Wednesday, December 28, 2011

Forever Alone

assalammualaikum wbt..

Perbezaan seorang blogger lelaki dan wanita selalunya aku nampak pada style blogging tu sendiri..kebanyakkan blog lelaki biasanya suka cerita benda yang kurang personal berbanding blogger wanita..tapi perkara yang paling ketara aku nampak ialah pasal gambar..

Mungkin ramai blogger lelaki tak nak di anggap poyo,perasan hensem, gedik, bajet macho dan sebab tu tak gemar nak letak gambar sendiri dalam blog atau entry ye dak?..kalau ada jugak yang selamba letak gambar sendiri tu, mungkin dia memang dah 'sangat kacak' atau over konfiden la kot..kehkehkeh..

Monday, December 26, 2011

Cuti kismes bersama orang minyak

assalammualaikum wbt..

Hujung minggu yang sunyi.....bini aku tak balik lagi(balik Jitra)..arghhhh..meggi, karipap segera,nasik lemak baby, dah jadi menu aku sejak dua hari lepas..bagus la jugak untuk diet aku..sedapkan hati pasal takda orang nak masakkan..sob..sob..

Sebabkan aku keletihan join explorace semalam,aku terpaksa batalkan aktiviti cuci baju,lipat kain,sapu rumah aku harini..kehkehkeh..cerita pasal explorace semalam, sumpah aku tak nak join lagi lepas ni,penat gila..

Friday, December 23, 2011

Laman sosial vs blogging

assalammualikum wbt..

Lepas tengok video parody panglima myspace nak ludah facebook semalam(puii!),tiba tiba je aku teringin pulak nak tengok akaun myspace aku lepas bertahun dah di tinggalkan ..ekeke..

Baru je semangat nak bukak, password email salah pulak..ekeke..tapi tu tak melemahkan semangat aku untuk terjah balik myspace tu..bila dah dapat password,tekejut pulak aku tengok gambar profile aku tu yang cam !#%$%@&..siak tul..ekekeke..tak sangka aku boleh letak gambar camtu dulu untuk profile..demm..

Tuesday, December 20, 2011

Obsesi

assalammualaikum wbt & annyeong haseyo..

Obsesi meleis terhadap culture korea sekarang ni sangat ketara aku tengok..k-pop, drama, fashion dan tah apa² lagi pasal korea sangat diterima..walaupon aku tak berapa minat dengan k-pop ataupon drama² korea,tapi aku minat jugak dengan sorang pelakon korea dulu yang aku masih ingat..Jang nara..hidup lagi ke dia..kehkehekeh..

Monday, December 19, 2011

Info : pujian vs kritikan

assalammualaikum wbt..


Sebuah blog yang hebat tak semestinya dinilai dari follower yang ramai..bagi aku tu lebih kepada blog yang fames je..hehe...blog yang hebat of coz datang dari penulis blog yang menghasilkan entry² yang pembaca dia sendiri rasa best..so kepada blogger² sana tu, cuba elak perasan yang rasa blog anda dah hebat..cuma pembaca yang layak menilai..hehehe...

Pandangan aku lagi, tak semestinya jugak penulisan yang hebat tu dari entry² yang berilmiah saja..bukan semua pembaca nak cari bacaan yang serius memanjang kan..kalau nak yang berilmiah baik baca wikipedia je senang..kehkehekeh...


Saturday, December 17, 2011

Sasaran dan Pengalaman..

assalammualaikum wbt..

alahaii..macam boring je aku rasa nak blogging sekarang..idea banyak je nak menulis..tapi sebabkan target aku nak seribu followers dah pon tercapai, dengan tibe tiba jadi malas dan tak bersemangat.. hampeh..kalau sebelum ni aku target nak 10k follower mybe masalah ni tak timbul..nak tunggu boleh reedem nuffnang pon tak lama lagi insya'allah la boleh dapat..so lepas dapat tu aku rasa lagi jatuh mood aku nak berbelog..hahaha...


Friday, December 16, 2011

Krisis Identiti

Semalam surat khabar kosmo, muka depan menyiarkan cerita punk yang kena botakkan kat Acheh..tak sangka pulak aku kat indon pon ada punkers..kehkehkeh..kesimpulan yang aku dapat dari komen² lepas baca entry pasal ni kat blog serius ialah bagus dan tak bagus..

Apa yang bagusnya kalau pihak berkuasa Malaysia pon buat benda yang sama macam tu untuk kurangkan gejala sosial..yang tak bagus pulak, betul la macam yang obe kata,sampai hal macam ni pon nak tiru "Dasar malon! ini juga mau dimalingi malinshit ya?"..kahkahkah..


Wednesday, December 14, 2011

Info : Kelebihan dating kat pasar

assalammualaikum wbt..

Harini aku nak kongsi sikit info untuk pasangan bercinta dari pengalaman aku..(untuk yang belum kawin shj)..sebenarnya aku pon tak berapa suka bercerita sangat hal dewasa kat blog aku ni..tak kelakar..-_-'

Tapi nak cakap entry dewasa macam tak dewasa je aku rasa...kehkehkeh..Dewasa sikit² ok gak kan..Macam title aku kat atas tu, dah jelas sangat aku nak cerita pasal pasar kali ni..tak kira pasar malam ke,pasar borong ke,pasaraya ke, time bujang aku memang tak berapa gemar nak pergi tempat tempat ni..jiwa pasar takda..


Monday, December 12, 2011

Noob

assalammualaikum wbt..


Sejak aku dah mula menulis blog secara separa serius ni, aku dah kurang berminat dengan benda benda lain dalam dunia maya ni..contohnya berchatting kat yahoo messanger dan lain lain..kalau dulu aku ni boleh dikatakan ketagih jugak la dengan benda alah tu..hihi

Nak cakap aku baru berjinak dengan internet ni tak jugak..start aku kenal internet dengan chatting mula mula sekali tahun 98 masa aku tingkatan dua..time ni cyber cafe kat selayang tu pon baru lagi nak bertapak apatah lagi nak ada brokben atau streamyx sendiri..masa ni budak lain sebaya aku banyaknya layan play station je..kedai game PS selain kedai kuda banyak la..serius aku rindu kedai kuda tempat aku ponteng sekolah tu..kehkehekeh...


Saturday, December 10, 2011

Entry khas punya cerita

assalammualaikum wbt..

wow..aku tak sangka akhirnya follower blog sampah dah mencecah 1000..terima kasih aku ucapkan pada semua follower yang sudi follow blog aku ni dari awal aku aktif sampai la sekarang..terharu siak..blog sampah je kot pon boleh ada seribu follower..blog hebak cam korang apatah lagi kan...

Wednesday, December 7, 2011

Prank tutorial : Spirits of the coin..

amaran : entry ni mengandungi unsur-unsur ganas, seram dan meyentuh aspek agama yang tidak keterlaluan..

assalammualaikum wbt..


Apa korang tau pasal prank? prank ni kalau ikut sejarah silamnya berasal dari kisah april fool tak silap aku..kat US pada setiap bulan april diorang akan sambut prank sepanjang bulan..prank dengan troll ni macam adik beradik la cuma prank ni lebih kasar guraunya..kehkehkeh..


Monday, December 5, 2011

Blood sucker

Minggu lepas aku sempat la tengok wayang dengan bini aku selepas berbulan bulan kami tak penah datim tengok wayang..disebabkan ke obsessan bini aku ni dengan blood sucker a.k.a vampire ni, kena la aku temankan dia jugak tengok citer jiwang twilight tu walaupon aku nak tengok Immortal..grrr..$#@%#.


Sunday, December 4, 2011

Info : Blogger genius

assalammualaikum wbt..

Aku rasa kagum la tengok perkembangan dunia blogger sekarang ni..seawal usia 10 tahun pon dah ramai aku jumpa ada blog..masuk 12 tahun atau darjah6 dah otai pasal blogging, masuk menengah dah jadi hackers..huh, hebak budak budak sekarang..mau tak hebak, sampai aku pon penah kena maki dengan blogger darjah 6 tempoh hari..kehkehkeh..

Sebenarnya apa aku nak cerita kali ni pasal "entry" atau posting yang berilmiah..walaupon aku tengok banyak blogger buat blog personal je, tapi bab nak kongsi entry yang berilmiah atau berguna mesti ada jugak selain nak cerita pasal pergi pasar malam atau cerita makan meggi kan..kahkahakah..

Thursday, December 1, 2011

Mat Jebon-part 2 (Abang besar sudah keluar, wa ingat lu sudah mampus)

Tittle di atas propa semata mata yang aku ambil dari filem KL Gengster..harap maklum.. Sebenarnya aku dah malas nak update blog untuk minggu ni..bukan apa, aku takut korang semua bosan pulak baca entry aku..kahkahkah..