Friday, July 27, 2012

Nota kematian

assalammualaikum wbt..

Dalam kesibukkan yang melampau akhir-akhir bulan ni..aku sempatkan jugak melayan satu Anime yang satu masa dulu manga@ katun ini pernah disiarkan dalam kreko..cerita ni betul-betul buat aku teruja dan membuatkan aku seperti ketagihan adranelin ingin lagi dan lagi melayan petarungan minda antara Kira dan L..cerita apa lagi kalau bukan death note kan..haha..

Kalau dulu lebih kurang setahun jugak aku rasa untuk habiskan baca siri death note tu dalam kreko..sabar je la.kehkehkeh..bila baca sekerat-sekerat serius rasa tak puas..nak tak nak terpaksa la jugak tunggu 2 minggu lagi lepas tu untuk keluaran terbaru..gigih aku follow cerita tu ok..haha..

Death note tetap cerita manga terbaik bagi aku..memang berat dan aku selalu terpikir macam mana la penulis tu boleh terpikir cerita yang begitu compicated dan bijak sekali...cuma sebuah komik je pon, tapi bagi aku cerita komik tu lebih berkualiti dari jalan cerita sebuah filem meleis terutamanya..hikhihik...

Wednesday, July 25, 2012

Dairi : Kisah air, FB dan Paparazi

assalammualaikum dan salam ramadan..

perhatian : entri personal dan sia-sia je untuk sesiapa yang baca..

Berjumpa lagi kita di 5 ramadan..hehe..amacam puasa korang setakat ni?..aku baru ada nafas sikit nak blogging balik ni..lama plak aku rasa tak menulis..mesti korang rindu aku kan..kehkehkehkeh...sebenarnya ada macam-macam cerita aku nak tulis ni...tapi takda apa-apa yang ilmiah pon aku nak hidangkan...

Sebenarnya sehari sebelum puasa tempoh hari, tiba-tiba je rumah aku terputus bekalan air..serius hampeh, dan baru semalam selepas 4 hari puasa baru bekalan air masuk balik ke paip rumah aku.. berkali-kali dah buat aduan..terima kasih SYABAS sebab berjaya jugak menyelesaikan masalah aku ni..ni la masalah air paling lama aku penah hadapi..biasanya tak penah pon seharian air terputus..ni sampai 4 hari beb..mati akal jadinya..

Alhamdulillah la aku ada tempat lain lagi nak tinggal..nasib rumah baru aku tu tak berapa jauh pon..so aku tinggal je la kat sana sementara walaupon belum siap sangat..apa leh buat..aku tak tau macam mana gaya jiran-jiran aku lain hadapi masalah tu..yela..4 hari takda air..boleh gila wei..sah diorang semua busuk kan tak mandi..kehkehkeh..

Friday, July 20, 2012

Ahlan wasahlan ramadan



Dikesempatan ini kami warga penulis blog sampah ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa 1433 hijrah..err..sapa lagi selain aku?kehkehkeh..

Kurangkan menulis dan membaca gosip-gosip yang tak berfaedah sepanjang puasa nanti..banyakkan beramal ibadat..jangan blogging sangat, nanti pahala kurang..hahaha...

Ok la, tu je aku nak cakap..

maaf la, aku sibuk sikit kebelakangan ni..tak sempat nak lawat blog korang..
sorry bebanyak..nanti free, aku singgah blog korang k.. -_-'


nawaitu sawmarwodin...




Tuesday, July 17, 2012

Dairi dan Tips : Komen Mengimbau Kenangan..

assalammualaikum wbt..

Macam yang aku pernah cerita dulu, sebelum aku jadi blogger ni aku seorang chatters tegar..last aku aktif dalam chatting tak ingat dah bila..masa tu kecoh chatters Indon boot room-room chatting kat yahoo massenger Malaysia pasal isu maling..ekeke..so akibat bosan nak masuk room pon susah, ditambah kalau masuk pon takda orang, akhirnya aku terus hantar surat berhenti chatting kat ym tu..hahaha..

Tapi masa awal-awal aku blogging dulu, aku masih lagi seorang chatters..ada jugak dulu aku buat entri pasal gath kecik geng-geng chatting aku tu.. link sini dan sini..kadang-kadang rindu pon ada jugak kat diorang..cuma aku nak masuk room je rasa malas walaupon aku tau diorang semua ada lagi..ekeke..tapi alhamdulillah la,perhubungan tu tetap ada sampai sekarang..fb,twitter kan ada..kat wall aku pon penuh dengan status budak-budak chatting ni jugak..kehkehkeh..

Sunday, July 15, 2012

Etika menulis dan blogging

assalammualaikum wbt..

Sebelum rancangan tv bodoh kesukaan aku start pukul 10 malam tadi, aku main-main la dengan remote astro tu tukar-tukar siaran..terpasang pulak rancangan 'Awallagi'..talk show bersama Awal ashaari..sebelum aku nak tukar ke rancangan lain, keluar pulak sedutan pasal vlogger Mat lutfi, dan kisah artis dengan blogger untuk rancangan tu..terus aku stay dulu..hehe..

Dalam rancangan tu Hamzi blogger Rotikaya.com dijemput..nak tambah lagi dramatik, Wan shades yang kena fitnah dengan Rotikaya tempoh hari pon ada sama..kehkehkeh..kesimpulanya dalam rancangan tu blogger kena bantai la dengan artis pulak..padan muka..ni asik blogger je bantai artis dalam blog, tak fair la kan..haa, hamekaw..kehkehkeh..

So lepas tengok rancangan tak best tu aku teringin la cakap sikit pasal blogging ni..terutama untuk blogger yang bajet-bajet konon nak jadi wartawan hiburan ni..Rotikaya,dengan beautifulnara tu tak termasuk..diorang dah pemes..tapi tengok la,walaupon dah pemes, kena wat slack sekali, silap-silap makin senang kena saman..kehkehkeh...

Thursday, July 12, 2012

Info : Selera jin di bulan ramadan..

assalammualaikum wbt..

Ok ok..Sebabkan aku takda cerita apa yang menarik..entri ni aku nak merepek-repek je la yer..seminggu lebih lagi dah nak masuk bulan puasa..nak cerita pasal bulan puasa aku memang banyak..dan jujurnya bagi aku, aku lebih suka bulan puasa ni dari raya..Tapi apa yang merungsingkan aku sekarang, segala urusan aku belum selesai lagi sebelum puasa ni..adeh..dan masalah yang lebih besarnya poket aku dah semakin susut..harap cukup je la bila dah menyambut puasa ni nanti..hahahaa..

Macam yang korang semua dah memang sepatutnya tahu..bulan puasa ni mengajar kita mengawal nafsu..budak sekolah rendah pon dah tau kan..hahahaa.. tapi tahukah korang bila sampai bulan puasa je bajet untuk perbelanjaan dapur aku meningkat..secara zahirnya kita berpuasa, tapi belanja untuk makan makin banyak dari bulan-bulan biasa..pelik jugak...korang macam mana?

Bulan puasa ni patutnya kita makin boleh belajar berjimat ye dak..tapi bila aku tanya orang-orang lain kat opis aku, majoritinya cakap belanja bulan puasa meningkat jugak sama macam aku..padahal dah jimat duit minum pagi, makan tengahari, minum petang..lol..aku malas nak tanya lebih-lebih macam mana belanja diorang boleh meningkat..tapi aku dah nampak kenapa belanja aku meningkat..cekidautt...

Tuesday, July 10, 2012

Info : perkongsian widget..

assalammualaikum wbt..

Atas permintaan seorang blogger tegar ni, aku nak kongsi satu widget top comentator yang best..sebenarnya aku pon tak tau apa motif dia mintak kat aku lagi pasal dia sendiri pon dah pasang..kahkahkah..sengal la kau Mr Kopipes ..benda yang sama je aku tengok..hahaha..tapi tak kesah la, mungkin tak sama sikit coding dan mungkin ada lagi yang berminat nak pasang cuma tak tau mana nak dapatkan widget tu kan..so baca terus entri ni..hehe..

Sebenarnya widget ni takda la penting sangat pon untuk sesebuah blog..terpulang la pada sesapa yang teringin pasang..cuma bagi aku widget ni boleh jadi macam sikit penghargaan pada pembaca pembaca kita la..nak bagi penghargaan lebih dari tu belum tentu ye dak..so cukup sekadar kita viewkan profile dia pada blog kita pon ok la kan..nampak la sikit nama-nama yang dah bagi sokongan kat kita tu..dalam masa yang sama mungkin aku boleh bagi sikit tambahan trafik pada blog dia sebagai balasan sekiranya ada blogger lain yang masuk ke blog dia melalui widget tu..

Friday, July 6, 2012

Sentap : Mentaliti serupa beruk..

assalammualaikum wbt..

Dalam bulan Julai ni keadaan aku mungkin agak kelam kabut, sibuk dan kekurangan RM lagi..anniversary perkahwinan aku pon dah dekat ni..hihihi..nak buat persediaan puasa dan raya pulak lepas tu..haih..tambah serabut bila aku pikir masalah yang aku nak cerita kan kali ni..

So apa aku nak cakap sikit ni isu berkaitan mentaliti segelintir jenis masyarakat kita ni yang memang buat aku jelek..mental low setaraf orang sakit mental..bukan isu tak sekolah tinggi atau terlebih tinggi macam Mat jebon..aku nak cakap pon tak tau macam mana..tapi keadaan ni aku dah perhatikan sendiri..mentaliti tahap beruk..elok tinggal kat hutan..

Untuk pengetahuan korang semua..aku baru je beli rumah baru..hoyehh..lepas ni aku tak payah lagi tinggal kat rumah sewa..hihihi...pasal yang aku cakap kelam kabut tadi dan kekeringan RM, dah tentu sebab dalam bulan ni aku dah nak pindah dari rumah sewa aku sekarang..masalah duit pulak..rumah tu belum ok sepenuhnya..banyak nak kena buat lagi..adehh...dah la nak masuk ramadan lagi dua minggu..tak tau sempat ke tak aku nak uruskan semua ni..

Thursday, July 5, 2012

Mat Jebon-part 6..

assalammualaikum wbt..

Tak sangka selepas aku sebut nama Mat Jebon aku dalam entri lepas..semalam aku dapat satu panggilan telefon dari kawan aku sorang ni yang memaklumkan Mat Jebon dah keluar..hahahaha...tahniah Mat..akhirnya ko grad jugak sebelum puasa dan raya ni..boleh la beraya di kampung halaman nanti..

Walaupon aku tak pernah dengki tengok member-member aku dah pergi peringkat tinggi sekarang..aku harap Mat tak lah menyambung lagi buat "Master" pulak lepas ni..ok dah tu 'ijazah' yang kau ada sekarang..harap kau boleh la cari rezeki dengan senang lepas dah grad ni..

Dengar cerita kerajaan pon nak luluskan dah peringkat ijazah untuk dapat kerja kerani dalam sektor kerajaan..maklum la ramai graduan menganggur kan..kerani pon kerani la,janji ada kerja..tapi aku rasa kau susah sikit Mat nak dapat kerja ni, pasal 'ijazah' kau tinggi sangat tahapnya..hahaha..apapon kau jangan risau..rezeki Allah ade je untuk semua..yang penting usaha..

Tuesday, July 3, 2012

Info : Bagi hutang-Bayar hutang

assalammualaikum wbt..

Kali ni aku nak cakap isu hutang sikit..tak kisah la hutang apa pon,yang pasti bila berhutang kita kena la bayar kan..dah pandai pinjam toksah nak buat-buat lupa tak nak bayar pulak..serangkap pantun dari aku..

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh di bayar,
Hutang budi di bawa mati.

Pantun ni sebenarnya dicipta dah cukup bagus maknanya yang menerangkan budi dan harta..tapi apa yang selalu terjadi kat aku sebaliknya..untuk bagi korang jelas aku pusing sikit pantun ni mengikut situasi aku..