi penuh bonet kereta, terpaksa lagi tambah roofbox sebab tak cukup lagi ruang nak bawak barang camping tu..adehh..

Tu belum cerita bab teracun tengok barang-barang camping..tetiap bulan ada je tambah aksesori camping ni..upgrade barang pon 1 hal..benda dah ada yang kau beli lagi pasal apa labuu, jual khemah lama, upgrade lagi..tak puas hati yang tu, beli plak yang ni..apa salahnya guna je apa yang ada..aku tak cakap kat sesapa, ni aku sendiri yang macam ni..hahahaha..bodoh betul..

Tapi nak buat camne kan, nak puaskan hati sendiri..tanggung jela..hahahaha..aku beli-beli bukan untuk orang pon..kalau lah aku puas je dengan khemah Unta atau khemah Decathlon tu kan senang..tak payah ada tema-tema bagai kan senang..biru, hijau, kuning pon apa salahnya..hahaha..

Nasihat aku lah kepada sesiapa yang baru nak terjebak dengan family camping moden zaman sekarang, banyak banyakan lah dulu study, research pilih set up khemah macam mana yang kita suka..beli ikut perancangan kita untuk mengelakkan pembaziran takut nanti kau tak puas hati dan nak upgrade lain.
benda2 ni bukan kau boleh beli sekaligus melainkan kau anak sultan.

Nah, aku belanja la sikit gambar-gambar camping aku..penat taip panjang-panjang bukan ada orang baca pon..hahaha..



khemah 1st aku 'Unta'..kalau sekarang aku panggil khemah bewak je pasal takleh berdiri kat dalam.
tinggi bawah 150cm. nak solat kat dalam takleh..not recommended..(dah bagi orang)
.

khemah ke-2 aku.Arpenez 4.2 decathlon...pertama kali pacak kat PD..masa ni takda tema2 lagi..kaler cacar merba je..tent ni tak recommended pasal ventilation tak bagus..panas..(return)



khemah ke-3 aku..upgrade dari arpenez tu..mujur boleh return semula kat decathlon..yang ni dari jenis Payung.camp.Village L 2.2. setakat ni aku sangat berpuas hati dengan tent ni sebab selesa untuk aku 1 family..banyak kali dah berjasa tent ni..(masih guna)


khemah ke-4 aku..vidalido mx pro teepee..'terpaksa' beli ni sebab nak sesuaikan ikut keadaan..nak solo camp,berdua atau piknik..village L  besar sangat dan agak susah nak set up..aku suka tent ni sebab simple dan boleh buat banyak style..(terbaru)



terpaksa letak songkok kat kereta sebab camping punya pasal..tu pon penuh gak..adoii..


Tula setakat sekarang perkembangan perkhemahan aku...cuma nak tambah benda remeh temeh jela lagi untuk camping ni macam powerbank, pinggan mangkuk, sudu cawan, lampu, kipas, tilam,bantal, karpet, stove, tarp, pole. rack, etc, ehh..macam banyak plak..demm..


p/s : ramai salah anggap aku camping ni healing..eh silap..camping bukan healing..aku sihat je..camping ni enjoy..


Wednesday, December 14, 2022

POLIGAMI - ymbundle nak nikah lagi.


POLIGAMI..

Ok tu kata kuncinya..
apa perasaan orang berpoligami ek?

Baru-baru ni, aku selalu bercakap pasal hal ni dengan bini aku..mujur la bini aku ok..opss..
silap..bukan sekadar ok, tapi terpaling-paling ok..hahaha..

Ringkaskan cerita, bini aku minta aku kahwin lain..nak rasa ada madu katanya.

Aku blur kat mana silap aku..aku ni setia je..
tahun 2023 tahun depan dah nak masuk 12 tahun aku nikah.
anak pon dah 3 orang..bab urusan rumahtangga bukan nak belagak la, tapi insyallah
boleh la handle semua dah..

Tapi bila pikir balik, mungkin ni reward untuk aku la sebab selalu jadi suami yang mithali kan..
kahkahkah..





Masalahnya sekarang, aku tak tau macam mana nak buat supaya tak hampakan bini aku ni..

Nak cari calon bukan senang walaupon aku ni segak lagi..haha..
nak pulak calon tu pon kena terima la jadi bini muda..
syarat bini aku plak mudah je..dia nak madu dia bleh jadi bestfriend dia..
respek 'kaklong' je sudah..tengok pulak tiktok 
geng-geng  poligami ni tunjuk bermadu-maduan elok je cam bestfriend, makin excited plak dia..

Masalah kedua, anak aku tak setuju bila bini aku tanya kat anak aku pasal aku nak 
nikah lain ni..dia cakap ibu tiri jahat..kahkahkah..
Tah drama youtube mana plak dia tengok sampai cakap macam tu..

Masalah ketiga, aku tak mampu..😭😭

Manada orang sekarang nak kahwin biasa-biasa ni...ni semua makan modal sedaghe..


p/s : pm tepi untuk maklumat lanjut..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...