PENGUMUMAN : Entri ni aku repost 
je dari yang aku tulis kat FB..sekarang rajin sikit nak tulis 
panjang-panjang kat situ..haha..mungkin sebab lebih ramai dapat 
baca.lagipon senang dapat feedback terus dan mudah la sikit bertukar 
pandangan kan..abaikan bahasa bersaya-saya tu...hehe
Assalammualaikum wbt..
Beberapa bulan lagi insya'allah anak kedua saya 
pula bakal lahir..takda apa yang nak pikir sangat lg sekarang kecuali 
sambil sambil pikirkan nama jela..
Bab bg nama anak ni memang isu
 semasa..sebelum ni pon saya penah tulis entri tentang evolusi nama 
dalam blog saya..jangan baca kalau takut sentap..(Link)
Entri tu lebih tentang nama-nama anak yang bunyi agak retis dan biase 
digunakan dalam tv atau nama komersil..biasenya nama tu agak panjang dan
 agak kebaratan...btw saya tak cakap benda tu salah...bg saya,menamakan 
anak dgn nama jenis2 mat saleh ni cuma trend yang akan hilang..
Cuma sekarang saya terpikir kenapa kebiasaannya 'orang kita' ni 
terbudaya sangat untuk beri nama anak dengan nama-nama Arab..bagi saya 
trend ni takkan hilang sampai bila-bila, so bagi saya ini adalah isu 
kebudayaan bani melayu..mohon Abdul Rani Kulup Fans buat report kerana dah jelas ada dakyah ilumminati yang berniat buruk meng arabkan bani melayu...
Tak perlu cakap orang lain pon, saya sendiri mengaku dah terpengaruh 
dengan hal ni..masa anak pertama, saya sendiri pon beli buku 'nama-nama 
anak dalam islam' tu. sekarang bila saya tersedar tentang perkara ni, 
rasa macam tertipu je, rugi RM3.50 beli buku tersebut...
Patutnya
 buku tu tak perlu gunakan title "nama-nama anak dalam islam"..tu hanya 
sekadar nama-nama dalam bahasa arab..yang bodohnya saya, susah-susah nak
 cari nama dalam arab pastu nak cari maknanya pula dah kenapa?..
|  | 
| sekadar hiasan.. | 
Saya bagi contoh la nama biasa bani melayu guna..
Nur - cahaya
Ahmad - terpuji
Nama macam ni saya rasa semua orang tau apa maksudnya walaupon tu sebanarnya perkataan arab, orang melayu dah biase guna..
Apa yang saya nak sampaikan ni sebenarnya simple je..dalam islam dah 
memang suruh kita bagi nama anak dgn maksud yang elok-elok..tu je 
pentingnya..macam contoh saya bagi tu, kenapa kita nak letak nama dengan
 perkataan arab, kalau dalam arab nur, kita letak la cahaya..kalau dalam
 dalam Arab Ahmad, kita sebagai bani melayu patutnye guna je la 
'terpuji'..
So beribu ribu nama baik kita boleh bagi pada anak 
tanpa susah2 nak meng arabkan nama baik yang kita nak..bagi je nama 
camni kan senang..
yg baik,
yg cantik,
yg pandai,
yg bijak
yg gagah
Kenapa dengan nama ni?ni kan bahasa melayu? perkataan perkataan ni jugak kalau dalam bahasa arab yg ramai guna bagi nama pada anak.apa bezanya?..
hahahahhaah...............
| antara komen..geng dakwah budak ni, geng2 blogger gak Sis Ashura Izwani ni dulu, sekarang je dia dah tak blogging..suka aku tengok keseriusan dia..hahaha...Klik Gambar untuk lebih jelas | 
p/s
 : Isu nama ni aku saja je buat sebab tak berapa panas, banyak lagi isu 
lain tentang hal mengarabkan melayu ni terutama yang berkaitan sunnah 
Rasullulah..tak ramai terbuka dalam hal ni..so aku tak nak tulis..hal ni
 banyak di bincangkan dalam group2 tertutup je biasanya..
 
so, ko dah fikir nama belum?
ReplyDeletebelum ada pilihan ema..hahaha..aku serahkan kat bini aku jela kot..
Deletex sabo nak tau nama anak ko, bundle. hehe..
ReplyDeletesabau2...tapi jangan expect yang nama anak aku lain dari lain sangat kak..aku pon tipikal melayu gak..hahahaha
Deletetahniah2 bro
ReplyDelete-baru aku mention kat fesbuk aku pasal tengok gambar2 raya, ingatkan oragn arab mana yang duk beraya, walhal dalam frens list aku rata2 melayu. muehehehe.
ReplyDeletebtw tahniah nak dapat baby baru, wieeee tipah ada gang :d