Thursday, October 16, 2014

Resepi : Daging Goreng Kicap..

assalammualaikum wbt..

Pada yang ada lagi daging korban hari raya aidiladha lepas, kalau tak tau nak masak apa, boleh la cuba resepi yang aku nak share ni..masakkan ni selalu je boleh kita makan kat mana-mana kedai makan nasi campur..tapi apa salahnya kalau sesekali buat sendiri kat rumah ye dak..

Ni la hasil daging korban aku sabtu lepas, lepas subuh aku dah keluar pergi pasar beli barang untuk masak.




Friday, October 10, 2014

Info : Salam 20sen..

assalammualaikum wbt..

Kalau korang perasan lah, aku dah lama sangat sebenarnya tak buat entry-entry isu semasa ni..tapi kali ni aku terasa nak meluahkan jugak isi hati tersirat ni biar tersurat..huhu.kalau tengok tajuk pon korang mesti dah tau, tentang apa aku nak tulis ni ye dak..apa lagi kalau bukan tragedi Oktober..stesyen-stesyen minyak seluruh Malaysia sesak selepas diumumkan kenaikkan harga minyak tempoh hari..laman sosial plak macam biasa la,terus penuh dengan keyboard warrior baik yang menyokong kerajaan ataupon yang mengutuk tindakan kerajaan menaikan harga minyak ni.


Aku plak ofcoz dikalangan yang tidak setuju sama sekali tindakan kerajaan menaikan harga minyak ni.(tapi aku bukan keyboard warrior)..gila apa, sebabkan minyak ni la satgi habis segala barang naik..kata menteri pasola, harga minyak masih kekal cuma subsidi je yang dikurangkan..ah, ada aku kisah..yang pengguna rasa tetap minyak dah naik harga kan..

Aku taknak tulis banyak sebenarnya, just satu point je aku nak sentuh bab minyak ni..isu marhaen..kita dah biasa dengar kenyataan-kenyataan menteri pasola ni biasanya langsung tak bersifat rakyat marhaen kan..tu aku tak kisah..memang diorang tak rasa apa yang rakyat marhaen rasa sebab menteri bukanlah rakyat biasa..menteri-menteri ni, takkan terjejas sikit pon pasal kenaikkan harga barang akibat minyak naik ni..tapi yang aku kenot brain bila rakyat marhaen pon masih rasa kenaikan minyak ni wajar adalah sama sekali aku tak mampu hadamkan dek akal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...