Assalammualaikum wbt..
Panggilan
haji untuk tahun ni dah pon tiba..Jemaah pertama dah pon selamat sampai
disana.macam kejap je lepas raya aidilfitri dah nak masuk musim haji
pulak..tapi belum raya lagi ye..lambat lagi baru leh dapat daging korban..bulan depan baru raya ok..ni pon bukan
entri ucapan raya..haha..
Tahun
lepas dan tahun tahun sebelum ni sebenarnya aku tak ambil tahu pon
berapa ramai rakyat Malaysia yang pergi menunaikan haji ni, tapi
kebetulan aku tertengok berita semalam, rupanya bukan kecik anak wei
jumlah jemaah Malaysia pegi haji ni..untuk tahun ni dikatakan seramai 22
ribu ++..wooaa..tahun yang sudah-sudah tak tau la berapa ramai..mungkin
lebih atau mungkin kurang la..
![]() |
Jeddah Airport |
Tapi
yang lebih menarik aku dengar ialah bab penyediaan makan minum untuk
jemaah tu nanti..chef-chef telah pon didatangkan khas untuk memasak
juadah untuk 22+ ribu jemaah malaysia tu nanti...woooaa..aku tak dapat
imagin camne nak masak untuk bagi makan kat orang seramai tu...selamat
berjuang la pada kakitangan Tabung Haji tu semua...besar pahala orang
yang sediakan makanan untuk orang yang buat ibadat ni..
Nak
tambah sikit citer pasal aku pulak, ntah aku penah cerita ke tak
sebelum ni tentang kejadian masa aku buat umrah dulu..takpa la, aku
citer la sikit..tapi umrah jela..haji daftar pon belum..haha..Aku rasa
tak ramai penah jadi kes macam aku kena masa travel jauh-jauh ni..
Tahukan
korang, aku pergi ke Mekkah tu hanya sehelai sepinggang je..mujur aku
ada sehelai baju dengan seluar yang aku bawak naik kapal terbang dalam
beg sandang aku..tu pon sebab jemaah aku tu terus ke Mekkah dan miqat
(tempat berniat mengerjakan umrah) dalam flight dan terpaksa la pakai
ihram terus..so yang aku ada masa tu hanya sehelai kain ihram dan
sepasang pakaian biasa..
Aku
tak la sengal sangat nak travel tak bawak apa-apa..gila la tu..dua
minggu aku kat sana, lama jugak dan barang aku saja penuh satu beg besar
tu..tapi tah apa masalahnya, sampai je kat Airport Jeddah tu, luggage
aku takda, tak sampai-sampai..memang takda apa lagi la yang terlintas
dalam fikiran aku masa tu, ni semua memang dugaan aku la ni..
![]() |
tunggu tak sampai-sampai.. |
Bayangkan,
baru je sampai airport dah mai ujian kat aku..dah terpikir pulak apa
akan berlaku lepas tu..yang peliknya, serius aku tak rasa marah dengan
pihak MAS, Airport, Travel Agen dan sapa-sapa la yang terlibat tentang
kehilangan luggage aku tu..aku jadi redha, boleh sabar, jaga mulut dan
takda maki-maki..masa tu memang istifar je la banyak banyak sebab anggap
tu ujian dan aku sendiri sedar aku pergi ke sana tanpa bersedia dan
sangat kotor dengan dosa..
Yela,
masa tu tahun 2009..memang zaman gelap aku lagi tu..tah macam mana
tetiba je boleh tercampak buat umrah ni..tak bersedia, berat hati nak
pergi..tapi ada la orang cakap, jemaah yang sampai ke Mekkah tu tetamu
Allah, bukan tetamu sesapa, bukan atas jemputan sesapa, so aku anggap
diri aku beruntung la..cuma masa tu aku agak takut nak jadi tetamu
Allah ni sebab kenangkan dosa-dosa besar aku yang banyak..
Mujur
jugak la kain ihram tu dah siap pakai, kalau tak, agak tergendala aku
nak buat umrah..So disebabkan aku dah takda apa masa tu..makanya
terpaksa la aku mempergunakan duit poket untuk beli macam-macam
keperluan kat sana..nasib baik jugak la pakaian macam jubah pak arab tu
banyak yang jual terpakai walaupon bukan dijual macam kedai bundle kat
sini..kira ok la tu kan.Jubah bundle pon boleh..haha..harga pon standard
macam baju bundle kat sini yang rege Rm5, 10 sehelai tu..nak beli baru?
lupakan la..sehelai dah RM50-100..hahaha..
Sebabkan
aku dah cakap tadi nak cerita sikit je, so cukup la setakat tu..kang
citer semua panjang berjela plak.banyak sangat kisahnya seminggu aku kat
Mekkah dan seminggu kat Madinah tu...haha..tapi percayakan korang, hari
last aku kat sana sebelum balik Malaysia, aku dapat semula beg bagasi
aku tu kat Airport..kata pak arab yang bertugas bahagian luggage tu, beg
aku tertransit pergi Dubai..
Apapon,
beg aku selamat, pergi dan balik Malaysia tanpa terusik.sampai rumah
boleh terus simpan pakaian dalam almari...-_-' LOL..
kagum aku bila tau ko g umrah.. doakan aku lak ye..
ReplyDeleteaku rs mcm kelebihan utk ko je ujian ni.. =)
ehh, aku 1st komen?? tetibe aku kagum dgn diri sendiri.. LOL
Delete2nd..
Deleteko 1st tu tandanya ko baru refresh bloglist or tgk newsfeed dan menadakan ko sedang takda keje sebb tu mengadap blog..hahaha..
ujian tu aku redha je tina..tapi kelebihannya apa?..haha
miahaha..lunch hour maa, mmg ngadap blog..*alasan*
Deletekelebihannya, ko ada byk jubah wlupun bundle..
kalau duk sana takpe pakai jubah setiap hari..gi keje, merempit, shoping, jalan2, solat, buat apa je pakai jubah..mmg style arab...kalau kat sini camtu kan best..banyak stok jubah aku..haha..
DeleteAmende agen? EJEN la. HHahahahah typolis sepammm
ReplyDeletekecoh la ko..hahahaha...
Deletedugaan betul ni.
ReplyDeletebaru skit je dugaan ni Ha..mujur takde perkara buruk lain jadi..
DeleteAlhamdulillah...Rindunya nak pi lagi...Semoga Allah Mudahkan Jalan...AMIN.
ReplyDeleteaminn..insya'allah..
Delete