assalammualaikum wbt..
Kalau
korang perasan lah, aku dah lama sangat sebenarnya tak buat entry-entry
isu semasa ni..tapi kali ni aku terasa nak meluahkan jugak isi hati
tersirat ni biar tersurat..huhu.kalau tengok tajuk pon korang mesti dah
tau, tentang apa aku nak tulis ni ye dak..apa lagi kalau bukan tragedi
Oktober..stesyen-stesyen minyak seluruh Malaysia sesak selepas diumumkan
kenaikkan harga minyak tempoh hari..laman sosial plak macam biasa
la,terus penuh dengan keyboard warrior baik yang menyokong kerajaan
ataupon yang mengutuk tindakan kerajaan menaikan harga minyak ni.

Aku
plak ofcoz dikalangan yang tidak setuju sama sekali tindakan kerajaan
menaikan harga minyak ni.(tapi aku bukan keyboard warrior)..gila apa,
sebabkan minyak ni la satgi habis segala barang naik..kata menteri
pasola, harga minyak masih kekal cuma subsidi je yang dikurangkan..ah,
ada aku kisah..yang pengguna rasa tetap minyak dah naik harga kan..
Aku
taknak tulis banyak sebenarnya, just satu point je aku nak sentuh bab
minyak ni..isu marhaen..kita dah biasa dengar kenyataan-kenyataan
menteri pasola ni biasanya langsung tak bersifat rakyat marhaen kan..tu
aku tak kisah..memang diorang tak rasa apa yang rakyat marhaen rasa
sebab menteri bukanlah rakyat biasa..menteri-menteri ni, takkan terjejas
sikit pon pasal kenaikkan harga barang akibat minyak naik ni..tapi yang
aku kenot brain bila rakyat marhaen pon masih rasa kenaikan minyak ni
wajar adalah sama sekali aku tak mampu hadamkan dek akal..