assalammualaikum wbt..
Dalam entri kali ni aku nak kongsi sikit info berkaitan perkataan 'KALAU' yang aku dapat dalam rancangan tanyalah ustaz minggu lepas..aku tak berapa ingat sangat pon apa ustaz tu cakap..tapi aku nak ulaskan la sikit dari yang aku paham tu untuk perkongsikan bersama...
Agak agak korang berapa banyak perkataan 'kalau' yang kita sebut sehari? hahaha..apa punya soalan la kan..ok abaikan..penat aku tanya cikgu google tentang maksud perkataan 'kalau' tapi tak jumpa apa yang aku nak..yang ada cuma contoh penggunaan ayat dan perkataan sama maksud je macam 'sekiranya' 'andai' dan 'jikalau'..
Sifat perkataan 'kalau' ni boleh ditafsirkan dengan dua maksud yang aku nampak..'Kalau' yang dah terjadi, dan 'kalau' yang belum terjadi..