Wednesday, February 29, 2012

Filem rosak jahanam : bundle witch project

assalammualaikum wbt..

Entri bertarikh 6 Jun 2011 aku penah cerita pasal kejadian menyeramkan yang aku alami sendiri (LINK)..tapi entri kali ni aku nak cerita sikit pasal filem seram suspen dari pengarah muda hensem iaitu aku ym.bundle yang tak sempat buat lagi..kahkahkah..

Kalau tak silap aku tahun 2002 aku penah tengok satu cerita seram yang aku rasa real gila walaupon tak seram mana pon..tajuk cerita ni "The Blair Witch Project"..khabar angin masa tu kata, video tu memang real..Polis jumpa tape tu kat hutan di tempat kejadian...puihh..mati mati aku percaya..

Monday, February 27, 2012

Pujian vs kritikan : Part2

assalammualaikum wbt..

Masa blogwalking dan tinggalkan komen semalam,tiba tiba aku rasa aku nak jadi blogger yang ikhlas dan telus dalam memberi komen atau kritikan..sebelum ni mungkin kadang² aku cuma menyamar jadi anonymous untuk tinggalkan komen berat yang mungkin menyinggung perasaan..tapi sekarang aku dah tak nak jadi anon lagi..siap la korang..hahaha...

Kalau korang ni selalu jadi reader untuk blog blog ilmiah, politik, atau blogserius la sebagai contoh yang paling popular.. korang dapat tengok terlalu ramai anon yang komen..dan apa yang aku nampak selalunya komen anon ni pon bagus cuma tak nak dikenali atau mungkin jugak memang sekadar pembaca yang takda akaun..komen anonymous kat blog serius je tak boleh pakai.. kahkahkah...

Tuesday, February 21, 2012

Annoying moments : blonde

assalammualaikum wbt..

Puihh..tajuk nak speaking London je..kehkehkeh..bila aku selongkar hardisk aku usyar usyar gambar lama..aku tengok kurang satu gambar yang menceritakan keadaan satu masa dulu masa aku agak sengal..entri ni aku terpikir nak buat lepas skodeng blog Liyaa MF ni ..hahaha..kredit untuk kau makcik..kehkehekeh..

Beberapa tahun yang lepas..mungkin tahun 2005 kot..masa ni aku kuat lagi pergi clubbing..tapi aku bukan nak cerita pasal clubbing pon..ada la sekeping dua lagi gambar kejahilan kat sana yang aku tak heran pon..cerita pasal gambar yang aku cakap kurang tu ialah gambar aku masa berambut "karat" dulu..maklum la dulu kaki club la kononnya, So rambut karat baru la urban kan...kahkahkahkah...

Sunday, February 19, 2012

Haha Rosa@Losa : korean reggae

assalammualaikum wbt..

Macam entry lepas aku pernah cerita yang aku memang peminat muzik ska dan reggae..LINK..kali ni aku terjumpa lagi satu video yang aku rasa agak cool la sebab tengah tengah zaman kegemilangan K-Pop pon ada jugak group korea yang main lagu reggae..kehkehkeh..terbaik arhh..

Sebenarnya aku jumpa group reggae korea ni masa aku tertengok video konsert Kpop kat astro haritu..kantoi lak gua layan Kpop..kahkahakah..bukan apa, time tu iklan kan, aku tukar² la chanel, terpasang lak chanel konsert kpop..nak pulak tengah awek2 korea tu dance..perghh,seksi beb..hahaha..layan punya layan, lepas tu datang pulak group ni..serius aku excited gila..korean reggae tuu...hahaha..

Wednesday, February 15, 2012

Mat Jebon-part 4 : Seksyen 307

Masa aku kat Tesco minggu lepas jalan jalan nak beli barang dapur, tiba tiba aku dapat satu panggilan tanpa nama..aku pon jawab ler..


"haluu..".. Dan pertanyaan terus hinggap kat gegendang telinga aku.." ni Mat ke?"


aku jawab la bukan..lepas tu, dia tanya aku lagi..Boy ke ni?.. "ye aku Boy"(memang gelaran aku boy kat sini)..aku masih terpinga pinga siapa sebenarnya call aku ni..

Monday, February 13, 2012

Tutorial mendapatkan cinta..

assalammualaikum wbt..

Ada sesapa tengah kecewa dalam percintaan sekarang?..cinta anda ditolak?..rilek..jangan putus asa..kuatkan semangat..baca teknik dan tips nak dapat awek/pakwe baru dengan cara jahat atau tersembunyi ni hasil pengalaman aku sendiri..sebabkan aku dah pon kawin, so tak kisah kot kalau aku kongsi cara aku ni dulu dulu nak cari gundik..kahkahakah...

Teknik aku ni sebenarnya mudah je nak paham..konsepnya kita boleh luahkan perasaan kita kat orang yang kita suka tanpa risau dia reject atau kita dapat malu dan korang tetap boleh jadi kawan dia walau apa pon jadi..hahaha..jahat siak..harap jangan salah guna teknik ni untuk jadi player..

Saturday, February 11, 2012

Review status FB : kebabian

assalammualaikum wbt..

Harini aku nak share sikit pasal status bergambar FB sepupu aku sorang ni...hahaha..tapi aku bukan nak buat entri kutuk mengutuk macam entri lepas lagi..toksah risau.hehe...kalau aku kutuk pon at least ada pengajaran kan..(pengajaran la sangat)..kahkahkah..

Komik apa tah yang sepupu aku ni post semalam buat aku tersenyum sumbing sorang..hampeh kau Zain..aku rasa mungkin korang pon dah pernah tengok kot..komik tu pasal couple, forever alone dan khinzir atau bahasa comelnya babi..ceritanya macam ni...satu hari, forever alone ni bawak la babi dia bersiar siar kat Pavillion..bawak macam biasa orang bawak anjing tu..tambat je tengkuk dia ,bawak jalan..

Saturday, February 4, 2012

Info : sindrom dapat laki dan mak mertua.

assalammualaikum wbt dan salam maulidur rasul..

Walaupon aku agak sopan bagi salam sebelum memulakan entri, tapi sebelum panjang lebar aku tulis, aku mintak maaf dulu sebab entri ni aku nak kutuk seseorang atau sapa² ye la yang sejenis macam dia..kalau rasa butthurt pergi mampus ..kahkahkah..

Sejak awal tahun lepas aku memang dah agak kurang layan laman sosial FB tu..tah kenapa aku rasa macam tak best je..sekarang ni aku dah bertukar ke twitter pulak, up to date la sikit kan walaupon aku bukan tahi twitter sejati..kehkehkeh....tapi apa yang aku nak kutuk ni berkenaan status minah sorang ni kat FB dia..dia ni housemate bini aku dulu sebelum kawin..

Friday, February 3, 2012

Follower Tampal vs Follower Ohsem

assalammualaikum wbt..

Pembaca untuk sesebuah blog merupakan satu faktor penting menentukan blog kita ni ada pengikut sebenar atau sekadar follower tampal..follower tampal ni maksud aku blogger yang cuma follow je tapi jangankan nak komen, nak baca sepatah ayat dari entri kita pon malas..(kadang kadang aku camni gak)..kehkehkeh..

Alhamdulillah, walaupon kat blog aku ni ramai je yang jadi follower tampal dari yang ohsem..dalam seribu lebih follower aku ni, ada 20 atau 25 orang yang selalu jadi pembaca setia ni aku dah syukur sangat..

Thursday, February 2, 2012

Mat Jebon lagi-part 3..


kehkehkehekeh..terima kasih banyak mat jebon sebab selalu mencetus idea aku untuk menulis lagi entri dalam blog ni..kalau sebelum ni aku penah cerita pasal dia masuk penjara,lepas tu dah keluar pulak,klik sini..kali ni aku nak cerita lagi pasal dia boleh??..kahkahakah..

Aku flash back la sikit lepas dia dah keluar penjara haritu..satu hari tu, ada la orang call aku cakap dia dari Stesyen Minyak Petronas Batu Caves..tekejut la pulak aku tiba² je orang minyak ni call aku..rupanya dia nak cakap dengan mat jebon..kahkahkah..orang tu cuma nak bagitau je la yang mat jebon ni dah diterima kerja kat situ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...