Saturday, June 30, 2012

Resepi : Kerabu suhun Bundle Al-Ramadani

assalammualaikum wbt..

Lama dah chef bundle tak kongsi resepi baru kan..semperna nak bulan puasa tak lama lagi ni..chef nak kongsi sikit resepi untuk set hidangan lengkap ym.bundle dalam kategori pembuka selera..resepi ni sesuai aku rasa untuk berbuka puasa nanti..

Resepi ni mudah je..tak perlu lulus SPM atau graduan U pon boleh buat asalkan kenal bahan-bahan yang diperlukan..tapi walaupon mudah, kosnya agak mahal la jugak..nak makan sedap mesti la mahal sikit..sesekali apa salahnya kan..orang yang paling kedekut sebenarnya adalah orang yang bakhil dengan diri sendiri walaupon mampu..hahaha...

Ok..tak payah cakap banyak..mula mula sekali korang sediakan bahan bahannya...
(hidangan untuk makan 4 atau 5 orang)


Friday, June 29, 2012

Mimaland..

assalammualaikum wbt..

Minggu lepas bini aku sibuk tanya aku pasal satu taman tema yang dahulunya pernah popular pada tahun 70an-90an dulu..sah lepas baca entri kat blog Oh tidak! la tu....hahaha..korang pernah pergi atau kenal tak dengan Taman Tema Mimaland ni? untuk yang bukan orang Selangor, kl atau yang lahir tahun 90 an, rasanya memang jarang nak tau pasal tempat ni..

Untuk pengetahuan korang yang belum tau,Mimaland ni terletak kat Jalan Gombak je..dekat je dengan UIA..Dan tak mustahil pon generasi sekarang ni walaupon orang gombak sendiri, tak tahu pon pasal kewujudan Mimaland ni..bila aku tanya member aku yang sebaya kat opis pon dia sendiri tak pernah dengar..mungkin sebab dia orang Negeri sembilan...hahahaha..tu yang lahir tahun 80an jugak..kalau yang 90an toksah cakap la..hahaha..

Tuesday, June 26, 2012

Secebis Penghargaan Untuk Semua..

assalammualaikum wbt...

Sebenarnya aku pon baru perasan satu benda kat blog aku ni yang semalam lepas Encik H tinggalkan komen beliau kat entri tu..entri bertarikh 21 Jun 2011 (link) aku ada buat satu entri pasal follower blog aku yang masa tu ada 43 orang selepas hampir dua tahun aku blogging..kahkahkah..untung la korang yang baru blogging pon dah ramai pengikut dan pembaca kan..hehehe..

So nampak tak korang betapa merangkaknya aku nak masuk dalam dunia blogging ni..aku tak nak delete entri-entri lama dulu walaupun agak memalukan sikit..biarlah jadi kenangan..entri yang agak kelakar bukan sebab aku buat entri lawak..tapi sebab penulisan aku yang sangat baby dan naif..kehkehkeh...

Now..setahun lagi dah berlalu..selepas aku dah banyak makan nestum..kini aku baru boleh berdiri..nak berjalan belum kuat lagi(kentut masih bau nestum)..43 orang follower masa tu dah bertambah yang sekarang 1686 orang..syukur alhamdulillah..apa pon nilai kepuasan aku berblogging ni sama sekali aku tak basekan mengikut jumlah tu..apa la sangat nombor yang ada pada jumlah tu kan..

Monday, June 25, 2012

Sentap : Elakkan menjadi pengkomen sinis ..

assalammualaikum wbt..

Aku pasti ramai kat sini yang dah biasa sembang dengan aku dan baca entri-entri aku akan pikir aku ni orang jenis bercakap lepas, suka bahan membahan dan bercakap sesuka hati..mungkin bila aku bersembang dalam shout box ni aku agak open sikit..tapi bila dengan kawan-kawan aku yang kat luar ni, aku agak berfikir dulu sebelum bercakap..aku tak nak ada orang terasa atau berkecil hati dengan aku...

Tahukah korang semua, aku sebenarnya seorang yang sensetif..kahkahkahkah.. aku mudah blur bila bercakap dengan sejenis spesis manusia yang suka berpikir dengan kepala lutut ni..aku tak pasti diorang ni baru keluar dari hutan atau memang tak reti jaga hubungan bila berkomunikasi ..demm..orang jenis macam ni memang tak boleh terima langsung pendapat orang..ada saja nak bangkang dan nak menang...

Macam aku cakap tadi..aku bukan la marah pon..cuma aku blur nak teruskan komunikasi dengan orang camni..tak boleh ke jaga sikit komunikasi tu bagi elok aman damai..nasib kawan-kawan aku yang macam ni tak ramai ada..kalau yang aku tau dia macam ni, aku memang malas nak ajak borak..stress beb..hahaha..

Saturday, June 23, 2012

Tips untuk spammer dan sentap blogger ..

assalammualaikum wbt..

Pagi ni aku bajet rajin la sikit nak blogwalking selain blog kawan-kawan yang dah biasa aku semakkan tu..hahahaa..tapi bila blogwalking je, mesti aku akan tertroll dengan blogger scammer yang hampeh ni...pelis la jujur sikit dalam berbelog ni..asik-asik aku terklik iklan churp-churp atau says jadah tu..

Aku nak sekat pon tak tau macam mana..setakat nak blok ip address, bukan sorang kan yang macam tu..beribu lagi ada..so blok ip bukan jalan penyelesaian pon..aku sama sekali tak sokong cara nak buat duit dengan menipu macam tu..kalau ye pon nak suruh orang support iklan hang tu, bagitau la elok-elok contohnya..


Anon : iklan churp2..boxer terpakai untuk dijual..(link)


Haa..kalau buat camni kan bagus..secara jujurnya aku sendiri rasa memang nak klik..ni tak, bila korang menipu kononnya singgah blogwalking je pastu ajak singgah blog dia pulak.promote kononnya ada entry gempak..skali klik rupanya iklan..tak ke hampeh tu..dari aku rasa nak singgah terus jadi marah..puihh..nampak tak beza bila korang jujur..dari orang tak minat nak klik iklan terus rasa nak klik (kalau kita berminat nak tau la benda tu)..paling koman orang tak marah..

Thursday, June 21, 2012

Pakcik pencari dengan Sultan..

assalammualaikum wbt..

Mungkin aku agak terlambat nak ketengahkan isu ni..bukan isu politik atau rumah tangga..tapi cerita yang baru-baru ni kecoh..kehkehkeh..Isu yang berkaitan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail..sebenarnya bukan kes isu no plat yang lebih mahal dari harga kereta tu je yang baru aku baca..dah bermacam-macam lagi isu panas berkaitan 'Sultan kesayangan' rakyat Johor ni aku dengar..

Fistly aku mintak maaf dulu kepada rakyat Johor kalau entri aku ni korang rasa tak sesuai..aku tak nak buat statement apa-apa pon pasal ni..cuma nak kongsi sikit je dengan apa yang aku dah baca dengan korang dari blog Uncle ni..

Rasanya dah ramai pon kenal Uncle Seekers ni kan..tak habis-habis dengan pembongkaran yang dia buat..ye..aku memang suka nak tau dan nak tau lagi dengan apa-apa yang dia selalu bongkarkan..pasal aku percaya ke tidak tu soal kedua..

Monday, June 18, 2012

Info : Varginity seorang lelaki..

assalammualaikum wbt..

Petang semalam dalam boring-boring tak tau nak buat apa, bini aku ajak keluar jalan-jalan detim kat Tasik layang-layang Kepong..mulanya aku ingat nak pergi derma darah tapi aku tetido pulak tengahari tu..bangun-bangun je dah pukul 4.00..dah terlepas pulak masa buat derma tu..kehkehkeh..

Masa aku lepak kat tasik tu tengok orang main layang-layang, tiba-tiba aku dapat idea nak buat satu entri..pasal kapel-kapel ni..hehehe..maklum la kat sana tu terlampau ramai kapel kapel yang aku nampak..macam-macam ragam ada..tapi aku lebih suka tengok yang muda-muda ni la..yang buat aksi lebih dari laki bini pon ada, yang nampak noob je pon ramai..kehkehkeh..

Saturday, June 16, 2012

18+ lawak seberang dan aku terspeechless..

assalammualaikum wbt..

Kebelakangan ni aku agak bz dengan kerja, aktiviti luar, tengok bola dan dah semakin malas je nak update blog..nak pulak stalker setia aku sorang ni Liyaa MF pon dah lama tak bagi feedback kat entri aku..sedih wooo...kurang seri jugak entri aku rasanya bila tak dapat kritikan dari makcik sorang ni..hahaha..

Tak kisah la makcik, aku tau kau bz..tapi kau hutang aku ok..hahahhaah...kali ni aku ada dua benda simple je la nak kongsi..takda isu berat pon..yang pasti satu benda ni aku rasa lawak gila, dan satu lagi buat aku terspeechless..

Cerita pertama, pagi tadi aku klik dari link ke link atau dalam bahasa mudahnya blogwalking,hehe.. aku terjumpa satu entri pasal super wtf punya penjenayah..kejadian tu berlaku kat negara jiran kita..Indon.. memang lol dan serius shit punya orang..hahaha..berita tu tak silap aku dari akhbar indonesia la..memang true story..

Sunday, June 10, 2012

Trololo Shoutbox..

assalammualaikum wbt..

Ahaks..deman bola dah datang balik..aku tak nak ulas pon pasal euro ni..korang tengok je la sampai habis..kali ni aku belum tentukan nak pilih pasukan mana yang akan jadi juara..mana yang sempat aku tengok aku tengok je la..aku tak kisah pasal menang kalah..macam biasa aku cuma nak tengok game..hehe..

So entri aku harini sebenarnya aku nak informkan sikit pasal perubahan yang telah aku buat kat icon smiley shoutbox aku..mungkin ramai jugak blogger yang tak pasang shoutbox ni tak kira la fibox ke, busuk shout ke, cbox ke..macam yang penah aku terbaca entri kat blog blogger otai ni..tak silap aku brader taf tu kot..dia cakap salah satu cara nak buat orang tinggalkan komen kat blog, elakkan pasang shoutbox pasal nanti orang dah malas baca entri masa blogwalking..hahaha..

Tu pandangan dia..ada aku kesah..hehehe..disebabkan aku ni sorang kaki chatting, shoutbox fibox yang macam aku guna sekarang memang tempat terbaik untuk aku bersembang dengan geng-geng aku dalam dunia blogging ni..serius dari sini la aku rasa perhubungan tu semakin mesra..komen tak komen entri aku, tu lain cerita..kalau entri ok, aku percaya orang akan baca..

Wednesday, June 6, 2012

Info : Jangan samakan makan Kenduri dengan makan dalam Lokap..

assalammualaikum wbt..

Minggu cuti sekolah ni macam biasa la kenduri bersepah sana sinun..yang pergi bercuti dan yang balik kampung bawak anak-anak pon ramai macam kat opis aku ni..tinggal la berapa kerat je kerja...aku macam biasa lah..sekolah yang cuti..aku tetap kena kerja ye dak..best la jadi cikgu..cuti banyak..hahaha..

Tapi kali ni aku nak cakap sikit pasal cerita kenduri kawin ni..Bila orang jemput menghadiri kenduri kawin korang mesti dah tau kan, hukumnya wajib hadir..tapi kalau dalam majlis tu ada unsur-unsur maksiat atau kemungkaran dan kita tidak hadir kerana keuzuran , maka tak lah berdosa..ada la lagi 3-4 sebab yang dibolehkan tak hadir, aku malas tulis semua..selain tu hukumnya wajib..

Satu perkara lagi, ramai aku perasan yang cakap bila pasal makan kenduri kawin mesti ingat makan pree..wth?..ni aku nak bagi tau sikit kat korang-korang yang masih ada pemikiran macam ni...korang pikir la sikit..tuan rumah biasanya dah susah-susah berhabis duit nak jamu orang makan, nak bagi "berkat" orang jawa panggil, atau gift bunga telur tu lagi..apa salahnya letak duit dalam sampul dan bagi tuan rumah..paling sikit Rm 5 ringgit pon jadilah..jangan kedekut sangat boleh?

Tuesday, June 5, 2012

Dairi : I'm sexy and i know it..

assalammualaikum wbt..

Ahaks..aku takda nak tulis banyak pon kali ni..just nak bagitau kat korang sikit sekarang aku dah masuk gym..hehehe...setakat ni dah seminggu la aku merajinkan diri ke gym..sebenarnya niat aku pegi gym ni bukan nak nak buat badan pon..sekadar nak keluarkan peluh je joging atas trakmill tu..

Hari pertama aku pergi, fuhh..bersemangat gila joging tak ingat dunia..3 4 kilo lari selamber je beb..last-last kena sound pulak dengan brader taf2 kat sana tu..


"weh bro..lu nak joging sia-sia je la kalau masuk gym..baik lu lari kat tepi tasik je.."main besi la der"


Aku terkedu kejap kena sound setepek tang dahi...kehkehkehkeh..

Aku bukan la tak nak joging kat tepi tasik cam brader tu cakap, tapi aku malu la plak..hahaha..lagipon ramai gadis kan kat tepi tasik yang joging atau lepak-lepak tu kan..kang diorang goda aku sapa susah?iman aku dah la lemah..so elok la aku masuk gym ni kan..hehe..

Saturday, June 2, 2012

Mandrem atau masalah sendiri..

assalammualaikum wbt..

Cerita orang melayu berniaga ni selalunya korang mesti pernah dengar kes2 dengki dan akhirnya melibatkan penggunaan santau,mandrem untuk menjatuhkan pesaingnya kan..aku takda pon pengalaman kes ni just dengar atau terbaca kat mana-mana je la..betul ke ada?

Kalau la benda ni betul, kenapa la teruk sangat perangai orang yang nak berjaya ni..sampai guna cara kotor..tak berkat mana pon rezeki yang dapat tu..tergamak tengok bisnes orang lain hancur sebabkan nak bolot sorang..rezeki tu Allah bagi cukup je untuk semua orang..apa yang nak dengki-dengki tah...

Aku ada satu cerita yang aku nampak sendiri sendiri pasal bisnes orang melayu ni yang dari maju gila, sekelip mata down..kejadian ni kat Sri Gombak behampiran opis aku..bisnes ni biasa la kedai makan je..aku tak tau nak cakap benda ni angkara ilmu hitam atau memang problem dalaman kedai ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...