Saturday, March 31, 2012

Dairi : Zaman Sekolah Part-2

assalammualaikum wbt..

Tadi masa hantar bini aku pergi kerja, aku lalu la depan sekolah..seronok aku tengok budak budak sekolah ni buat aktiviti kokurikulum..terkenang zaman sekolah pulak..cewahh..hahaha..cerita pasal sekolah, dah 11 tahun rupanya aku habis sekolah..terkenang lagi aku kena sebat, kena tampar, kena sepak dengan cikgu..huh..ganas siak cikgu dulu-dulu..

Sekarang je cikgu dah takut usik murid..manja nak mampus budak sekarang..murid kena sebat sikit masuk la cikgu tu kang dalam harian metro, tv3, padahal murid sendiri yang hantu macam aku..kehkehkeh..terus terang la masa aku sekolah dulu hampir setiap hari aku kena rotan dengan cikgu disiplin..tah apa yang dia anti sangat dengan aku tak tau la..tapi aku steady je..takda pon report TV3..kahkahkah..

Friday, March 30, 2012

Korupsi

assalammualaikum wbt..

Minggu lepas aku ada la bersembang dengan bos aku sorang ni..kat opis aku ramai bos ye..harap maklum..hahaha..aku kalau boleh selalu nak mengelak je dari jumpa bos aku sorang ni..kalau dia jumpa aku just nak bagi kerja aku tak kisah lagi..yang aku tak sanggup tu sebenarnya bila bercakap dengan dia, dia tak reti stop..kesimpulannya dia bos yang peramah, tapi bila bersembang aku tak larat nak dengar lama-lama borak dia..hahaha..

Tapi sebabkan haritu aku dah kantoi tak sempat lari dari dia, terpaksa la aku tebalkan telinga aku sejam dua dengar yang dia nak bebelkan..haha..tapi aku tertarik jugak pasal isu global yang jadi topik masa tu..pasal rasuah..yela kan..borak bos-bos takkan dia nak sembang pasal main futsal pulak kan..kehkehkeh..

Wednesday, March 28, 2012

Info : Lucid dream

assalammualaikum wbt..

Sejak aku tulis pasal sleep paralyse tempoh hari, orang yang paling terkesan dengan entri tu tak lain tak bukan bini aku sendiri..cakap je aku cepat pengaruh tv, tapi dia pulak terpengaruh bacaan..lebih-lebih pulak tu..kahkahkahkah..

Kelmarin dia tunjuk kat aku satu artikel dari FB dia ni.aku pon 1st time tau..kalau sebelum ni aku cerita pasal sleep paralysis kali ni dia tunjuk kat aku fenomena yang lebih kurang sleep paraylse tapi untuk di cipta sendiri..lebih kurang macam tu la kot maksudnya..istilah omputih diorang panggil LUCID DREAM..korang pernah dengar?

Disebabkan terpengaruh dari artikel tu, dah hampir dua malam bini aku ni tido macam mayat..kahkahakah..sory la sayang tercerita hal bilik tido pulak..hahaha...tapi ni takda kaitan dengan senggama atau aku nak buat iklan minyak urut senseoil ok..kakhkahkah..just bacaan ringan bak kata LIYAA MF ni..hahaha..

Monday, March 26, 2012

Bawa aku pergi..pacu laju laju..

assalammualaikum wbt..

Kejadian kes culik, bunuh,lari rumah dan macam-macam lagi sekarang ni boleh kata setiap hari ada je jadi..ye ke?aku agak je la..kalau tak jadi kat Malaysia,kat negara lain pon ada je kan..haha..maklum la aku ni kurang nak ambik tahu berita ni..serius beb,berita kat tv tu dah berapa lama dah aku tak pernah tengok..kehkehkeh..

Minggu lepas aku ada terbaca berita pasal budak perempuan sorang tu lari rumah..kesian keluarga dia,ingatkan kena culik,rupanya gatal poen..hahaha..aku malas nak cerita hal orang yang aku tak tau punca ni..pandai-pandai dia la..lagipon budak lagi kan..otak letak kat lutut camtu la jadinya..hahaha..

Cerita pasal lari rumah, aku belum pernah la lari rumah ni..apa kes aku nak lari rumah pulak kan..kahkahkah..walaupon dulu aku nakal nak mampos..setiap hari aku kena belasah dengan mak aku, kena bebel, aku still maintain duduk rumah..tapi buat macam hotel je la..hahaha..

Saturday, March 24, 2012

Cara menangani plagiarism atau plagiat..

assalammualaikum wbt..

Berkenaan tajuk aku di atas, rumusan aku tentang cara menangani plagiat is nothing..erk, belum apa-apa dah rumusan pulak..kehkehkeh..tapi betul la,memang takda cara setakat ni...ok start dari awal balik..sebelum ni aku dah pernah buat entri pasal hal ni jugak..saja aku bosan-bosan ni terasa nak tulis lagi advance entri pasal ni lagi sebabnya bila aku blogwalking, aku tengok ramai sangat blogger anti plagiat rupanya..hahaha..

Tapi apa yang buat aku nak tergelak ialah sebab lu olang cakap tarak serupa bikin maa..pasang tanda besar-besar kat blog, copycat not allowed la, dilarang mengcopy paste hak persendirian la.. wat the fuck??..korang sendiri pon sama je..kahkahkah..pasal kredit dah satu hal..kalau bagi pon takda nilai la bagi owner blog tu..bagi la cash ke, kredit topup ke, baru betul menghargai karya orang..kahkahah..

Contoh blogger peribadi macam aku ni la,tulis ikut suka je..kalau la tiba-tiba aku pasang signbord kat tepi ni..

Thursday, March 22, 2012

Info butthurt : sentap bersama MLM

assalammualaikum wbt..

Dulu aku penah buat entri yang aku kena troll pasal MLM atau multilevel marketing ni (LINK)..entri kali ni mungkin akan membuatkan MLMler butthurt lagi..haha..aku peduli apa dengan korang..tu belum aku kongsi lagi satu blog yang aku rasa ohsem untuk menyedarkan orang ramai betapa jijiknya sikap orang sekarang terutama sesama melayu dalam MLM ni..hahaha..

kalau korang yang kawan-kawan aku kat sini yang gila MLM ,aku harap korang pikir la balik apa yang korang join tu betul ke tak..jangan mengharap keuntungan sampai mengabaikan soal hukum..semalam aku tergelak-gelak bersembang dengan member opis aku pasal MLM ni..dia ni masa di UTM dulu pon pernah terjebak jugak dengan skim barua ni..


Tuesday, March 20, 2012

Teori konspirasi menyebabkan paranoid?

Sekarang ni terlalu banyak teori konspirasi muncul..aku sure korang semua biasa baca, tengok youtube atau mungkin memang peminat setia teori konspirasi..hehehe..aku buat entri ni sekadar nak jelaskan kat korang yang aku tak suka serabutkan kepala otak aku dengan macam macam teori tu..sekadar baca boleh la..

Apa yang aku nak cakap ni hal simple je..pasal filem..sebabnya aku memang suka tengok filem atau movie ni..macam yang teori konspirasi bongkarkan..contonya dalam"the arrival"..yahudi dan freemason sekarang ni tengah berusaha nak mind control kita walaupon memang yahudi dah terang terang kuasa dunia sekarang..

Monday, March 19, 2012

video : that's why aku karam (kelaut)

assalammualaikum wbt..

Aku taknak menulis banyak sangat kali ni..takda mood la beb..haha..entri lepas lepas aku penah cakap nak buat vlog untuk 2012 ni..tapi rasanya postpone lagi kot..kehkehkeh..walau apapon ,untuk tak nak mengecewakan korang yang teringin dengar suara aku, kali ni aku harap korang terhibur la..bukan setakat dengar suara aku je..ni aku sing untuk korang terus....kahkahkah..

Sebarang kejadian tak diingini selepas tengok video ni,korang tanggung sendiri..member opis aku baru je disahkan menghidap isomnia dan telinga berdarah lepas dengar nyanyian aku ni..kahkahkah..budak budak bawah umur dinasihatkan mintak izin ibubapa dahulu sebelum menonton..sekian..

Thursday, March 15, 2012

Transfer mimpi ke alam nyata..

Ada satu malam tu, aku dalam perjalanan ke Perak ..sebabkan aku suka cuba jalan yang baru, aku memilih tak guna highway..pendekkan cerita,aku tak tau aku sampai kemana..sesat agaknya..tiba tiba je aku sampai kat sebuah kota lama yang sangat pelik..bangunan, rumah, pengangkutan semua kat situ tak macam yang biasa dilihat..setiap orang kat situ pulak berjalan secara merangkak..pakaian toksah cakap la, dah macam badut sarkas pon ada..kahkahkah..

"penceroboh akan didakwah"..papan tanda terpampang di pintu kota tersebut..i kenot brain this..sebabkan aku dah sesat, aku terus je masuk tanpa pikir banyak walaupon berisiko akan didakwah..aku dah tak kira..tiba tiba aku rasa aku lost idea nak tulis apa..kahkahkah..cukup la ye...

Wednesday, March 14, 2012

Mat Jebon-part 5 : Story from Jail

assalammualaikum wbt..

kelmarin aku dapat panggilan lagi dari orang penjara..kahkahkah..trutt..truutt...henpon aku berbunyik..ringtone jadi trutt..trutt.. pasal bini aku rembat SD kad aku..hehe..


"heloo, boy ke ni?"kawan mat kan?..pemanggil memulakan bicara...

"yup" siapa tu, aku membalas...



Dia tak memperkenalkan nama dia cuma dia terus cakap yang dia dari penjara sebab mat suruh dia call aku,pastu mintak dari aku RM150.00..what the fuckk...hahaha..bila masa aku jadi banker dia pulak ni..

suara dia bercakap memang agak kasar seolah olah aku macam pernah berhutang pulak dengan dia..bila aku pon tinggi sikit suara baru dia cakap elok..dah la aku tak berapa paham ayat dia..adehhh..

Monday, March 12, 2012

Info : Sentap bersama SEO..

amaran : entri ni mungkin menyebabkan sesetengah pihak sentap..hehe

assalammualaikum wbt..

Baru baru ni aku selalu online dan berchatting dengan para blogger kat satu web shoutbox yang tengah meningkat popular ni..istimewa tempat ni dari laman chatting yahoo massengger ,msn atau lain lain mungkin sebab majoriti yang chat kat sini adalah blogger..

Sejak aku selalu masuk kat sini, follower aku pon agak cepat la meningkat..aku pon tak tau pasal apa diorang ni nak jugak follow blog sampah ni..kehkehkeh..tapi yang yang isunya aku tak paham sampai bila keadaan yang macam siak ni nak terus berlaku..tak habis habis sikap yang macam memaksa aku follow balik selepas beliau follow blog aku..demm..

Sunday, March 11, 2012

Resepi : Garlic bread getah rambut.

assalammualaikum wbt..

Selamat berhujung minggu untuk semua..harini alhamdulillah aku takda jemputan kenduri lagi..fuhh,save poket..kehkehkeh...kali ni aku nak kongsi sikit cerita dan resepi aku breakfast pagi tadi..macam tajuk kat atas tu garlic bread getah rambut?pasti korang semua tak pernah rasa kan..hahaha

Garlic bread ni merupakan makanan pagi dan malam aku je selalunya..biasa la, aku memang jaga kesihatan dan tak nak kelihatan boroi dan gemuk..pasti korang pon suka makan ni kan...terutama yang suka makan kat pizza hutt atau kat restoran western..tapi kalau nak buat jadi makanan rutin macam aku parah la kalau asik nak makan kat restoran je..

Friday, March 9, 2012

Fuuufuu : sleep paralysis

assalammualaikum wbt..

Korang lena tak tido malam tadi..huhu..malam jumaat pulak tu..hehe...dengan suhu sedap tido sejak sejak musim hujan ni..perghh..memang buat aku tido mati..tapi dalam orang sedap boleh tido mati..member opis aku ni pulak boleh cerita malam tadi dia kena sleep paralysis atau istilah melayunya kena tindih hantu..kahkahkah...

So aku berminat la nak tengok apa pendapat korang yang penah kena sleep paralysis ni..meh la share share sikit pengalaman sapa yang penah kena..aku insya'Allah belum pernah kena lagi..aku berminat nak tau kot la korang penah kena "tindih" la kononnya sampai patah katil ke,patah tulang rusuk ke..hehe...

Wednesday, March 7, 2012

Bff : pakwa mu, pakwa ku jua..

assalammualaikum wbt..

Pagi tadi masa bersiap siap nak pegi kerja aku layan la Radio Era kejap..ada pulak topik pasal bff..Dah la malam tadi pon mak mertua aku layan citer BFF..hahaha...Bagi aku istilah bff ni tak boleh blah untuk orang dewasa..ni rasanya sesuai untuk pra-sekolah dengan golongan student terutama perempuan je..dulu aku sekolah tak penah pon dengar perkataan ni..hahaha..zaman dah berubah bro..

Sedarkah anda bahawa Bff ni sebenarnya sikap pilih bulu?cuba tengok dalam satu situasi ni..andai korang merupakan seorang seorang awek hot yang diminati kat kampus,dalam masa yang sama mesti ramai orang lain nak berkawan dengan anda..tapi dari yang aku nampak, dalam satu geng tu biasanya bff anda mesti dalam jenis nice look jugak..yang rupa paras macam Halimah jongang korang just kawan kawan biasa huh..

Monday, March 5, 2012

Info : Hormat untuk dihormati..

assalammualaikum wbt..

Harini aku nak buat entry mengenai perhubungan sikit..bukan hubungan seks ye..harap maklum..wakaka.. pagi tadi ada 2 orang budak praktikal baru masuk opis aku ni..nak reging aku tengok kesian je..sebabkan diorang puasa(alim siot) aku suruh diorang buat kerja membosankan je la..lipat pelan sampai lebam dengan mengemas..hehe..

Mengenai hubungan yang aku cakap tadi sebenarnya pasal panggilan..aku tak tau kenapa dari dulu aku tak berapa boleh terima panggilan abang kalau orang panggil aku..nak pulak lelaki..demm..member aku tadi tak habis habis cakap kat budak budak tu kalau tak paham apa apa tanya abang tu ek sambil tunjuk kat aku..siak..ingat aku kaunter pertanyaan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...