Assalammualaikum..
Sejak kebelakangan ni, kegilaan aku terhadap minum kopi makin teruk.lebih teruk lagi bila belanja pon makin meningkat pasal kopi ni aku tak boleh bancuh sendiri dan cuma boleh beli jer kat kedai-kedai yang menjual kopi ni..demm..
Kalau harga kopi ni singgit dua jer tak lah kisah sangat..ni yang paling murah pon rm3.kuantiti dia plak cup kecil je..memang tak puas..so biasanya aku beli besar.harga rm 6 ke atas..kalau mc cafe , tealife, dah rm7 keatas.starbuck toksah citer, not my taste dan harga lebih yahudi..
Sebab tu kemampuan aku sekadar beli kat Familymart jer..sampaikan dah femes aku tak kira shift mana pon casher familymart ni, nampak je muka aku , dah tau dah aku datang nak beli kopi..kehkehkeh..
Tapi jangan korang ingat kopi kat familymart ni tak setanding kopi-kopi kedai hipster lain..kalau setakat kopi americano aku ketagih ni, sama dengan je kat mana pon selagi dia guna mesin..cuma starbuck je lain sikit yang aku penah minum sebab ada campur tangan manual nak bancuh agaknya, dan rasa pon tak sedap..
Hat kedai lain, rasanya sama je, cuma harga berbeza.jadi, kenapa perlu bayar lebih...haa, kan dan macam trivago..haha..
Dan untuk pengetahuan korang, aku pon pernah cuba bancuh sendiri kopi segera untuk untuk jadikan americano..memang betul-betul ikut arahan dan sukatan tapi hasilnya tak jadi juga..so aku putus asa nak beli serbuk kopi paket yang bancuh sendiri ni..tak mungkin boleh jadi americano macam kedai kopi moden ni jual..
Kalau dulu aku sibuk cari serbuk-serbuk kopi segera untuk buat americano..habis pasaraya aku geledah, kat online shopping pon aku cari gak..tapi sekarang aku dah tak cari kopi lagi..sekarang ni aku cari mesin kopi terus..hahaha..mampusss...
![]() |
dapat bonus lebih ke, duit tepi ke memang aku beli gak nanti, insya'allah., harga mampu milik gak..mahal lagi mesin cuckoo aku tu..haha.. |
p/s : moral of the story, jangan ajar diri korang minum kopi kuat macam ni, akibatnya, kemungkinan besar korang tak nak lagi minum kopi biasa macam nescafe, kopi kampung dan sebagainya.bukan tak sedap, cuma rasa dan aroma hat lain ni kalah..hilang feel kat kopi lain bila dah biasa minum yang power macam americano ni..