Thursday, November 29, 2012

Trimester kedua dan panggilan diri..

assalammualaikum wbt..

amaran : entri berkaitan kebapaan..kalau malas baca, sila skip terus baca topik lain bawah gambar yang hujung sekali..

Tak salah kan kalau aku nak tulis entri bersifat kebapaan sikit kali ni..kehkehkeh..sikit je.. lagipon aku nak kongsikan jugak dengan topik lain..toksah risau pasal aku tak mungkin over sangat tunjuk yang aku nak jadi bapa ni mcam blogger pemes tu..kejutan budaya betul..kahkahkah..seriously kat FB pon aku masih tak mention apa-apa lagi pasal hal ni walaupon dah masuk trimester kedua..malu siak...hehe..

Pertama sekali aku memang noob nak jadi bapa kepada seorang anak yang bakal lahir nanti walaupon aku ni memang seorang yang penyayang..hahaha..due akhir bulan 5 atau bulan 6 nanti insya'allah..jangan lupa sediakan hadiah untuk ymbundle jr. tu nanti ok..sekarang pon aku masih dindong je lagi..yang aku ambil tahu pon cuma bab bini aku yang tengah mengandung ni..tau la serba sikit contohnya yang pasal trimester tu..hahahhaa..

Bila aku dah paham bab trimester ni baru la aku lega skit sebab dah masuk peringkat kedua iaitu dari bulan ke 4-6..peringkat ni orang kata dah kira selamat  la..mak buyung tu dah boleh lasak sikit..dan orang kata jugak, time ni roh dah masuk..maknanya baby dah boleh bergerak la dalam perut tu..dan yang paling best,bila dah boleh lasak tu..bermakna boleh la kan nak berganas-ganas balik..tuttttttttttttttttt....kehkehkeh...

Tuesday, November 27, 2012

Perbezaan pendapat : tak paham, salah paham atau ..?

assalammualaikum wbt..

Perbezaan pendapat perkara yang lumrah dalam hidup kita..sedangkan suami isteri pon banyak berbeza soal pendapat, inikan pula kawan blogger ye dak..hahaha..dalam islam pon perkara ni tak dapat dipisahkan maka lahirlah istilah Ijma dan Qiyas untuk menyelesaikan masalah jika masalah tersebut tiada nas yang boleh dijadikan rujukan..google la sendiri nak tau apa maknanya..hahaha..

Dalam konteks blogger ni, perbezaan pendapat ni la sebenarnya yang akan mencerahkan pemahaman sekiranya pembaca jenis senang menerima atau bersetuju dengan penulis supaya cuba tengok dari sudut yang berlainan..pro and kontra..kalau dah paham dari sudut yang lagi satu baru buat keputusan mana yang korang setuju..

Dari pengalaman aku sendiri, kadang-kadang aku nak tergelak jugak bila tengok orang yang jadi blur apabila pro and kontra ni diperdebatkan..pada mulanya dia sokong pro tanpa selidik..bila datang kontra bawak  hujah dan fakta dia pon rasa kontra tu betul...kahkahkah..So mana betulnya?

Sunday, November 25, 2012

Rezeki : kesenangan vs Kekayaan..

assalammualikum wbt..

Masa berkerja sebelum cuti weekend ni banyak je idea aku nak menulis..ni dah start cuti, terus hilang idea aku nak update..mungkin sebab masih guna internet pinjam kot..feel nak dapatkan idea menulis lambat sampai sebab menumpang je surf tenet kat rumah mak aku ni.haha..Sepanjang minggu ni aku agak bizi la jugak..ketiadaan Internet ni betul-betul meyusahkan aku..kalau dulu orang cakap takda elektrik senang lagi dari takda air..tapi sekarang takda elektrik dan air pon takpa kot..janji ade internet..camtu la aku boleh gambarkan pentingnya internet sekarang..hahaha..apa pon kalau guna internet setakat nak login FB dengn bertwitter baik tak payah..sia-sia je..hahaha..

Okay idea dah mai..hahahaha..lani aku nak cerita bab rezeki la sikit..nak cerita bab isu semasa takut timbulkan kontroversi pulak..tak gitu H (LINK)..hahahaa..pertama sekali kenyataan hidup nyata, ramai orang nak kaya..tapi bila aku dah bersembang dengan orang-orang yang lebih berpengalaman baru aku sedar tak sepatutnya kita ni mengejar kekayaan ni..Lebih elok kalau kekayaan tu di tukarkan kepada kesenangan..aku pon dah cuba tanamkan prinsip tu dalam hidup aku la ni..tak kisah la kalau aku tak mampu beli ferarri pon..contoh camni..apa maknanya kaya raya tapi sakit? kekayaan tak terhabis, hidup mewah tapi kesenangan takda..kesenangan nak beribadat, nak tunaikan haji, nak makan nak tido semua takda atas sebab sebab tertentu..

Friday, November 23, 2012

Malas : Galeri aku..

assalammualaikum wbt..

Mohon korang, geng blogger jangan la update blog laju laju sangat boleh tak?..aku tak sempat nak follow okey..nak kejar apa tah asik update je..kehkehkeh (aku jeles sebenarnya takda banyak masa macam korang)dulu internet 24jam sehari..sekarang tinggal 8jam je..demm..

Aku sebenarnya banyak citer ni nak update, tapi nak tulis pepanjang makan masa gak..kang kerja aku plak tak siap..haha..so entri ni sekadar melepaskan batok di tangga je la gamaknya..lagipon bukan senang kan aku nak update gambar banyak-banyak cenggini..hahaha..

ni serba sikit gambar dari arkib Nokia cap ayam aku...Happy Weekend all..

Tuesday, November 20, 2012

Tribute : Mat Jebon and Friends

assalammualaikum wbt...

Sejak entri terakhir Mat Jebon Part-6, aku dah lost langsung dengan dia..aku tak tau mana dah sekarang ni Mat Jebon tinggal..last aku terserempak dengan dia pon kat traffik light masa lepas hantar bini aku pergi kerja..kalau tak silap aku sebelum raya aidilfitri bulan 8 tu..pastu Mat hilang kemana aku tak tau..semoga dia tak check in balik la harapnya..

Serius aku dah rindu Mat Jebon sekarang..tapi entri ni aku bukan nak tulis pasal dia sangat..mungkin ada la terselit sikit, tapi lebih pada kawan kawan dia yang lain selain aku la..hehe..aku pon kenal-kenal jugak kawan Mat ni, tapi lebih kepada kenalan je..nak kawan lebih-lebih tak..cukup Mat sorang macam tu..hahaha..

Kalau nak banding Mat Jebon dengan kawan-kawan dia yang lain mungkin Mat ni agak baik la jugak..aku membesar sama-sama dia so memang aku tau sangat dia camne..yang pasti tak semestinya kawan aku kawan dia jugak dan kawan aku tak semestinya kawan dia..so dari situ la perubahan kita bila semakin banyak pergaulan..dan perubahan kita sangat mudah dipengaruhi member-member yang lebih dekat..

Friday, November 16, 2012

Tiga Serangkai Ilmu dan Kisah bos yang WTF

assalammualaikum wbt..

Salam tahun baru hijrah untuk semua pembaca..maaf la aku masih lagi tak cukup masa nak lawat blog korang semua..internet aku kat rumah masih out of servis..so bersemperna sambutan maal hijrah ni aku nak kongsikan sikit perkara yang berunsur ilmiah ni..info ni aku dapat dari usrah mingguan dan satu email yang aku terima, dan aku rasa perkara ni kurang kot orang tau..lagi pon ada kisah jugak la disebalik apa yang aku nak ceritakan ni..hehe..

Secara umumnya Rasullulah SAW sampaikan, umat manusia akan selamat dunia akhirat kalau ikut peninggalannya Al-quran dan Sunnah..tapi siapalah kita sampai mampu mentafsir Al quran dan sunnah tu ye dak..ustaz aku cakap kalau nak kaji hadis seumur hidup pon belum tentu habis..tu kata ustaz yang dah tau bahasa arab, dan maksud-maksud al quran..kita apatah lagi..haha..

Jadi sebab tu la kita wajiblah sentiasa belajar..bak kata ustak azhar dalam kemah keming, orang sekarang kalau belajar untuk dunia kemain lagi..berebut-rebut masuk Universiti..belajar tinggi tinggi tapi bila mak ayah meninggal, haram tak tau nak mandikan jenazah orang tua tu..bab akhirat buat tak kisah..ok, aku sentap walaupon aku tak belajar tinggi..hehe..

Friday, November 9, 2012

Info : Tahap evolusi aku berblogging..

assalammualaikum wbt..

Aku tertarik dengan entri PON tentang evolusi seorang blogger..agak mengimbau kenangan la jugak membacanya..kehkehkeh..teringat lagi masa mula-mula blogging kalau macam yang PON tulis kira level 1 la tu..time ni aku betul-betul KON (king of noob) la senang citer..tahun 2005 masa tu, terpengaruh buat akaun blog pon semata-mata aku dipaksa baca blog sorang awek ni..sebab reader blog tu dia private untuk user akaun je boleh baca terpaksa la aku buat register id untuk login..haha..

Level 1 aku ni memang cukup lama..nak buat camna ,dah masa tu aku pon bukan minat lagi nak menulis..nak buat apa pon tak reti..entri ofcoz yang personal dan langsung tak matang..untungnya orang lain yang start level 1 tapi berminat nak jadi blogger, insya'allah cepat naik ke level 2 dan seterusnya..berbeza aku, aku tak punya minat sama sekali sebelum ni..tak tau kenapa aku dah jadi blogger pulak sekarang..kehkehkeh...

Level 2 evolusi aku menjadi blogger terjadi apabila lahirnya blog yang ada sekarang ni..sebelum tu aku masih guna blog yang lama (Bundle Pages)...tahun 2009 baru aku explore sikit tentang dunia blogging..tu pon aku masih lagi banyak menulis personal dan tah apa-apa yang mengarut..kehkehkeh..walaupon macam tu, aku syukur aku tak terikut-ikut tren blogging level 2 yang macam PON cakap contohnya gila mencari follower, guna sistem follow n follow back..kehkehkeh..so sebab tu aku berani kutuk blogger yang gila follower ni memandangkan aku tak pernah buat (LINK)..kahkahkah..


Tuesday, November 6, 2012

Tips : Cara mengelak diri di MLMkan..

assalammualaikum wbt..

Pada yang dah lama follow entri-entri sampah aku ni mesti perasan aku agak anti dengan MLM..dah ada dua tiga entri jugak la tentang kutukan aku terhadap MLM ni..hehe..komen aku dalam entri encik H yang di balas oleh Makcik LiyaaMF telah memberikan aku seciput idea dan makanya terhasillah entri ni..hahaha...

Pertama sekali, entri ni takda kaitan dengan point komen aku dalam gambar kat bawah ni..pointnya dalam komen balas dari Liyaa..Liyaa cakap ada balak ajak jumpa, tapi rupanya nak promote MLM..kehkehkeh..Memang kesian..tapi ni realiti yang dah biasa terjadi..aku pon pernah terkena..


Monday, November 5, 2012

Melempiaskan nafsu

assalammualaikum wbt..

Serius shit masa untuk aku blogging sangat terhad sekarang ni..mood nak menulis pon hampir jahanam disebabkan internet dah hampir sebulan takda ni..bil tetap sampai untuk dibayar..grrr..tolong la TM selesaikan la cepat masalah aku ni..kang aku report kat tribunal tuntutan pengguna baru tau..haha..

Bukan sekadar aku perlukan internet untuk blogging, tapi disebabkan internet takda di rumah, 8 jam aku dipejabat terasa la sibuknya..bila nak sambung kerja di rumah pon dah jadi masalah sebab internet takda..so mintak maaf ye pada blog-blog yang aku tak sempat walking back tu..mana sempat aku cuba la singgah..

Sekarang ni ada isu apa ye yang panas?aku dah kurang peka la perkembangan..haha..eh , korang dah makan ayam KFC yang baru tu..sedak gila aku rasa..errr..apa yang aku dah merapu ni..hahahaa..apa pon pada aku nak ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru pada yang bakal menamatkan zaman bujang pada blogger Aien , Syida. Wadi kureda dan Chuu Muqhlis..bagi kad yang betul-betul kat aku kay..aku tak layan kad digital..haha..

Friday, November 2, 2012

Info Sentap : Perkongsian yang tak sesuai di blog atau laman sosial..

assalammualaikum wbt..

Bak kata Fatin Liyana, dia akan update blog untuk citer-citer yang best je..happy-happy dan buat orang gembira baca blog dia..ahaks..aku sokong 110 % style FL blogging..walaupon blog dia cuma personal blog mengenai diri..tapi dengan style blogging dia tu jugak la reader dia semakin riban-riban..takda citer buat orang sedih atau perlu beri simpati kesian pada dia..

Memang tak salah pon kalau nak tulis apa sekalipon..tapi tah la..aku pon sependapat dengan dia..perkara sedih ni bagi aku terlalu peribadi nak dikongsikan..lagipon sikit sebanyak pasti mengundang simpati dan buat kawan-kawan yang rapat dengan kita merasai kesedihan kita tu jugak..so benda ni jadi macam guide aku jugak la dalam blogging supaya tak menulis entry yang tacing, menyedihkan yang buat kacau mood pembaca..

Aku tak suka la meminta simpati dan tengok orang sedih-sedih..dan kalau boleh aku malas nak baca kisah-kisah sedih ni kat blog..nanti korang buat aku sedih jugak tau..nak komen pon kadang-kadang jadi blur..walaupon citer kat blog sampah ni banyak dalam kategori membahan, troll, info info mengarut dan ada jugak yang cakap entri aku ada sense of humor..err..kelakar ke?..hahaha..tak bermakana hidup aku takda masalah, takda kesedihan walaupon cerita kat blog aku semua yang huha2 je..aku manusia biasa gak beb..

Thursday, November 1, 2012

Sentap : Tamak bodoh-macam hanjing dengan bayang-bayang

assalamualaikum wbt..

Sikap tamak haloba sukar nak dikikis dalam diri kalau hidup kita berpaksikan kakayaan semata-mata walhal bersederhana yang sebenarnya dituntut dalam Islam..perumpaan yang sesuai aku boleh gambarkan ialah ibarat anjing dengan bayang-bayang..woo..gila rare lah aku rasa peribahasa ni.kehkehkeh...

Kenapa la masih ramai yang mudah terjebak dengan skim skim yang menawarkan keuntungan cepat ni..senang sangat percaya dengan pelaburan-pelaburan yang tak dijamin dan berdaftar dengan kerajaan atau bank negara..bila syarikat tersebut kena ban..akaun kena sekat..bila dah rugi tau pulak menyalak..kalau untung tau pulak diam-diam..kahkahkah..

Nak cakap dari sudut ekonomi, aku tak la pandai sangat..Kelas ekonomi masa sekolah dulu pon aku selalu ponteng... haha..ahh..tu semua kapitalis je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...