Thursday, May 14, 2020

INSTAGRAM PUNYA HAL

Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah, berjumpa lagi dalam entry baru.haha..aku dah rasa macam syok pulak bila klik je new post padahal takda idea lagi nak tulis apa..sebab tu selalunya title entry adalah last sekali untuk diisi.orang lain yang dah pro menulis biasanya tak cam aku kot..lain orang lain cara la ye dak..haha.

Point utama aku nak ceritakan kali ni sebenarnya adalah penyebab utama aku buka blog ni dan mula nak menulis..tak paham kan? haha..ok aku jelaskan..pertama sekali, lepas aku dah tinggalkan blog ni sesuai peredaran masa, tempat aku menulis dan share apa-apa cuma adalah di facebook dan Instagram jer..

Bila dah jemu dengan facebook, aku beralih dengan Instgram plak sebab lebih fresh..akaun FB aku ni sekadar tempat aku membaca je la..perkongsian aku lebih di instagram je sebab kat sini ibarat album gambar aku..nak ada follower ramai-ramai apatah bercita-cita nak jadi instafamous or sosial media influencer jauh panggang dari api..follower cuma kenalan ok..

Berbalik pada perenggan kedua di atas, punca aku kembali keblog ni lagi adalah sebab aku tak boleh buka 'Instagram' kat phone..jiwa aku jadi kacau bila aku tak boleh post sebarang  story or update sebarang gambar-gambar kat instagram aku tu..ntah kenapa dalam banyak2 app kat phone aku tu, instagram jugak dia nak jadi masalah..emm..


eh, macam pelik je bunyi kan.ok aku terangkan lagi..hp aku cuma akan 'hang' bila aku buka Instagram ni..sebenarnya bukan la tak boleh buka langsung, actually bila tengah scroll instagram tu or post apa-apa pon, masalah tak terjadi lagi masa tu, masalah dia jadi bila aku tutup app instagram tu dan off phone.masa ni la hp aku tak boleh on macam biasa.terpaksa restart dulu..lepas tu reboot pulak android..benda ni jadi even aku buka instagram cuma seminit pon..

Nampak macam hal kecil, tapi serius buat aku hangin je bila mana setiap kali nak bukak phone ni kena ulang restart tu..buang masa kot..so aku dah fedup dan taknak guna instagram ni buat masa sekarang..nampak gayanya aku akan mula berkongsi balik la kat blog ni..hahaha..

Kita kembali ke asal jela..takda like takda komen bukan masalah..janji aku dapat kepuasan menulis dan kuasa sharing balik walaupon bukan sosial media..dan of course kat sini aku dapat kongsi lebih detail walaupon content cuma cerita-cerita peribadi je kot lepas ni..hehe..


p/s : next entri ada cerita untuk peminat kopi..tungguuuuuu....


1 comment:

  1. SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...